SIBU :Kuasa autonomi imigresen yang dimiliki Sarawak memainkan peranan penting dalam mengawal penularan pandemik COVID-19.
Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, kuasa yang dimiliki oleh negeri itu harus digunakan sebaik mungkin bagi menangani krisis pandemik dalam negara ini.
“JPBN Sarawak sangat tegas. Kita tidak membenarkan pendatang dari luar negara masuk ke Sarawak tanpa menjalani kuarantin.
“Mereka wajib menjalani ujian saringan supaya tidak menjejaskan kesihatan orang awam. Itu sebabnya kuasa autonomi imigresen penting buat Sarawak,” tegas Abang Johari.
Ujarnya, penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri itu ternyata memberi kesan positif kepada usaha mengekang kemasukan warga asing.
Beliau memberitahu, ia adalah merupakan langkah berjaga-jaga yang harus diambil bagi mengelak kenaikan mendadak jangkitan wabak tersebut.
“Sarawak bertanggungjawab memastikan rakyatnya sihat dan terlindung dari kawasan yang terjejas akibat COVID-19. Oleh, itu kuarantin wajib dan tatacara kemasukan ke negeri ini dilanjutkan sehingga 15 November 2020,” tambahnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Bangunan Baharu Gabungan Persatuan Cina (UCA) Bahagian Sibu di Sibu pada Rabu.
Menurut beliau, UCA banyak membantu dalam pembangunan komuniti Cina di Sarawak khususnya di Sibu.
Menerusinya, pembangunan ekonomi yang didominasi oleh komuniti itu dapat terus dipacu dengan pelbagai inisiatif yang dijalankan bersama kerajaan negeri. Sebagai contoh, sektor perniagaan di utara Sarawak.
Beliau turut berharap gabungan persatuan itu terus komited dalam usahanya memperkasakan kaum Cina di mana ia dapat memantapkan lagi pendapatan negeri tersebut.
Setakat ini, Sarawak mencatat 769 kes positif COVID secara keseluruhannya. Manakala, tiada pertambahan kes baharu yang dilaporkan pada Rabu.
Astro Awani
Wed Oct 21 2020

Langkah tegas yang diambil oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam mengawal kemasukan orang luar ke negeri itu adalah demi kebaikan rakyat. - Gambar Astro AWANI

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kuasa autonomi imigresen Sarawak kawal penularan COVID-19
Penguatkuasaan secara tegas yang dilaksanakan ternyata memberi kesan positif dalam mengekang jangkitan virus berkenaan di negeri itu.