KUALA LUMPUR: Kurang daripada 50 peratus mangsa penipuan di negara ini mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa dan sebahagian kecil memilih untuk berdiam diri tanpa mengambil tindakan, menurut satu tinjauan.
Menurut kaji selidik bertajuk, Penipuan di Malaysia yang dijalankan oleh Ipsos Malaysia dengan saiz sampel 1,000 orang, hanya 48 peratus daripada 657 responden yang menjadi mangsa penipuan membabitkan kerugian kewangan atau hampir menjadi mangsa penipuan tetapi menyedarinya sebelum sebarang kerugian kewangan berlaku, melaporkannya kepada pihak berkuasa, bagaimanapun 12 peratus tidak mengambil sebarang tindakan.
Sejumlah 39 peratus memberi respons dengan menghubungi bank, mendapatkan bantuan daripada rakan atau ahli keluarga (36 peratus) dan memuat naik di media sosial (25 peratus) manakala ada yang memfailkan aduan dengan agensi perlindungan pengguna (23 peratus) atau berunding dengan peguam atau penasihat undang-undang (10 peratus).
Ketua Bahagian Kecemerlangan Kreatif, Ipsos Malaysia, Kuan Sawu Fang dalam kenyataan hari ini berkata pendekatan yang proaktif dan meliputi pelbagai aspek adalah penting dalam menangani penipuan yang kini mengeksploitasi ruang digital dan ia menandakan peralihan dalam taktik jenayah yang menjejaskan kesihatan ekonomi negara secara menyeluruh.
Walaupun peranan penguatkuasaan undang-undang adalah kritikal, orang ramai juga perlu diperkasakan dengan pendidikan dan perlindungan digital lanjutan. Keputusan kerajaan Malaysia untuk menambah peruntukan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) ialah langkah proaktif yang meyakinkan orang ramai.
"Kita berharap agar kerajaan memanfaatkan maklumat ini dan mengambil tindakan tegas untuk memerangi penipuan. Dengan cara itu, kita boleh memastikan keselamatan dan kestabilan semua rakyat Malaysia dan menjamin masa depan sebuah masyarakat yang berdaya tahan terhadap ancaman aktiviti penipuan," katanya.
Kajian itu juga mendapati Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima majoriti laporan penipuan dengan 62 peratus. Walaupun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), CyberSecurity Malaysia dan Bank Negara Malaysia (BNM) adalah antara pihak berkuasa awal yang sepatutnya menerima laporan, jumlah laporan kepada agensi tersebut tidak banyak berbanding PDRM dengan masing-masing merekodkan 26 peratus, 24 peratus dan 20 peratus.
Membimbangkan, tiga perempat daripada penduduk Malaysia menjadi sasaran penipuan dan peningkatan dalam suku tahun terakhir menyerlahkan aspek kelemahan yang meluas dengan 76 peratus daripada 1,000 responden terjebak dalam penipuan.
Sebanyak 51 peratus daripada responden melaporkan mereka berdepan penipuan tiga bulan lepas, 26 peratus berdepan penipuan sebulan yang lalu dan 14 peratus berdepan penipuan seminggu lepas.
Kaji selidik itu juga mendedahkan panggilan telefon dan WhatsApp mendominasi kategori penipuan apabila peningkatan dalam keterhubungan digital membuka ruang kepada penipu untuk mengeksploitasi media sosial dan aplikasi komunikasi.
Menurut kaji selidik itu, 56 peratus daripada responden menghadapi masalah penipuan melalui panggilan telefon, WhatsApp (54 peratus), Facebook (31 peratus), Telegram (30 peratus) dan khidmat pesanan ringkas (SMS) (29 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 19 2023
Walaupun peranan penguatkuasaan undang-undang adalah kritikal, orang ramai juga perlu diperkasakan dengan pendidikan dan perlindungan digital lanjutan. - Gambar hiasan/Twitter/@fmtoday
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau, banyak perkara dipelajari sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Khadijah Ibrahim akan terus nyanyikan lagu Ahmad Nawab
Penyanyi yang mesra dengan panggilan Ibu Kathy itu akan meneruskan perjuangan Allahyarham dengan terus menyanyikan lagu beliau. Beliau juga menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor dan guru yang terbaik buatnya.
Guru rugi lebih RM80,000 ditipu sindiket kerja sambilan
Wanita itu mulanya berminat dengan satu tawaran pelaburan digital ketika melayari Facebook 8 September lepas.
Sentiasa semak ketulenan akaun, kandungan media sosial - Fahmi
Rakyat diminta untuk sentiasa berwaspada dengan hantaran yang dimuat naik menerusi media sosial bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
Warga emas rugi RM80,000 diperdaya pekerja syarikat kurier
Suspek mengarahkan mangsa untuk memberikan maklumat berkaitan jumlah wang simpanan yang kononnya bagi tujuan rujukan pihak Bank Negara.
Pesara swasta rugi lebih RM163,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa telah menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali, yang kemudian memerangkapnya dalam satu skim pelaburan.
Rakyat Malaysia rugi AS$12.8 bilion setahun akibat penipuan, atau 3 peratus KDNK negara
Laporan State of Scam 2024 mendedahkan 70 peratus mangsa penipuan tidak melaporkan kes mereka kepada pihak berkuasa.
Warga emas rugi lebih RM100,000 diperdaya 'pegawai polis palsu'
Seorang warga emas kerugian RM184,000 selepas terpedaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman.
Pesara bank wanita kerugian RM1.98 juta angkara 'love scam'
Wanita itu telah memasukkan wang menerusi 12 transaksi ke 12 akaun berlainan sejak Mei lepas seperti yang diarahkan, untuk menebus bungkusan.
Polis Pahang rekod 45 kes guru jadi mangsa penipuan babitkan kerugian RM1.2 juta
Polis Pahang merekodkan 45 kes guru yang menjadi mangsa penipuan melibatkan kerugian berjumlah RM1.2 juta dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
Mekanik warga emas rugi RM17,220 terperdaya iklan palsu jualan MPV
Mangsa yang membuat laporan polis semalam mendakwa telah membuat bayaran ke dalam dua akaun bank tempatan yang diberikan seorang suspek.
Penuntut rugi lebih RM13,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian
Mangsa memberi maklumat peribadi dan akaun pembayaran digital Touch N Go miliknya untuk tujuan dokumentasi dan pengesahan.