Kolej Komuniti di seluruh negara boleh menawarkan kursus yang berkaitan dengan pembangunan rakyat setempat.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kursus-kursus yang ditawarkan di kolej komuniti adalah fleksibel, untuk sesiapa sahaja, tidak kira umur dan relevan dengan Revolusi Industri 4.0.
Malah, kata beliau, kolej komuniti juga boleh mengambil pensyarah-pensyarah luar untuk mengajar kurusus-kursus pendek.
Beliau memberi contoh, Kolej Komuniti Lenggong menawarkan kursus pelancongan dan pengembaraan, sesuai dengan Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh UNESCO.
"Semua boleh, kerana kita melihat Kolej Komuniti menawarkan 48 kursus di peringkat sijil dan 17 diploma.
"Sebab itu kita katakan pendidikan sepanjang hayat, bukan hanya untuk orang orang muda sahaja tetapi juga orang tua, bukan hanya untuk kursus pendek tetapi juga kursus panjang," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kolej Komuniti Lenggong di sini, hari ini.
Hadir sama Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang juga Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Idris berkata, lulusan Kolej Komuniti bergraduan boleh melanjutkan pelajaran ke politeknik seterusnya ke univesiti sehingga boleh menjadi profesor.
Kolej Komuniti Lenggong adalah kolej komuniti ke 98 dan yang terbaru di seluruh negara.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Apr 13 2018
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh pada gimik perasmian Kolej Komuniti Cawangan Jerlun. - Gambar fail/BERNAMA
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
KPDN Kelantan rampas pelbagai barangan seludup, barangan kawalan bernilai lebih RM6.8 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas pelbagai barangan seludup dan barangan kawalan dianggarkan bernilai lebih RM6.8 juta sejak awal Januari hingga semalam.
'Kanak-kanak bantu ibu bapa bekerja bukan buruh paksa' - Pengerusi Felda
Datuk Seri Idris Jusoh menjelaskan kanak-kanak yang bekerja untuk membantu ibu bapa di ladang adalah sebagai budaya kerja tempatan dan bukannya sebagai buruh paksa.
Idris Jusoh dilantik Pengerusi FELDA
Datuk Seri Idris Jusoh dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Pengerusi Lembaga Pengarah FELDA yang berkuatkuasa pada 1 Mei lalu.
Kolej Komuniti tawar kursus sesuai untuk rakyat setempat
Kolej Komuniti Lenggong menawarkan kursus pelancongan dan pengembaraan, sesuai dengan Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh UNESCO.
Pekasam Opah Aishah kini dikenali ramai
Pengusaha ikan pekasam, Aishah Ahmad, 70, komited mengikuti kursus pelabelan di Kolej Komuniti Lenggong.
KPT komited tingkatkan peranan wanita dalam pendidikan tinggi
Menerusi sektor pekerjaan, wanita kini diberi lebih banyak peluang untuk terus aktif dalam Industri Revolusi 4.0.
KPT ucap tahniah, bangga dengan pencapaian universiti tempatan
Bagi tahun 2018, kedudukan UM di tangga ke-46, UTAR meningkat kepada 99 dan UTP kepada 114.
UM hampiri sasaran tempatkan diri di kelompok 100 universiti terbaik dunia
Mengikut kedudukan terkini yang dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) hari ini, Universiti Malaya menduduki tangga ke-114 terbaik dunia ketika ini.
Golongan belia perlu ikon capai aspirasi TN50 - Idris Jusoh
Golongan belia memerlukan seorang ikon yang tepat dalam memeta hala tuju kehidupan dan pencapaian dihasratkan dalam usaha merealisasikan Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Pelajar boleh mohon BB1M mulai hari ini - Idris
Seramai 1.3 juta pelajar pra-universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara boleh memohon Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM250 mulai sekarang.
Tiada tawaran baharu untuk penajaan pengajian ke Mesir - Idris
Tiada penajaan baharu daripada mana-mana agensi kerajaan untuk pelajar tempatan menyambung pelajaran ke Mesir memandangkan keadaan di negara itu masih belum stabil, kata Datuk Seri Idris Jusoh.