PUTRAJAYA: Ketua setiausaha (KSU) dan ketua pengarah (KP) perlu memantau pelaksanaan setiap projek serta berani menamatkan program dan projek tertentu atau perkhidmatan kontraktor berprestasi rendah, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
"Penyeliaan dan pemantauan sesuatu program atau projek hendaklah dilaksanakan dengan berintegriti dan rapi supaya tindakan awal dapat dilaksanakan," katanya pada majlis Anugerah Pembangunan Negara (APN) 2023 di sini hari ini.
Dalam teks ucapan dibacakan oleh Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Mohd Zuki berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menaruh kepercayaan kepada penjawat awam berbanding hanya sekadar bergantung kepada perunding luar.
"Kerana percayakan kita semua para penjawat awamlah, beliau (Anwar) turut mengamanahkan kita untuk melaksanakan projek kecil dan penyelenggaraan di KPM (Kementerian Pendidikan) menerusi pemerkasaan pelaksanaan projek persekutuan di peringkat negeri dan daerah," katanya.
Bagi Projek Penyelenggaraan Kecil KPM sehingga 31 Okt lepas, Mohd Zuki berkata sebanyak 8,109 projek atau 97.1 peratus telah memperoleh Surat Setuju terima (SST) berbanding keseluruhan 8,354 projek.
Projek berstatus siap pula adalah sebanyak 4,764 dengan 3,018 projek dalam pembinaan dan 328 projek digugurkan pelaksanaan, katanya.
"Ini menunjukkan komitmen padu daripada semua pihak yang berikhtiar untuk menjayakannya sehingga projek siap pada akhir tahun ini. Sebagai makluman, projek-projek yang memberi impak besar kepada rakyat seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa," katanya.
Setakat 6 Nov lepas, Mohd Zuki berkata berdasarkan prestasi perbelanjaan Rolling Plan 3 (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), sebanyak 76.84 peratus atau RM74.53 bilion telah dibelanjakan berbanding jumlah peruntukan RM97 bilion melibatkan 8,241 program atau projek.
Untuk memberi gambaran sebenar prestasi perbelanjaan pembangunan di lapangan, beliau berkata kategori DE Asas menunjukkan perbelanjaan RM32.90 bilion atau 65.70 peratus berbanding jumlah peruntukan sebanyak RM50.08 bilion melibatkan 8,052 program atau projek.
Beliau berkata purata perbelanjaan pembangunan adalah 65.69 peratus dengan tiga kementerian tertinggi dalam prestasi belanja DE Asas iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Kementerian Pengangkutan.
"Masih terdapat beberapa kementerian yang berbelanja kurang daripada 60 peratus. Sehubungan itu, saya menyeru supaya perbelanjaan ini dapat ditingkatkan ke tahap optimum sehingga hujung tahun ini," katanya.
Pada APN 2023 itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mendapat tempat pertama bagi kategori anugerah pengurusan Industrialised Building System (IBS) terbaik di bawah RM1 bilion.
Turut menerima anugerah adalah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi kategori anugerah penilaian hasil projek berprestasi tinggi mampan.
APN 2023 merupakan platform bagi perkongsian kejayaan dan amalan pengurusan program dan projek terbaik di peringkat kementerian serta agensi kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023
Mohd Zuki berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menaruh kepercayaan kepada penjawat awam berbanding hanya sekadar bergantung kepada perunding luar. - Gambar fail
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Sirajuddin dilantik Ketua Pengarah Jakim - KSN
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dilantik sebagai Ketua Pengarah Jakim yang baharu.
Mentaliti ‘silo’, birokrasi dan perasaan ‘superior’ cabaran utama penjawat awam - KSN
Sikap berasakan kuasa mutlak adalah milik sesetengah agensi perlu dihakis kerana kelulusan projek pembangunan perlu melibatkan semua kementerian dan agensi.
PBT gagal tubuh unit integriti, KSN sendiri ketuai pasukan petugas khas persepsi rasuah
Pasukan itu kemudiannya akan memantau rapat, membuat tindakan susulan bersesuaian melalui inisiatif di bawah Strategi Pembantu Rasuah Nasional (NACS).
Amanat sulung KSN esok, tema 'Reformasi Perkhidmatan Awam'
Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dijadual menyampaikan amanat sulung beliau esok, dengan tema 'Reformasi Perkhidmatan Awam'.
Tatakelola jadi pegangan KSN baharu dalam menerajui sektor awam
Agenda tatakelola selaras dengan amanat yang dijunjung Perdana Menteri Anwar, kata Shamsul Azri.
Ketua Pengarah UKAS, Datuk Seri Shamsul Azri dilantik sebagai KSN baharu
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, pelantikan itu telah mendapat perkenanan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Mohd Zuki individu penting pastikan dasar kerajaan dilaksana dengan berkesan - Zahid
Ahmad Zahid menyifatkan Mohd Zuki sebagai individu yang memainkan peranan amat signifikan dalam memastikan dasar-dasar kerajaan dilaksanakan dengan berkesan.
Rasuah dalam jabatan: SPRM akan bincang dengan KSN, KPPA - Azam Baki
SPRM akan adakan perbincangan dengan JPA dan Ketua Setiausaha Negara berkenaan mekanisme pelaporan isu bekaitan rasuah oleh ketua jabatan.
'Itu rakaman lama simulasi kesiapsiagaan serangan provokatif' - JPA
JPA menyifatkan rakaman tersebut yang telah dimuat naik oleh sebuah portal dikongsikan dengan niat memainkan sentimen negatif terhadap kerajaan.
Tiada keperluan wujudkan kembali Tribunal Penjawat Awam - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata tiada keperluan untuk kerajaan mewujudkan kembali Tribunal Penjawat Awam.