KUALA TERENGGANU: Pertubuhan Pesara Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) yang memiliki lebih 30,000 ahli berharap agar ada berita gembira untuk golongan pesara dalam perincian pelarasan gaji penjawat awam yang akan diumumkan kerajaan nanti.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata pesara adalah antara golongan paling terkesan dengan kenaikan kos sara hidup masa kini.
Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan dapat memberi pertimbangan sewajarnya terutama selepas kenaikan pencen tahunan sebanyak dua peratus yang dinikmati golongan tersebut sebelum ini telah dimansuhkan.
"Kami harap supaya kerajaan dapat mengambil perhatian terhadap pesara. Sebab bila berlaku pembatalan dua peratus kita dah tak ada kenaikan macam biasa.
"Lagipun mengikut akta pencen apabila berlaku semakan gaji penjawat awam maka elaun penerima pencen juga akan diselaraskan," katanya ketika ditemui pada Sambutan Hari KUPEKMAS Peringkat Kebangsaan 2024 di sini pada Ahad.
Pada majlis tersebut KUPEKMAS turut menerima bantuan pengurusan sebanyak RM5,000 daripada Co-Opbank Pertama.
Dalam pada itu, Omar berkata pihaknya juga sedang merangka kertas kerja bagi memohon satu kadar kenaikan elaun pesara yang munasabah yang akan diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Selain itu, beliau juga meminta supaya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengadakan taklimat kepada pesara untuk mendapatkan pandangan berkaitan mekanisme atau perincian kenaikan elaun berkenaan.
"Ogos ini kita akan adakan bengkel di Johor dan selepas itu kita akan serahkan kertas kerja kepada KSN tentang berapa peratus kenaikan yang kita nak minta.
"Tetapi kita juga harap JPA dapat beri taklimat kepada pesara supaya kita dapat beri pandangan yang sesuai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 21 2024

Omar berkata pesara adalah antara golongan paling terkesan dengan kenaikan kos sara hidup masa kini. - Foto fail/BERNAMA

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.

Pemimpin masyarakat perlu bantu perjelas dasar, kejayaan kerajaan - PM Anwar
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM1,000 buat penjawat awam Pahang
Kira-kira 8,000 penjawat awam negeri Pahang bakal menerima RM1,000 sebagai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri.

Risiko penjawat awam muflis boleh dielakkan menerusi SPeKAR
Sistem itu dilihat mampu mengekang golongan terlibat daripada terus membuat pinjaman luar kemampuan mereka.

SPRM reman penjawat awam terima rasuah daftarkan pusat jagaan
Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu.

Tujuh perubahan, lantikan baharu pengurusan tertinggi perkhidmatan awam - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini mengumumkan tujuh perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.

Penjawat awam Perak terima 'duit raya' RM1,500
Pembayaran akan dibuat pada 24 Mac, melibatkan kira-kira 13,582 penerima.

PM Anwar hadir program Ihya' Ramadan di MOSTI
Ketibaan Anwar yang juga Menteri Kewangan pada 12.10 tengah hari diiringi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang serta timbalannya Datuk Mohammad Yusof Apdal.

Penjawat awam P. Pinang terima 'duit raya' setengah bulan gaji atau minimum RM1,000
Pembayaran akan dibuat bermula 19 Mac ini membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM7.81 juta.

PM Anwar laksana program Ihya' Ramadan, santuni penjawat awam, rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melaksanakan Program Ihya' Ramadan di pelbagai kementerian sepanjang bulan Ramadan ini.