KUALA LUMPUR: Malaysia ternyata sebuah negara yang unik dan istimewa.
Memiliki kepelbagaian termasuk kaum, agama, budaya dan bahasa, pastinya satu cabaran besar untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang sepanjang masa hidup dengan penuh harmoni.
Namun ini tidak bermakna rakyat Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India tidak berupaya untuk mencari titik persamaan dalam kalangan mereka. Begitu juga jalinan kemesraan dengan kumpulan etnik lain.
Bahkan boleh dikatakan rakyat Malaysia sangat bertuah kerana masih dapat menyantuni perbezaan kepelbagaian sejak negara mengibarkan bendera kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957.
Kesepaduan masyarakat majmuk di negara ini diperkukuhkan dengan semangat Keluarga Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 23 Oktober 2021.
Ketika berucap di majlis pelancaran Keluarga Malaysia itu, beliau menegaskan bahawa "Idea Keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh kerajaan hari ini bukan retorik atau slogan semata-mata, tetapi ia merupakan semangat yang diterapkan kerajaan dalam pentadbiran negara, di mana kepentingan dan kesejahteraan rakyat dipelihara seperti menjaga sebuah keluarga. "
RAKYAT MALAYSIA UNIK
Bagi aktivis masyarakat, Chong Choon Hau, 37, hidup dalam kalangan masyarakat silang budaya dan etnik memberi 'warna' dan menonjolkan keunikan tersendiri rakyat Malaysia.
Beliau berkata, agenda dan dasar kerajaan yang mahukan perpaduan dalam kalangan masyarakat terus terpelihara menjadi kunci keamanan negara dapat dikekalkan sehingga ke hari ini.
"Seperti saya, walaupun saya orang Cina tetapi majoriti rakan saya orang Melayu selain Cina, India dan kaum lain.
"Saya juga membesar dalam suasana di kelilingi kaum lain, dan saya selesa berkawan dengan mereka,'' kata anak jati Temerloh, Pahang ini.
Chong atau mesra disapa Ah Hau yang menjadi aktivis dan sukarelawan sejak tahun 2009 berkata, beliau turut berbangga kerana mempunyai rakan daripada pelbagai latar belakang yang tidak lokek menghulurkan tangan di saat dirinya memerlukan bantuan untuk menyempurnakan kerja sukarelawannya.
Menurut beliau, rakan turut menjadi tulang belakang apabila beliau turun padang dalam setiap misi bantuan yang disertainya.
"Ada misi bantuan yang saya gerakkan sendiri. Contohnya, ketika membantu mangsa banjir di sekitar Pahang atau negeri lain termasuk Kelantan, saya tidak akan risau bagaimana untuk mendapatkan bantuan kerana saya dikelilingi rakan yang sentiasa berlapang dada untuk membantu saya.
"Mereka ini bukan sahaja akan menghulurkan bantuan daripada segi kewangan malah juga tenaga... pembabitan mereka banyak memudahkan kerja kesukarelawanan saya,'' katanya sambil menambah, beliau tidak pernah membezakan kaum, agama mahupun latar belakang individu dalam menyalurkan bantuan.
"Ada juga suara yang tidak senang dengan tindakan saya sehingga mempersoalkan kenapa perlu saya salurkan bantuan, kerajaankan ada biarlah kerajaan yang tolong.
"Tetapi bagi saya, selagi ada kudrat kenapa bukan kita yang ke depan, jika semua harapkan kerajaan jadi apa pula tugas kita sebagai anggota masyarakat,'' katanya.
KUKUH PERPADUAN
Tidak hanya terhad membantu golongan susah dan memerlukan, Chong turut berkhidmat sebagai tenaga pengajar di sebuah sekolah di Lancang, Pahang. Beliau mengajar bahasa Mandarin untuk pelajar Melayu di sekolah berkenaan.
"Ia bermula dua tahun lepas apabila ada seorang guru sekolah itu datang kepada saya dan bertanya sama ada saya mahu mengajar bahasa Mandarin.
"Saya tidak berfikir panjang kerana bagi saya perkara yang baik. Banyak kelebihan apabila kita boleh memahami bahasa kaum lain...saya sendiri ambil inisiatif mempelajari bahasa dan budaya kaum lain. Contohnya, saya turut sama meraikan bulan Ramadan dengan mengagihkan bubur lambuk kepada orang Melayu di kawasan saya,'' katanya.
