Tiada penajaan baharu daripada mana-mana agensi kerajaan untuk pelajar tempatan menyambung pelajaran ke Mesir memandangkan keadaan di negara itu masih belum stabil, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.
Bagaimanapun bagi pelajar yang masih berkeinginan untuk menuntut ilmu di sana secara persendirian, itu hak dan pilihan masing-masing, katanya.
"Sepatutnya ibu bapa yang hendak menghantar mereka ke luar negara, mereka seharusnya tahu selok-belok dan hal ehwal semasa sesebuah negara itu.
"Sekarang keadaan di Mesir pun belum tenang sepenuhnya...keadaan keselamatan pun masih dipantau oleh pihak kedutaan kita di sana," katanya kepada media selepas majlis penyerahan Tabung Pendidikan Pelajar Malaysia di sini hari ini.
Idris berkata buat masa sekarang difahamkan pelajar-pelajar yang ditaja agensi kerajaan di Mesir adalah mereka yang masih meneruskan baki pengajian mereka.
Pada majlis itu, Idris menyerahkan sumbangan tabung pendidikan anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berjumlah US$94,000 kepada 16 pelajar Malaysia tahun akhir jurusan perubatan dan pergigian yang sedang menuntut di Mesir.
Beliau dalam pada itu berkata hasil kutipan sumbangan tabung pendidikan itu diberikan kepada pelajar persendirian di Mesir yang menghadapi kekangan kewangan menyelesaikan yuran pengajian universiti masing-masing.
"Sumbangan GPMS pada hari ini adalah untuk fasa kedua yang mana untuk fasa pertama sebanyak US$92,000 telah diserahkan kepada 10 pelajar yang belajar di institut pengajian tinggi di Mesir," katanya.
Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Jailani Ngah yang hadir mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan sumbangan sebanyak RM1 juta untuk tabung pendidikan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2017
![Tiada tawaran baharu untuk penajaan pengajian ke Mesir - Idris Tiada tawaran baharu untuk penajaan pengajian ke Mesir - Idris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/51486375530_idrisjusoh.jpg)
IDRIS: Tiada penajaan baharu daripada mana-mana agensi kerajaan untuk pelajar tempatan menyambung pelajaran ke Mesir. - Gambar fail
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739744657_JohariTunOpeng.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
!['Kanak-kanak bantu ibu bapa bekerja bukan buruh paksa' - Pengerusi Felda 'Kanak-kanak bantu ibu bapa bekerja bukan buruh paksa' - Pengerusi Felda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603380763_IdrisJusoh.jpg)
'Kanak-kanak bantu ibu bapa bekerja bukan buruh paksa' - Pengerusi Felda
Datuk Seri Idris Jusoh menjelaskan kanak-kanak yang bekerja untuk membantu ibu bapa di ladang adalah sebagai budaya kerja tempatan dan bukannya sebagai buruh paksa.
![Idris Jusoh dilantik Pengerusi FELDA Idris Jusoh dilantik Pengerusi FELDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/51544854405_DSIdris.jpg)
Idris Jusoh dilantik Pengerusi FELDA
Datuk Seri Idris Jusoh dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Pengerusi Lembaga Pengarah FELDA yang berkuatkuasa pada 1 Mei lalu.
![Kolej Komuniti tawar kursus sesuai untuk rakyat setempat Kolej Komuniti tawar kursus sesuai untuk rakyat setempat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/81523605507_IDRISJUSOH.jpg)
Kolej Komuniti tawar kursus sesuai untuk rakyat setempat
Kolej Komuniti Lenggong menawarkan kursus pelancongan dan pengembaraan, sesuai dengan Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh UNESCO.
![Pekasam Opah Aishah kini dikenali ramai Pekasam Opah Aishah kini dikenali ramai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/71523602594_AishahAhmad.jpg)
Pekasam Opah Aishah kini dikenali ramai
Pengusaha ikan pekasam, Aishah Ahmad, 70, komited mengikuti kursus pelabelan di Kolej Komuniti Lenggong.
![KPT komited tingkatkan peranan wanita dalam pendidikan tinggi KPT komited tingkatkan peranan wanita dalam pendidikan tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41521447279_DSIdris.jpg)
KPT komited tingkatkan peranan wanita dalam pendidikan tinggi
Menerusi sektor pekerjaan, wanita kini diberi lebih banyak peluang untuk terus aktif dalam Industri Revolusi 4.0.
![KPT ucap tahniah, bangga dengan pencapaian universiti tempatan KPT ucap tahniah, bangga dengan pencapaian universiti tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/71517996595_DSIdris.jpg)
KPT ucap tahniah, bangga dengan pencapaian universiti tempatan
Bagi tahun 2018, kedudukan UM di tangga ke-46, UTAR meningkat kepada 99 dan UTP kepada 114.
![UM hampiri sasaran tempatkan diri di kelompok 100 universiti terbaik dunia UM hampiri sasaran tempatkan diri di kelompok 100 universiti terbaik dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/61496897456_UniversitiMalaya.jpg)
UM hampiri sasaran tempatkan diri di kelompok 100 universiti terbaik dunia
Mengikut kedudukan terkini yang dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) hari ini, Universiti Malaya menduduki tangga ke-114 terbaik dunia ketika ini.
![Golongan belia perlu ikon capai aspirasi TN50 - Idris Jusoh Golongan belia perlu ikon capai aspirasi TN50 - Idris Jusoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/81480349408_IdrisJusoh.jpg)
Golongan belia perlu ikon capai aspirasi TN50 - Idris Jusoh
Golongan belia memerlukan seorang ikon yang tepat dalam memeta hala tuju kehidupan dan pencapaian dihasratkan dalam usaha merealisasikan Transformasi Nasional 2050 (TN50).
![Pelajar boleh mohon BB1M mulai hari ini - Idris Pelajar boleh mohon BB1M mulai hari ini - Idris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/81480349408_IdrisJusoh.jpg)
Pelajar boleh mohon BB1M mulai hari ini - Idris
Seramai 1.3 juta pelajar pra-universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara boleh memohon Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM250 mulai sekarang.
![Tiada tawaran baharu untuk penajaan pengajian ke Mesir - Idris Tiada tawaran baharu untuk penajaan pengajian ke Mesir - Idris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/51486375530_idrisjusoh.jpg)
Tiada tawaran baharu untuk penajaan pengajian ke Mesir - Idris
Tiada penajaan baharu daripada mana-mana agensi kerajaan untuk pelajar tempatan menyambung pelajaran ke Mesir memandangkan keadaan di negara itu masih belum stabil, kata Datuk Seri Idris Jusoh.