KLANG: Kementerian Pendidikan (KPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam usaha memantau bangunan sekolah daif di seluruh negara supaya keselamatan murid dapat diutamakan.
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata kerjasama itu juga bagi memastikan semua langkah pemeriksaan atau pemantauan ke atas sekolah berkenaan dibuat dengan teliti kerana KPM komited dalam menyediakan infrastruktur pendidikan yang selamat serta kondusif untuk kegunaan murid dan warga sekolah.
"Setakat ini sebanyak 830 sekolah telah disenaraikan sebagai bangunan daif dan yang paling banyak adalah di Sabah serta Sarawak. Hal ini (baik pulih) perlu dilakukan serta-merta," katanya kepada media selepas merasmikan Pameran Pendidikan Institusi Pengajian Tinggi Awam Siri 1 di Klang Commercial Convention Centre di sini hari ini.
Ditanya mengenai tahap kerosakan sekolah-sekolah tersebut, Lim berkata ia meliputi pelbagai aspek terutamanya membabitkan struktur bangunan yang tidak selamat dan mengancam keselamatan.
"Bangunan sekolah daif ini tidak selamat untuk murid... kebanyakannya yang berada di skala enam dan tujuh (mengikut analisis skor gred impak bagi mengenal pasti bangunan daif) itu mengancam keselamatan mereka (murid), jadi perkara ini harus diberikan perhatian," katanya.
Skala enam merujuk kepada bangunan yang tidak selamat dengan pengesahan dilakukan oleh Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri manakala skala tujuh merujuk kepada bangunan tidak selamat dengan pengesahan daripada Jabatan Kerja Raya.
Mengulas mengenai pameran pendidikan itu, beliau berkata tujuan utama adalah bagi menyediakan sebuah platform sesuai untuk pelajar sekolah menengah khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia supaya menyedari dan meneroka peluang pendidikan yang ditawarkan kerajaan.
"Melalui program ini, mereka akan mengetahui dengan lebih dekat mengenai tawaran atau peluang yang disediakan oleh kerajaan bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang yang bersesuaian.
"Pameran akan berlangsung sebanyak empat siri iaitu hari ini untuk siri pertama, tiga lagi akan diadakan di Georgetown, Pulau Pinang pada 1 April; Ipoh, Perak (7 April) dan Batu Pahat, Johor (8 April)," katanya yang juga bercadang untuk mengadakan pameran serupa di setiap negeri pada tahun hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 31 2023

Lim berkata tahap kerosakan sekolah terbabit meliputi pelbagai aspek terutamanya struktur bangunan yang tidak selamat dan mengancam keselamatan. - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Tiada 'Error 404' pun, 'dashboard' Projek Daif dapat diakses
Ianya bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam yang mendakwa dashboard berkenaan tidak dapat diakses.

PRN Sabah: Paluan gendang pilihan raya bermula, harapan rakyat setinggi Kinabalu
Paluan gendang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula dengan rasminya. Seramai 447 calon diumumkan bertanding pada PRN Sabah kali ini.

"Mungkin Maszlee ada kelemahan, itu normal" - Abang Jo
Abang Jo mengaku hubungannya dengan Dr Maszlee sebelum ini berlangsung baik, malah telah beberapa kali bertemu dalam kunjungan hormat bekas Menteri Pendidikan itu ke Sarawak.