Bagi Chong, demi memelihara keamanan negara, semangat perpaduan dalam kalangan rakyat perlu kekal utuh seiring dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama'.
"Kita kena pegang pada pepatah orang lama 'bersatu teguh bercerai roboh' dan sematkan dalam jiwa...itulah sebenarnya kunci keamanan negara,'' katanya.
KEKELUARGAAN DAN KASIH SAYANG
Bagi Dr Siti Hajar Md Hanif, 36, pula, semangat kekeluargaan dan kasih sayang perlu disemai bagi mewujudkan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.
Mengambil contoh dirinya sendiri yang berkahwin dengan lelaki Cina, Siti Hajar mengakui dapat belajar berbagai bahasa dan budaya yang memberi kelebihan kepada dirinya.
"Bapa mentua saya orang Cina dan beragama Kristian manakala ibu mentua pula orang India dan beragama Hindu...apabila kita faham budaya dan agama masing-masing, tiada masalah dan ia menjadikan hubungan kami lebih akrab.
"Kita perlu belajar menerima budaya orang lain selagi tidak melanggar hukum agama dan pada masa hormatlah antara satu sama lain,'' katanya yang bertugas di sebuah klinik kesihatan di Kuala Lumpur.
Sebelum ini, kisah keluarga Dr Siti Hajar mendapat perhatian apabila pada April lepas, beliau memuat naik klip video menerusi akaun Tik Tok miliknya, mengenai ibu mentuanya yang sudi memasak juadah berbuka puasa walaupun wanita itu tidak berpuasa.
Perkongsian klip video itu meraih 1.3 juta tontonan dan warga net turut meluahkan rasa gembira dan bersyukur melihat hubungan akrab Dr Siti Hajar dan ibu mentuanya meskipun berbeza agama.
"Ketika itu saya sedang hamil anak ketiga dan mengidam untuk makan nasi tomato ketika berbuka puasa, hasrat itu saya luahkan pada ibu (mentua) dan beliau segera sediakan nasi tomato untuk saya,'' katanya.
RAIKAN PERBEZAAN
Kongsi ibu kepada tiga cahaya mata itu lagi, berkahwin campur turut mendedahkannya kepada pengalaman baharu termasuk meraikan perayaan yang berbeza selain dapat berkomunikasi lebih daripada satu bahasa.
"Bahasa pertuturan sebahagian besarnya bahasa Inggeris, Hakka dan Bahasa Melayu. Bahasa lain yang diajar di rumah adalah Mandarin dan Tamil.
"Tamil lebih banyak digunakan apabila anak-anak saya bersama nenek mereka (ibu mentua). Saya ikut belajar bahasa Hakka kerana ia digunakan apabila pulang ke kampung suami di Perak,'' katanya.
Menurut Dr Siti Hajar, beliau juga secara peribadi tidak pernah menghalang suami meneruskan budayanya termasuk menggunakan chopstick ketika makan mahupun menghiasi rumah dengan tanglong ketika perayaan Tahun Baru Cina.
''Kami sekeluarga meraikan setiap perayaan termasuk Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Bagi saya perbezaan agama dan bangsa tiada masalah kerana saya diajar tentang perpaduan kaum sejak dari sekolah lagi.
''Apa yang penting jangan bahaskan isu yang menyentuh sensitiviti agama kerana setiap individu menpunyai kepercayaan mereka masing-masing. Sekiranya kita jaga perkara ini, pasti rakyat Malaysia boleh duduk semeja sebagai satu keluarga yang baik,'' katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 20 2022
![Kukuhkan perpaduan, raikan perbezaan Kukuhkan perpaduan, raikan perbezaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658293893_TBpialathomas.jpg)
Rakyat Malaysia sangat bertuah kerana masih dapat menyantuni perbezaan dan kepelbagaian sejak negara mengibarkan bendera kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. - Gambar hiasan/BERNAMA
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Chelsea siasat laungan perkauman Enzo terhadap Perancis
Kelab bola sepak Chelase pada Rabu mengumumkan prosedur tatatertib ke atas pemain tengah mereka, Enzo Fernandez, susulan dakwaan telah mengeluarkan laungan bersifat perkauman terhadap Colombia, selepas memenangi Piala Copa America 2024 bersama skuad Argentina.
