KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) sentiasa memandang serius kempen anti minyak sawit di negara barat dan memantau perkembangan perundangan yang boleh memberi impak negatif kepada industri sawit Malaysia di luar negara.
Timbalan Menterinya Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata industri sawit Malaysia sering ditohmah dengan mengaitkannya dengan isu ketidakmampanan, kemusnahan hutan dan kesan terhadap alam sekitar melalui kempen anti minyak sawit yang dilancarkan sejak 1980-an.
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam bagi menjawab soalan Cha Kee Chin (DAP-Rasah) mengenai inisiatif dan strategi terkini kementerian untuk memerangi kempen anti minyak sawit di negara barat.
Menurutnya, strategi itu dikategorikan kepada antarabangsa dan dalam negara.
"Di peringkat antarabangsa, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sentiasa bergiat aktif dalam mengadakan mesyuarat dan perbincangan dengan penggubal undang-undang di Eropah dan Amerika Syarikat untuk menjaga kepentingan minyak sawit Malaysia," katanya.
Beliau berkata MPOB melalui rangkaian yang dibina melalui pejabat-pejabat di luar negara berjaya mendapat sokongan China, India dan negara lain dalam usaha membantah cadangan yang bakal memudaratkan perdagangan sawit menerusi Mesyuarat 'Codex Alimentarious Committee.'
Selain itu, katanya KPPK bersama agensi di bawahnya sentiasa menggembleng tenaga bagi memastikan industri sawit negara berkembang mampan selaras dengan hala tuju dan kerangka Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam memenuhi permintaan global.
Wee berkata di peringkat negara, kerajaan terus menekankan dan menerajui kemampanan industri sawit melalui pelaksanaan Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) secara mandatori mulai 1 Januari 2020 di sepanjang rantaian bekalan pengeluaran minyak sawit.
"Kerajaan juga melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan termasuk menghasilkan bahan tanaman sawit dengan hasil dan kualiti lebih baik serta meningkatkan penggunaan automasi dan mekanisasi ladang, amalan pertanian yang baik serta meningkatkan produktiviti.
"Selain itu, kerajaan menetapkan had keluasan tanaman sawit pada 6.5 juta hektar sahaja untuk memastikan industri sawit tidak lagi dikaitkan isu penyahhutanan. Pembukaan kawasan baru untuk tanaman sawit adalah bukan keutamaan bagi kementerian," katanya.
Beliau berharap usaha berkenaan dapat menutup ruang kepada pihak luar terutamanya Kesatuan Eropah dan organisasi bukan kerajaan untuk mengaitkan minyak sawit dengan penebangan hutan dan pemusnahan habitat serta biodiversiti.
Dalam perkembangan lain, Wee berkata KPPK sentiasa bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Jabatan Pertanian Sarawak untuk memajukan dan memperkasa industri lada negara.
Beliau menjawab pertanyaan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Bebas-Julau) mengenai kesediaan KPPK bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Sarawak dalam memanfaatkan penggunaan teknologi satelit bagi menentukan jumlah sebenar saiz keluasan kawasan tanaman dan pengeluaran lada yang dijalankan di negeri itu.
Menurutnya, Lembaga Lada Malaysia sedang bekerjasama dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi menentukan keluasan tanaman lada dan pengeluaran melalui penggunaan teknologi satelit.
"Kerjasama ini masih dalam pelaksanaan dan dilakukan secara berfasa iaitu fasa pertama melibatkan kawasan tanaman di Semenanjung Malaysia yang dijangka selesai pada hujung tahun ini dan pelaksanaan yang seterusnya di Sabah dan Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 25 2021

KPPK sentiasa menggembleng tenaga bagi memastikan industri sawit negara berkembang mampan selaras dengan hala tuju dan kerangka SDG PBB dalam memenuhi permintaan global. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

KPPK sasar penggunaan lada tempatan di semua hotel
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menyasarkan penggunaan lada tempatan di semua hotel di seluruh negara, kata menterinya Datuk Zuraida Kamaruddin.

Manusia punca hidupan liar pupus, bukan minyak sawit - KPPK
Aktiviti pemburuan menjadi penyumbang utama kepada kemerosotan jumlah orang utan di Borneo sejak 200 tahun lepas, iaitu jauh sebelum bermulanya pembangunan minyak sawit sekitar 1970-an.

KPPK mohon lebih banyak peruntukan bagi pemuliharaan alam sekitar sektor perladangan
KPPK komited dalam meningkatkan usaha pemuliharaan untuk meminimumkan konflik hidupan liar-manusia demi kemampanan sektor perladangan.

Aktiviti penuaian kelapa sawit masih terjejas akibat kekurangan pekerja asing
Aktiviti penuaian buah tandan segar dalam industri sawit negara masih lagi terjejas akibat kemasukan pekerja asing yang perlahan.

Minyak masak: Sesi libat urus akan terus diadakan bagi cari penyelesaian menang-menang
Datuk Zuraida Kamaruddin berkata langkah itu terutamanya untuk terus memastikan kebajikan pekebun kecil sawit terpelihara.

KPPK cadang anjur pidato sawit Malaysia di sekolah - Zuraida
Objektif pertandingan itu adalah untuk mendedahkan pelajar dengan kebaikan sawit Malaysia.

KPPK terus pantau perkembangan kempen anti minyak sawit - Wee
Industri sawit Malaysia sering ditohmah dengan mengaitkannya dengan isu ketidakmampanan, kemusnahan hutan dan kesan terhadap alam sekitar.

Perbincangan mekanisme subsidi minyak masak di peringkat akhir - Khairuddin
Kerajaan sedang di peringkat akhir perbincangan bagi menentukan mekanisme terbaik subsidi minyak masak dalam botol dengan kapasiti dua kilogram (kg) atau lima kilogram.

COVID-19: KPPK akan laksana projek rintis PICK - Khairuddin
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan melaksanakan projek rintis bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan menumpuka perhatian kepada sektor perladangan sawit seba

KPPK runding pengecualian dapatkan 20,000 pekerja asing - Khairuddin
Mohd Khairuddin berkata ini penting berdasarkan sektor perladangan dan komoditi adalah kelompok terbesar yang bergantung kepada pekerja asing.