KUALA TERENGGANU: Krisis gangguan bekalan air yang melibatkan 28,700 akaun di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu sejak Ogos hingga awal bulan ini, berpunca daripada hakisan sepanjang 80 meter di bawah paip yang dipasang di dasar Sungai Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri Dr Mamad Puteh berkata hasil maklumat daripada syarikat kontraktor yang melakukan kerja-kerja pembaikan, mendapati paip tersebut telah hilang sokongan dan tergantung di dasar sungai sehingga berlakunya kebocoran.
"Projek pemasangan paip dilaksanakan pada 2003 dan siap pada 2006. Pada waktu itu paip ini ditanam sekitar antara 1.5 meter hingga dua meter dalam tanah tetapi apa yang berlaku pada tahun ini, selepas siasatan (mendapati) paip hilang sokongan atau terhakis pada jarak 80 meter," katanya pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Hishamuddin Abdul Karim (PAS-Tepoh) yang bertanyakan mengenai laporan kebocoran paip air di dasar Sungai Terengganu yang berlaku pada awal Ogos lepas.
Krisis gangguan bekalan air di dua daerah itu berlaku pertama kali pada 2 Ogos lepas berpunca daripada paip bersaiz 1.2 meter pecah di dasar Sungai Terengganu dan bekalan air bersih pulih secara berperingkat pada 13 Ogos.
Bagaimanapun, gangguan sama berulang apabila paip yang dibaiki patah semula di lokasi berlainan 10 hari kemudian (23 Ogos) dan bekalan air kembali pulih pada Khamis (9 Sept).
Dalam pada itu Dr Mamad berkata dalam tempoh 10 tahun sebanyak 12 pengusaha pasir telah diberi kelulusan untuk menjalankan aktiviti mengorek pasir pada jarak kira-kira 5 kilometer daripada kawasan paip tersebut dipasang.
"Daripada jumlah itu sebanyak tujuh pengusaha pasir masih aktif sehingga diarahkan berhenti beroperasi selepas berlakunya krisis bekalan air bulan lepas," katanya sambil memaklumkan siasatan penuh mengenai punca kerosakan paip tersebut, yang dijalankan oleh sebuah jawatankuasa khas, akan siap pada 24 Sept ini.
Dalam perkembangan sama, beliau mendedahkan ketika permohonan menyedut pasir diluluskan sebelum ini, tiada makluman dari mana-mana agensi kerajaan yang menyatakan bahawa terdapat paip air ditanam di kawasan berkenaan.
"Apabila ada permohonan tanah atau urusan pasir, ada ulasan dari agensi-agensi kerajaan tetapi pada waktu itu tidak ada satu pun agensi yang menyatakan di sana ada paip, seolah-olah tidak wujud paip di dasar sungai, itu yang menjadi masalah," katanya.
Ketika ditemui di luar dewan, Dr Mamad berkata kerajaan negeri akan mengarahkan agensi-agensi berkaitan untuk menyimpan semua maklumat mengenai paip-paip yang terdapat di dasar sungai di seluruh Terengganu bagi mengelak kejadian sama berulang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 14 2021

Mamad berkata, ketika permohonan menyedut pasir diluluskan sebelum ini, tiada makluman yang menyatakan terdapat paip air ditanam di kawasan berkenaan. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Krisis bekalan air Terengganu: Berlaku hakisan sepanjang 80 meter di bawah paip
Dalam tempoh 10 tahun, 12 pengusaha pasir diberi kelulusan menjalankan aktiviti mengorek pasir pada jarak 5km daripada kawasan paip tersebut dipasang.