Lebih daripada 60 kanak-kanak ditahan, dipukul, diseksa di El Salvador
Lebih 60 kanak-kanak di El Salvador ditahan, diseksa dan dipukul secara rambang semenjak kerajaan mengisytiharkan darurat lebih dua tahun lalu untuk membanteras amalan gangsterime.
Datuk Bandar Paris berenang, yakin sungai Seine bersih
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berenang di Sungai Seine menjelang acara olimpik sebagai usaha menyakinkan orang ramai bahawa kualiti sungai tersebut cukup bersih dan bersedia untuk digunakan.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan.
Wanita racun lima orang kemudian bunuh diri
Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu.
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
![George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712139037_Beca.jpg)
George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.
![Rapid KL perkenal pas MyCity Dua Hari Rapid KL perkenal pas MyCity Dua Hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720909499_PasMyCity.jpg)
Rapid KL perkenal pas MyCity Dua Hari
Pakej itu adalah sebahagian daripada komitmen syarikat berkenaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna.
![Kadar kesuburan Malaysia menurun secara ketara - Nancy Kadar kesuburan Malaysia menurun secara ketara - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719917975_TBNancyShukri.jpg)
Kadar kesuburan Malaysia menurun secara ketara - Nancy
Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara.
![Rakyat Malaysia diberi pengecualian visa 30 hari ke India mulai 1 Julai ini Rakyat Malaysia diberi pengecualian visa 30 hari ke India mulai 1 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719658208_Indianclassicaldan.jpg)
Rakyat Malaysia diberi pengecualian visa 30 hari ke India mulai 1 Julai ini
Suruhanjaya Tinggi India ke Malaysia mengumumkan pengecualian visa selama 30 hari kepada rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara itu, bermula 1 Julai ini hingga 30 Jun tahun depan.
![Tabung Solidariti Bersama Selangor sudah kumpul lebih RM40,000 Tabung Solidariti Bersama Selangor sudah kumpul lebih RM40,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719571076_TabungSolidariti.jpg)
Tabung Solidariti Bersama Selangor sudah kumpul lebih RM40,000
MSNS hari ini memaklumkan bahawa mereka telah menerima sebanyak RM40,000 sejak kempen Tabung Solidariti Bersama Selangor FC dilancarkan.
![Pekerja restoran didakwa sokong, mengaku ahli kumpulan Daesh Pekerja restoran didakwa sokong, mengaku ahli kumpulan Daesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719299108_MuhammadMuzzammilM.jpg)
Pekerja restoran didakwa sokong, mengaku ahli kumpulan Daesh
Seorang pekerja restoran dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan berkaitan kumpulan Daesh, iaitu memberi sokongan, memiliki artikel dan video, dan mengaku menjadi ahli.
![Tiga termasuk suami isteri didakwa sokong, miliki bahan pengganas IS Tiga termasuk suami isteri didakwa sokong, miliki bahan pengganas IS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719293418_tbsuamiisteri.jpg)
Tiga termasuk suami isteri didakwa sokong, miliki bahan pengganas IS
Tiga individu termasuk sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Selasa atas pertuduhan menyokong dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Islamic State (IS).
![Sokong, miliki bahan berkaitan Daesh, penganggur dihadap ke mahkamah Sokong, miliki bahan berkaitan Daesh, penganggur dihadap ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719289111_tbHasbullahHassan.jpg)
Sokong, miliki bahan berkaitan Daesh, penganggur dihadap ke mahkamah
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyokong dan memiliki bahan berkaitan pengganas Daesh.
![Wisma Putra komited kesan rakyat Malaysia 'hilang' di luar negara Wisma Putra komited kesan rakyat Malaysia 'hilang' di luar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718700159_TBtokmatjpg.jpg)
Wisma Putra komited kesan rakyat Malaysia 'hilang' di luar negara
Wisma Putra sentiasa komited membantu menjejaki rakyat Malaysia yang dilaporkan "hilang" di luar negara untuk dibawa pulang ke tanah air menerusi pelbagai kaedah dan saluran.
![Agong berkenan bersantap di restoran Nasi Lemak Wanjo Agong berkenan bersantap di restoran Nasi Lemak Wanjo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717393486_SANTAPSARAPANPAGI.jpg)
Agong berkenan bersantap di restoran Nasi Lemak Wanjo
Seri Paduka Baginda berkenan berangkat ke kedai makan Nasi Lemak Wanjo yang popular di Kampung Baru itu, untuk santapan sarapan pagi.