IPOH: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyasarkan untuk menubuhkan lebih banyak Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di seluruh negara berdasarkan kepada populasi warga emas di suatu kawasan, sebagai usaha mendepani cabaran Negara Menua 2030.
Timbalan Menterinya Aiman Athirah Sabu berkata dengan pertambahan PAWE, golongan warga emas dapat terus menjalankan aktiviti dalam komuniti sekali gus melahirkan warga emas yang sihat, aktif, produktif dan positif.
"Secara tidak langsung penubuhan lebih banyak PAWE ini dapat mengurangkan kemasukan dan kebergantungan warga emas kepada institusi kebajikan," katanya berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan 2023 di Pusat Konvensyen Casuarina Meru di sini semalam.
Sambutan bertemakan 'Memartabatkan Hak Warga Emas: Merentas Generasi' itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan Dan Koperasi PerakSalbiah Mohamed.
Aiman Athirah berkata KPWKM juga sedang berusaha memperluaskan kerjasama strategik dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi membantu kerajaan dalam memberi perkhidmatan kepada warga emas.
Beliau berkata tanggungjawab sosial korporat merupakan satu daripada kerjasamaKPWKM dengan rakan strategik seperti agensi kerajaan, sektor korporat, syarikat swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu dalam memelihara kebajikan kumpulan sasar selaras dengan konsep 'Kebajikan Tanggungjawab Bersama'.
Menurutnya hala tuju baharu perkhidmatan warga emas yang dirancang di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 seperti pewujudan Pangkalan Data Berpusat Warga Emas (eWE) dan pemerkasaan PAWE, diharap dapat memberi impak nyata terhadap kesejahteraan warga emas di negara ini.
Pada masa sama, katanya Pelan Tindakan Warga Emas perlu dikaji dari semasa ke semasa bagi memastikan kesinambungan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) yang mampan.
"Ia merupakan komitmen kerajaan ke arah mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dandihormati serta mengoptimumkan potensi diri melalui penuaan sihat, positif, aktif, produktif dan menyokong peningkatan kesejahteraan hidup dalam pembangunan negara," katanya.
Sementara itu, penerima Anugerah Sukarelawan Warga Emas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Cemerlang, Yong Soo Len, 72 , berkata beliau aktif dalam aktiviti kesukarelawanan sejak 30 tahun lepas.
Soo Len yang berasal dari Sungai Tinggi, Selangor merupakan pesara guru yang masih bergiat aktif sebagai sukarelawan khidmat bantu di rumah dan Pegawai Penilai dan Verifikasi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Kerja Sosial.
Ibu kepada tiga anak yang kesemuanya bekerja di Singapura itu, merupakan AhliJawatankuasa PAWE Labis dan Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Teratak Sayangku, Chaah di Segamat, Johor.
Beliau menerima wang tunai berjumlah RM1,000, trofi serta sijil penghargaan.
Tokoh korporat dari Pulau Pinang, Tan Sri Dr Mohd Yussof Latiff menerima Anugerah Khas Warga Emas dengan membawa pulang wang tunai RM3,000 serta trofi dan sijil penghargaan.
PAWE Rembau, Negeri Sembilan pula menerima Anugerah Pusat Aktiviti Warga Emas Cemerlang sekali gus meraih wang tunai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2023

Aiman Athirah berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di sebuah hotel di Ipoh, 1 Okt 2023. --fotoBERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

164 PAWE aktif di seluruh negara - Nancy
Sebanyak 164 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang aktif di seluruh negara setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.

Peluasan PAWE peringkat komuniti dapat kekang kepadatan Rumah Seri Kenangan - Nancy
Inisiatif peluasan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di peringkat komuniti dilihat mampu mengatasi kepadatan penghuni di Rumah Seri Kenangan.

KPWKM sasar tubuh lebih banyak PAWE depani negara menua
Dengan pertambahan PAWE, golongan warga emas dapat terus menjalankan aktiviti dalam komuniti dan terus sihat, aktif, produktif, positif.

Hasrat wujud PAWE di 24 Parlimen di Perak - Exco
Sehingga kini, 12 PAWE berjaya diwujudkan di Perak, dalam memastikan kebajikan dan keperluan warga emas tidak dipandang sepi.

Galakkan warga emas bergiat aktif, kerajaan mahu bina lebih banyak PAWE
Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia khususnya golongan warga emas supaya sentiasa melibatkan diri dalam penuaan aktif.