Hujan lebat selama beberapa jam yang turun sejak tengah hari Khamis menyebabkan Kuala Kangsar, Perak dilanda banjir semula.
Kawasan Lembah Sayong dinaiki air mulai jam 4 petang menyebabkan barang-barang milik peniaga yang baru dimasukkan dua hari lalu terpaksa dipindahkan semula ke kawasan lebih tinggi.
Banjir turut menyebabkan tujuh keluarga di kawasan berkenaan terpaksa dipindahkan semula ke pusat pemindahan sementara di Dewan Jubli yang telah ditutup lima hari lalu.
Setiausaha majlis perbandaran Kuala Kangsar, Ismail Ibrahim berkata pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga dan membuat pemantauan 24 jam bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
"Dan kita pun telah ambil tindakan berjaga-jaga di mana pada petang tadi dalam pukul 4.30 kita telah pun mengarahkan semua peniaga berpindah.
"Sebenarnya mereka telahpun memasuki premis pada selasa lepas setelah buat pembersihan lembah ini, tapi oleh kerana air dah menghampiri paras bahaya, kita nasihatkan mereka pindah," kata Ismail.
Beberapa peniaga yang ditemui berkata, mereka terpaksa membatalkan hasrat untuk memulakan perniagaan dalam minggu ini setelah ditutup lebih dua minggu, namun tidak kesampaian.
"Jangkaan nak berniaga balik dalam masa seminggu. Sebab air naik semula, kami dah tak tahu nak buat macam mana.
"Majlis Daerah mengarahkan kami berpindah ke tempat yang selamat. Jadi kami semua pindah, tapi tak tahu pula bila nak turun balik sebab masalahnya air tengah naik lagi," kata peniaga di Lembah Sayong, Roslan Attarudin.
Ahli Dewan Undangan Negeri Manong, Mohd Kamil Shafei ketika membuat pemantauan menasihatkan penduduk yang tinggal di pesisir Sungai Perak supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan banjir setiap masa.
Adun Manong, Mohd Kamil Shafei berkata, "Sejak tengah hari tadi hujan naik tanpa henti, air didapati naik semula walaupun pekedai-pekedai sudah mula memasukkan barang ke kedai. Namun pada lewat petang tadi, mereka terpaksa mengeluarkan barangnya semula kerana didapati air naik dalam keadaan yang perlahan."
Astro Awani
Thu Jan 08 2015
Kawasan Lembah Sayong dinaiki air mulai jam 4 petang menyebabkan barang-barang milik peniaga yang baru dimasukkan dua hari lalu terpaksa dipindahkan semula ke kawasan lebih tinggi. -Gambar fail
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Banjir: 66 mangsa dipindahkan ke PPS di Perak, dua sungai di Kelantan pada paras berjaga-jaga
Kesemua mangsa dari Kampung Simpang Halt yang terjejas berlindung di PPS berkenaan sejak 10 malam tadi.
Banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya
Semua mangsa di daerah Marang telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan banjir telah surut.
Situasi banjir Terengganu tidak banyak berubah
Situasi banjir di Terengganu tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa terjejas sebanyak 2,579 orang setakat 8 pagi ini.
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun
Kesemua mangsa di Dungun, Setiu dan Hulu Terengganu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan air telah surut.
Hampir 20 buah kampung di Pasir Mas dijangka alami banjir Jumaat ini - JPS
Banjir yang diramalkan itu boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan berlaku di kawasan berkenaan.
Banjir Terengganu: Kemaman dan Marang masih terjejas, 2,545 mangsa kekal di PPS
Banjir yang melanda daerah Hulu Terengganu, Dungun, dan Setiu telah pulih sepenuhnya pada Rabu.
Mangsa banjir Kemaman dinasihat tidak pulang ke rumah meski cuaca baik
Kemaman adalah daerah pertama dan terburuk dilanda gelombang pertama banjir Monsun Timur Laut di Terengganu.