PUTRAJAYA : Pendengaran rayuan Datin Seri Rosmah Mansor terhadap sabitan, hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta bagi kes rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak, di Mahkamah Rayuan di sini ditetapkan pada 22 serta 23 Jun tahun depan.
Tarikh sama ditetapkan untuk rayuan bagi menyingkirkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan yang menjatuhkan hukuman terhadap isteri bekas Perdana Menteri itu, berhubung kes berkenaan.
Selepas prosiding pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Norkamilah Aziz, Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yih Tinn berkata, hujahan daripada pasukan pembelaan yang mewakili Rosmah selaku perayu manakala pendakwaan sebagai responden perlu difailkan pada atau sebelum 22 Mei tahun sama.
Menurutnya, jika terdapat sebarang hujahan balas, ia perlu difailkan pada atau sebelum 7 Jun.
Katanya, perayu akan menulis surat rasmi memohon Mahkamah Rayuan untuk menetapkan tarikh bicara rayuan lanjut pada 12 hingga 14 Julai 2023.
“Tarikh pengurusan kes selanjutnya akan dibuat menerusi aplikasi Zoom, pada jam 3 petang, 3 Februari 2023.
“Permohonan tertakluk kepada persetujuan Mahkamah Rayuan,” katanya ketika dihubungi media pada Isnin.
Rosmah memfailkan petisyen rayuan pada 13 Oktober lalu dengan mengemukakan 127 alasan antaranya mendakwa Mohamed Zaini merumuskan bahawa pembelaan adalah penafian kosong atau bare denial.
Menurut Rosmah, dalam kes tersebut pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan prima facie terhadapnya mengenai wang RM1.5 juta yang kononnya diletakkan di dalam dua beg galas berstripe oren, sudah diserahkan atau sebaliknya.
Selain wang RM1.5 juta, Rosmah turut membangkitkan pendakwaan gagal membuktikan beliau telah menerima dua bagasi berisi RM5 juta di Seri Perdana.
Mengikut pertuduhan pertama, Rosmah, 71, didakwa meminta suapan untuk dirinya sendiri RM187.5 juta, yang dibuat melalui bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn. Bhd, Saidi Abang Samsudin.
Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Bagi pertuduhan kedua, wanita ini didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Saidi sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek itu di No 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta, pada 7 September 2017.
Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.
Bagi pertuduhan ketiga, Rosmah didakwa menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek serupa di tempat yang sama di Jalan Langgak Duta.
Pada 1 September lalu, Rosmah dihukum penjara 10 tahun dan denda RM970 juta oleh Mahkamah Tinggi selepas dapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.
Mohamed Zaini menjatuhi hukuman itu selepas mendapati Rosmah bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan selain tertuduh gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan itu.
Sekiranya Rosmah gagal membayar jumlah denda itu dia boleh dipenjara lagi selama 30 tahun.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram, Ahmad Akram Gharib, Mohamad Mustaffa P Kunyalam, Nadia Mohd Izhar dan Yih Tinn.
Sementara pembelaan diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, Datuk Jagjit Singh dan Azrul Zulkifli Stork.
Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonan Rosmah untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Dec 19 2022

Rosmah memfailkan petisyen rayuan pada 13 Oktober lalu dengan mengemukakan 127 alasan antaranya mendakwa Mohamed Zaini merumuskan bahawa pembelaan adalah penafian kosong atau bare denial. - Gambar fail BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Prosiding rayuan Rosmah kes rasuah solar hibrid Jun depan
Pendengaran rayuan Rosmah terhadap sabitan, hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta bagi kes rasuah ditetapkan pada 22 dan 23 Jun 2023.

Rasuah projek solar: Pengurusan kes rayuan Rosmah pada 19 Dis
Rosmah memfailkan petisyen rayuan dengan kemuka 127 alasan, antaranya mendakwa keseluruhan keputusan Hakim Mohamed Zaini berat sebelah.

Tidak puas hati keputusan Mahkamah Tinggi, Rosmah kemuka rayuan
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah mengesahkan perkara itu.

'Teruskan projek solar hibrid, tidak wajar hak masyarakat luar bandar Sarawak dinafikan'
Tidak wajar hak yang sewajarnya dinikmati masyarakat luar bandar Sarawak tergadai oleh kerana isu seperti ini.

Rosmah telah mendominasi Najib: Hakim
Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata, Rosmah mempunyai kawalan ke atas Najib.

Mahkamah tetap 30 Ogos putuskan permohonan baharu Rosmah untuk gugurkan Sri Ram
Jabatan Peguam Negara membantah permohonan semakan kehakiman itu atas alasan ia adalah penyalahgunaan proses mahkamah.