Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersedia berkongsi pengalaman membina Rumah Komuniti kepada mana-mana Anggota Parlimen yang merancang menyediakan tempat tinggal kepada penduduk miskin yang tidak mempunyai rumah di kawasan mereka.
Menteri berkenaan Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Anggota Parlimen Besut berkata pihak yang berminat boleh meminta bantuan KPT yang sentiasa bersedia menyalurkan teknologi dan kepakaran untuk tujuan itu.
Beliau berkata pengalaman membina 100 Rumah Komuniti, yang dilaksanakan di Parlimen Besut menggunakan peruntukan Anggota Parlimen, amat bererti dan membolehkannyadikongsi oleh kawasan Parlimen lain.
"Pembinaan 100 rumah berukuran 30 x 20 kaki dengan keluasan 600 kaki persegi dengan kos tidak melebihi RM20,000 merupakan kejayaan yang menjimatkan perbelanjaan dan memastikan rakyat susah dapat mempunyai rumah sendiri", katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan kunci Rumah Komuniti ke-100 di Parlimen Besut di Kampung Bukit Kenak dekat Jerteh di sini, hari ini.
Idris berkata kejayaan membina 100 rumah komuniti itu akan diteruskan dengan pembinaan 100 buah lagi tahun ini dengan menggunakan kepakaran dan teknologi Amerika Syarikat dan Perancis.
"Kalau pada mulanya Rumah Komuniti dibina dengan memakan masa selama sebulan tetapi dengan teknologi terkini pembinaannya dapat disingkatkan untuk 20 hari sahaja," katanya.
Sementara itu, penerima rumah yang ke-100 itu merupakan pasangan suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) bisu iaitu Rafizan Mohamad, 43 dan isterinya Rohayu Awang, 45.
Mereka yang menyara hidup dengan mengambil upah menyiang ayam dengan pendapatan RM900 sebulan, tidak menyangka dipilih menerima rumah tiga bilik dan sebuah bilik air itu.
Anak pasangan itu, Nurul Sharmila Talib, 24, berkata ibunya yang bisu sejak kecil berkahwin dengan bapa tirinya yang juga bisu, tiga tahun lepas.
Menerusi perkahwinan terdahulu, pasangan berkenaan kini mempunyai tujuh orang anak, tiga lelaki dan empat peremmpuan yang berumur antara dua hingga 25 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 29 2017

IDRIS: KPT bersedia berkongsi pengalaman membina Rumah Komuniti kepada mana-mana Anggota Parlimen kepada penduduk miskin. - Gambar fail
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

'Kanak-kanak bantu ibu bapa bekerja bukan buruh paksa' - Pengerusi Felda
Datuk Seri Idris Jusoh menjelaskan kanak-kanak yang bekerja untuk membantu ibu bapa di ladang adalah sebagai budaya kerja tempatan dan bukannya sebagai buruh paksa.

Idris Jusoh dilantik Pengerusi FELDA
Datuk Seri Idris Jusoh dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Pengerusi Lembaga Pengarah FELDA yang berkuatkuasa pada 1 Mei lalu.

Kolej Komuniti tawar kursus sesuai untuk rakyat setempat
Kolej Komuniti Lenggong menawarkan kursus pelancongan dan pengembaraan, sesuai dengan Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh UNESCO.

Pekasam Opah Aishah kini dikenali ramai
Pengusaha ikan pekasam, Aishah Ahmad, 70, komited mengikuti kursus pelabelan di Kolej Komuniti Lenggong.

KPT komited tingkatkan peranan wanita dalam pendidikan tinggi
Menerusi sektor pekerjaan, wanita kini diberi lebih banyak peluang untuk terus aktif dalam Industri Revolusi 4.0.

KPT ucap tahniah, bangga dengan pencapaian universiti tempatan
Bagi tahun 2018, kedudukan UM di tangga ke-46, UTAR meningkat kepada 99 dan UTP kepada 114.

UM hampiri sasaran tempatkan diri di kelompok 100 universiti terbaik dunia
Mengikut kedudukan terkini yang dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) hari ini, Universiti Malaya menduduki tangga ke-114 terbaik dunia ketika ini.

Golongan belia perlu ikon capai aspirasi TN50 - Idris Jusoh
Golongan belia memerlukan seorang ikon yang tepat dalam memeta hala tuju kehidupan dan pencapaian dihasratkan dalam usaha merealisasikan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Pelajar boleh mohon BB1M mulai hari ini - Idris
Seramai 1.3 juta pelajar pra-universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara boleh memohon Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM250 mulai sekarang.

Tiada tawaran baharu untuk penajaan pengajian ke Mesir - Idris
Tiada penajaan baharu daripada mana-mana agensi kerajaan untuk pelajar tempatan menyambung pelajaran ke Mesir memandangkan keadaan di negara itu masih belum stabil, kata Datuk Seri Idris Jusoh.