Malaysia perlu menggunakan status sebagai pengerusi Asean tahun ini, untuk menangani krisis jerebu yang melanda rantau ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata Malaysia boleh membawa perkara ini untuk dibincangkan dalam mesyuarat serantau supaya isu jerebu dapat diselesaikan.
Menurutnya, langkah yang terbaik bagi menangani krisis ini adalah menggunakan apa sahaja cara dalam rangka kerja Asean supaya ia dapat ditangani semua anggota pertubuhan itu.
"Krisis jerebu ini bukan perkara baru dan setiap tahun, Malaysia mengharapkan Indonesia menyelesaikan masalah ini, namun Indonesia gagal menanganinya.
"Masalah ini bukan masalah satu negara lagi, kita harus melihatnya sebagai masalah serantau dan Malaysia sebagai pengerusi boleh membawa perkara ini ke mesyuarat Asean supaya satu agenda dapat ditubuhkan," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Konvensyen MIC Pulau Pinang di sini, Isnin.
Beliau berkata krisis jerebu ini telah menjejaskan aktiviti harian beberapa negara serantau iaitu Malaysia, Brunei dan Singapura.
Subramaniam berkata program pelaksanaan bersama anggota serantau boleh dilakukan sekiranya isu ini telah dibawa dalam perbincangan peringkat Asean.
"Pandangan dan kerjasama di kalangan anggota Asean akan membantu dalam menyelesaikan masalah ini," katanya.
Keadaan jerebu melanda negara beberapa hari lepas telah menyebabkan sekolah terpaksa ditutup dan pendaratan dan pelepasan penerbangan di lapangan terbang terjejas.
Sementara itu, Subramaniam berkata beliau masih belum menerima sebarang cadangan daripada penganjur Hari Sukan Negara untuk menangguh program tersebut.
"Mungkin penganjur masih mengharapkan cuaca akan baik dalam beberapa hari ini," katanya. Hari Sukan Negara pada 10 Oktober ini, bakal diadakan Sabtu minggu kedua Oktober setiap tahun di seluruh negara, bagi meningkatkan kesedaran rakyat agar mengamalkan gaya hidup sihat dan kekal cergas serta menjadikan Malaysia sebagai negara bersukan.
Bernama
Tue Oct 06 2015

Keadaan jerebu melanda negara beberapa hari lepas telah menyebabkan sekolah terpaksa ditutup dan pendaratan dan pelepasan penerbangan di lapangan terbang terjejas. - Gambar Fail
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

ASEAN tingkat usaha perteguh keselamatan siber, depani peningkatan ancaman
Ancaman siber adalah antara cabaran utama, meliputi jenayah seperti penipuan dalam talian dan serangan penggodam ke atas infrastruktur kerajaan.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Anwar puji Wisma Putra berjaya perkukuh imej Malaysia di peringkat global
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memuji Kementerian Luar atau Wisma Putra atas kejayaannya dalam memperkukuh imej dan pengaruh Malaysia di peringkat global.

Menteri Luar China seru jadikan Laut China Selatan kawasan keamanan, persahabatan, kerjasama
Hasil usaha China dan negara ASEAN, Laut China Selatan kekal aman dan stabil tahun lepas serta menjadi perairan paling selamat dan sibuk untuk pelayaran dan penerbangan antarabangsa.

Setiausaha Agung ASEAN seru pemain industri sokong inisiatif Grid Kuasa US$764 bilion
Setiausaha Agung ASEAN menyeru pihak berkepentingan dalam industri untuk menyokong inisiatif Grid Kuasa ASEAN (APG).

Ringgit teruskan momentum mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Jumaat.

Nazir Razak seru ASEAN jadikan ekonomi serantau realiti, melangkaui retorik
Pemimpin korporat menggesa ASEAN untuk mengukuhkan dirinya sebagai hab perdagangan dan pelaburan yang kukuh di tengah-tengah ketegangan ekonomi global yang semakin meningkat.

Trafik penumpang udara Malaysia melonjak, catat 9.2 juta penumpang pada Januari - MAVCOM
MAVCOM mengumumkan prestasi trafik penumpang udara Malaysia bagi Januari 2025 yang mencatatkan 9.2 juta penumpang.

MWC 2025: 19 MoU dimeterai, perkukuh agenda teknologi, digital Malaysia
Kerjasama penting termasuk CelcomDigi dengan Ericsson untuk transformasi industri minyak dan gas, serta Digital Nasional Bhd dengan Ericsson dan META untuk mempercepat penggunaan teknologi 5G.