KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan bagi kesalahan bersubahat melakukan pecah amanah, dua tahun penjara dan satu sebatan bagi pertuduhan salah guna harta manakala bagi dua kesalahan pengubahan wang haram masing-masing dipenjara dua tahun dan denda RM5 juta.
Jika gagal membayar denda, Syed Saddiq, 30, boleh dipenjara empat tahun. Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula hari ini namun membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan.
Berikut adalah kronologi kes berkenaan:
22 Julai 2021 - Syed Saddiq didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan pecah amanah RM1 juta dan menyalahgunakan RM120,000 dana Armada untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
5 Ogos 2021 - Syed Saddiq didakwa atas dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM100,000 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dan mahkamah membenarkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama.
23 Ogos 2021 - Syed Saddiq memohon empat pertuduhan yang dihadapinya itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
25 Nov 2021 - Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan itu.
24 Mac 2022 - Pendakwaan kemuka dua pertuduhan pindaan berhubung kes pecah amanah dan menyalahgunakan wang milik Armada yang dihadapi Syed Saddiq dan beliau mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan itu.
21 Jun 2022 - Perbicaran hari pertama kes Syed Saddiq yang menghadapi empat pertuduhan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid.
7 Julai 2022 - Pihak pembelaan memohon untuk mencabar kredibiliti saksi utama iaitu Rafiq Hakim Razali berikutan percanggahan dalam pernyataan saksi dan keterangan lisannya di mahkamah namun permohonan itu ditolak.
8 Julai 2022 - Syed Saddiq memohon maaf di mahkamah kerana memuat naik semula satu hantaran di laman media sosialnya berhubung perbicaraan kesnya itu.
21 Julai 2022 - Azhar mengingatkan orang awam supaya tidak melampaui batas dalam membuat sebarang kenyataan di media sosial berhubung kes itu.
22 Julai 2022 - Syed Saddiq sekali lagi memohon mencabar kredibiliti saksi sama (Rafiq Hakim) susulan terdapat beberapa percanggahan dalam keterangan yang direkod oleh SPRM dan keterangan lisannya di mahkamah dan permohonan itu juga tidak dibenarkan.
27 Sept 2022 - Pihak pendakwaan menutup kes itu selepas memanggil 30 saksi untuk memberi keterangan.
6 Okt 2022 - Pihak pendakwaan dan pembelaan menyampaikan hujahan di akhir kes pendakwaan.
28 Okt 2022 - Mahkamah Tinggi memerintahkan Syed Saddiq membela diri atas empat pertuduhan.
22 Feb 2023 - Syed Saddiq memberi keterangan dalam prosiding bela diri.
14 Mac 2023 - Pihak pembelaan menutup kes itu selepas memanggil empat saksi untuk memberi keterangan.
10 April 2023 - Pihak pembelaan dan pendakwaan menyampaikan hujahan di akhir kes pembelaan.
4 Sept 2023 - Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk mendapatkan sementara pasport bagi membolehkan beliau menghadiri forum kepimpinan belia di Indonesia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2023
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (tengah) ditemui media selepas keluar dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
AWANI Tonight: Charity Shield match cancelled after S'gor FC withdraws
Tomorrow's Charity Shield match between Johor Darul Ta'zim (JDT) and Selangor FC (SFC) has been cancelled after the Red Giants pulled out of the game.
AWANI Tonight: The first batch of Malaysian Hajj pilgrims arrive in Medina
A total of 282 Malaysian Hajj pilgrims arrived at the Emaar Royal Hotel in Medina on Thursday, with seven buses transporting them to the accomodation zone managed by Tabung Haji.
AWANI Tonight: Astro AWANI releases AI guideline, JIWA
Astro AWANI announced the release of its AI Guideline, JIWA for the editorial team.
AWANI Tonight: Israel choking off aid to Gaza, tens of thousands flee Rafah attack
Aid agencies are warning of a growing disaster in Gaza as Israeli forces press ahead with attacks on Rafah, with 80,000 people fleeing Rafah since Israel's offensive, according to the UNRWA.
AWANI Tonight: 9 May 2024
#AWANITonight with @sarayamia
1. Charity Shield match cancelled after S'gor FC withdraws
2. Israel choking off aid to Gaza, tens of thousands flee Rafah attack
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Charity Shield match cancelled after S'gor FC withdraws
2. Israel choking off aid to Gaza, tens of thousands flee Rafah attack
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Ringkas: Cabar Siasatan SPRM | Keselamatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [09/05/2024] - Sultan Selangor perkenan keputusan Selangor FC | MFL beri kemenangan kepada JDT | komited banteras keganasan
- Sultan Selangor kecewa MFL tolak permohonan, JDT menang percuma
- Tunku Mahkota Ismail saran kerajaan perbaharui silibus pelajaran lapuk
- Jemaah haji Malaysia selamat tiba, disambut sekuntum bunga
- Kadar kelahiran rendah, Korea mahu wujud kementerian baharu
- Tunku Mahkota Ismail saran kerajaan perbaharui silibus pelajaran lapuk
- Jemaah haji Malaysia selamat tiba, disambut sekuntum bunga
- Kadar kelahiran rendah, Korea mahu wujud kementerian baharu
Insiden babit pemain bola sepak: KBS tak layan spekulasi - Adam Adli
KBS menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan supaya tindakan dapat diambil terhadap dalang terlibat.
Kampung Orang Asli Kerling lokasi pertama POC satelit Starlink di Malaysia - Teo
Pemilihan Starlink itu dilakukan memandangkan terdapat kesukaran untuk melakukan pemasangan gentian optik.
Johor kutuk insiden serangan terhadap 3 pemain bola sepak - Onn Hafiz
Onn Hafiz tidak akan berkompromi, terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan di Johor.
AGC bantah permohonan Syed Saddiq berhubung pemberhentian peruntukan Parlimen Muar
Jabatan Peguam Negara akan membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta tiga pihak lain.
Syed Saddiq fail semakan tindakan PM, kerajaan henti peruntukan untuk Muar
Syed Saddiq dan tiga pengundi memfailkan permohonan kebenaran untuk mendapatkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi berhubung tindakan pemberhentian peruntukan untuk Parlimen Muar.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Pengurusan kes rayuan Syed Saddiq ditetapkan 14 Mei
Peguam Syed Saddiq, Datuk Hisyam Teh Poh Teik ketika dihubungi mengesahkan penetapan tarikh pengurusan kes tersebut.
Jelajah PN: Syed Saddiq beri penjelasan kepada kepimpinan MUDA
Syed Saddiq berkata sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, perlu dibuat demi kepentingan rakyat dan bukan atas nama parti.
Rakyat label 2024 sebagai “Tahun Mahal Dah Ni” - Syed Saddiq
Syed Saddiq meminta kerajaan jujur dan ikhlas dalam memberi penerangan terhadap pengenalan dan kenaikan cukai yang dilaksana dalam negara.
Naikkan gaji penjawat awam, hapuskan pencen menteri, wakil rakyat
Politik berubah tetapi penjawat awam kekal, tegas Syed Saddiq.
Syed Saddiq lantik peguam baharu untuk rayuan terhadap sabitan, hukuman
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melantik peguam baharu bagi mewakili beliau dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan.
Penurunan had umur belia percepat kematangan mereka - Pakar
Hampir empat tahun diluluskan oleh Parlimen, akhirnya kerajaan mengumumkan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019.
Syed Saddiq kosongkan jawatan Presiden MUDA
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mengosongkan jawatan presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati beliau bersalah.