KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor dijatuhi hukuman penjara berjumlah 30 tahun dan denda RM970 juta, atau penjara 10 tahun, oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas beliau didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan.
Bagaimanapun, Rosmah, 70, akan menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana Hakim Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak.
Berikut adalah kronologi kes berkenaan:
15 Nov 2018 - Rosmah didakwa buat kali pertama di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan meminta RM187.5 juta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin berhubung projek solar hibrid di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
24 Jan 2019 - Pihak pendakwaan memohon dua kes Rosmah itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
15 Feb 2019 - Pasukan pembelaan membantah permohonan pihak pendakwaan itu.
[LAPOR LANGSUNG] Kes rasuah solar: Rosmah didapati bersalah atas tiga tuduhan
15 Mac 2019 - Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan dua kes rasuah Rosmah dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
10 April 2019 - Rosmah sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan menerima rasuah RM5 juta daripada individu sama membabitkan projek serupa.
5 Feb 2020 - Perbicaraan hari pertama kes Rosmah yang menghadapi tiga pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi.
5 Ogos 2020 - Rosmah memohon untuk mendapatkan surat pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan dalam kes itu.
19 Ogos 2020 - Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk mendapatkan surat pelantikan Sri Ram.
9 Sept 2020 - Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk melarang media melaporkan bahagian tertentu dalam penyataan saksi bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor yang dibacakan dalam perbicaraan kesnya.
23 Nov 2020 - Rosmah membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mendapatkan surat pelantikan Sri Ram.
11 Dis 2020 - Pihak pendakwaan menutup kesnya selepas 23 saksi memberi keterangan.
18 Feb 2021 - Mahkamah Tinggi mengarahkan Rosmah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
8 April 2021 - Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Rosmah untuk mendapatkan surat pelantikan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam perbicaraan kes rasuahnya selepas pihak pendakwaan bersetuju untuk menyerahkan dokumen tersebut.
7 Mei 2021 - Rosmah memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan prosiding perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid di Mahkamah Tinggi terbatal dan menggugurkan Sri Ram sebagai ketua pasukan pendakwaan.
24 Sept 2021 - Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid dihadapinya dan menggugurkan Sri Ram sebagai ketua pendakwaan.
4 Okt 2021 - Mahkamah Rayuan menolak permohonan Rosmah untuk menangguhkan perbicaraan kes rasuahnya sementara menunggu pelupusan rayuan beliau dalam kes sama.
5 Okt 2021 - Rosmah memberi keterangan di Mahkamah Tinggi pada hari pertama prosiding membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah.
15 Okt 2021 - Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Rosmah supaya pasportnya dikembalikan sementara bagi membolehkan beliau ke Singapura untuk melawat anak perempuannya yang melahirkan anak kedua.
21 Okt 2021 - Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mencabar kredibiliti Rosmah berikutan percanggahan dalam keterangannya dalam perbicaraan kes projek solar hibrid dengan pernyataan yang diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam siasatan kes pengubahan wang haram.
6 Dis 2021 - Rosmah gagal dalam permohonan untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah dihadapinya serta menggugurkan Sri Ram sebagai ketua pendakwa dalam kes itu selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya.
23 Feb 2022 - Pasukan pembelaan menutup kesnya selepas memanggil dua saksi iaitu tertuduh dan bekas Pengarah Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM) Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod.
5 April 2022 - Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan pendakwaan untuk memfailkan hujahan tambahan dalam kes Rosmah.
12 Mei 2021 - Mahkamah Tinggi menetapkan 7 Julai 2022 untuk keputusan kes Rosmah.
27 Mei 2022 - Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Rosmah untuk membatalkan perbicaraan kes rasuahnya dan menggugurkan Sri Ram daripada menjadi ketua pasukan pendakwaan.
27 Jun 2022 - Rosmah sekali lagi memfailkan permohonan mencabar pelantikan Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan dalam kes rasuahnya dan membatalkan perbicaraan penuh kes tersebut.
1 Julai 2022 - Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh baharu pada 1 Sept untuk keputusan kes itu.
30 Ogos 2022 - Mahkamah Tinggi mengetepikan permohonan Rosmah itu.
31 Ogos 2022 - Rosmah memfailkan permohonan pada saat akhir supaya Hakim Mohamed Zaini menarik diri dari mendengar atau membuat keputusan berhubung kes itu.
1 Sept 2022: Hakim Mohamed Zaini menolak permohonan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 01 2022

Rosmah, 70, akan menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana Hakim Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak. - Gambar/ Reuters
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Prosiding rayuan Rosmah kes rasuah solar hibrid Jun depan
Pendengaran rayuan Rosmah terhadap sabitan, hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta bagi kes rasuah ditetapkan pada 22 dan 23 Jun 2023.

Rasuah projek solar: Pengurusan kes rayuan Rosmah pada 19 Dis
Rosmah memfailkan petisyen rayuan dengan kemuka 127 alasan, antaranya mendakwa keseluruhan keputusan Hakim Mohamed Zaini berat sebelah.

Tidak puas hati keputusan Mahkamah Tinggi, Rosmah kemuka rayuan
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah mengesahkan perkara itu.

'Teruskan projek solar hibrid, tidak wajar hak masyarakat luar bandar Sarawak dinafikan'
Tidak wajar hak yang sewajarnya dinikmati masyarakat luar bandar Sarawak tergadai oleh kerana isu seperti ini.

Rosmah telah mendominasi Najib: Hakim
Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata, Rosmah mempunyai kawalan ke atas Najib.

Mahkamah tetap 30 Ogos putuskan permohonan baharu Rosmah untuk gugurkan Sri Ram
Jabatan Peguam Negara membantah permohonan semakan kehakiman itu atas alasan ia adalah penyalahgunaan proses mahkamah.