KUALA LUMPUR : Papan pemuka atau dashboard bagi Projek Daif yang memaparkan maklumat sekolah-sekolah daif di seluruh negara seliaan Kementerian Pendidikan sebenarnya dapat diakses.
Ini sekali gus, bercanggahan dengan kenyataan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik dalam sidang Dewan Rakyat pada Selasa, yang mendakwa dashboard berkatian projek itu 'tidak lagi berfungsi'.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, dalam jawapan beliau di Dewan Rakyat sejurus selepas Maszlee bertanyakan soalan itu, beliau telah mendapatkan data dari pautan terbabit dan dashboard berkenaan masih berfungsi.
"Sebenarnya baru saya semak dalam perbincangan kita menyediakan draf ini, kita sudah semak apa yang terdapat dalam dashboard. Pada waktu itu (ia) berfungsi. Let me check, kita selesaikan, perkara kecil sahaja.
"Kita tidak menyorok apa-apa pun dan kita sentiasa telus dan semua pihak boleh tengok apa yang kita laksanakan dalam konteks sekolah daif," katanya.
"Pada masa ini juga, kita memberi satu perhatian khusus kepada sekolah daif bagi memastikan supaya ianya dapat dilaksanakan dengan lebih cepat kerana dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, banyak penangguhan dalam konteks pelaksanaan pembinaan dan juga penambaikan sekolah-sekolah daif di seluruh negara," tegas Radzi lagi.
Dalam sidang yang sama, Maszlee turut menyuarakan, adalah tidak adil untuk mempersoalkan ketelusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini berbanding dengan kepimpinan sedia ada berhubung isu berkenaan.
"Dulu kita pernah ada dashboard untuk ceritakan perkembangan sekolah-sekolah daif supaya rakyat boleh memantau, supaya Ahli Parlimen (MP) kita boleh memantau.
"Peliknya, bila saya buka pautan kepada dashboard itu, sekarang ini tinggal Error 404. Maksudnya, dashboard telah tiada lagi.
"Jadi, untuk menyamakan ketidaktelusan di zaman Yang Berhormat Menteri, dengan di zaman kami, itu tidak benar sekali.
Maszlee dalam satu perkongsian di laman Twitternya berkata, rakyat mempunyai hak untuk memantau dan Kerajaan tidak mengamalkan ketelusan.
"Jadi saya minta tarik balik kenyataan tersebut. Kami ada dashboard, MP boleh pantau, rakyat boleh pantau, sekarang ini di zaman Yang Berhormat Menteri, adalah 404, tidak telus," katanya.
Bagaimanapun, pemerhatian Astro AWANI mendapati dashboard Projek Daif, dapat diakses seperti biasa.
Dashboard ini dimuatkan dengan kemas kini data dan maklumat terkini sekolah-sekolah daif yang dinaik taraf di bawah program pembaikan sekolah daif.
Ia boleh diakses di sini.
Nickyson Nyambar
Tue Oct 05 2021
![Tiada 'Error 404' pun, 'dashboard' Projek Daif dapat diakses Tiada 'Error 404' pun, 'dashboard' Projek Daif dapat diakses](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633434038_TBMASZLEE.jpg)
Maszlee Malik dalam sidang Dewan Rakyat pada Selasa, mendakwa bahawa dashboard sekolah daif atau Projek Daif tidak lagi aktif ketika ini. - Gambar Astro AWANI
![Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738999305_HusseinOmarKhan.jpg)
Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.
![Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667306843_MASWINGS.jpg)
Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings
Abang Johari Tun Openg enggan mendedahkan kos pengambilalihan MASwings daripada Malaysia Aviation Group (MAG) demi menghormati perjanjian komersial dan pemain lain dalam industri syarikat penerbangan.
![ASEAN tangani peralihan tenaga menerusi kerjasama serantau - Amir Hamzah ASEAN tangani peralihan tenaga menerusi kerjasama serantau - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734158134_AmirHamzah.jpg)
ASEAN tangani peralihan tenaga menerusi kerjasama serantau - Amir Hamzah
Peralihan tenaga merupakan cabaran global, dan ASEAN mempunyai keupayaan dan sumber untuk menanganinya secara kolektif, menurut Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
![Peserta serahan memorandum hanya dirakam keterangan, tiada tangkapan - KDN Peserta serahan memorandum hanya dirakam keterangan, tiada tangkapan - KDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694084663_KDN.jpg)
Peserta serahan memorandum hanya dirakam keterangan, tiada tangkapan - KDN
Peserta serahan memorandum terbabit hanya dipanggil untuk memberikan keterangan kepada polis susulan laporan prosedur keselamatan yang biasa dilakukan.
![15 rakyat Malaysia antara 260 mangsa sindiket pusat panggilan di Myanmar yang diselamatkan 15 rakyat Malaysia antara 260 mangsa sindiket pusat panggilan di Myanmar yang diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724319872_ManyHands.jpg)
15 rakyat Malaysia antara 260 mangsa sindiket pusat panggilan di Myanmar yang diselamatkan
Pihak berkuasa Myanmar selamatkan mangsa dari KK Park dan Shwe Kokko, dua bandar sempadan yang terkenal dengan aktiviti pemerdagangan manusia.
![Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739359724_HarimauIpoh.jpg)
Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak
Perangkap harimau yang dipasang Perhilitan Perak di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan di sini pada 21 Jan, tidak akan dibuka.
![Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703169039_TBGaza.jpg)
Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump
Tiada "sebarang kemungkinan" bagi Afrika Selatan untuk menarik balik kes yang difailkan pada Disember 2023 itu.
![Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739369242_AdelJumaaMenteri.jpg)
Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli
Menteri itu cedera dalam serangan selepas lelaki bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaannya.
AWANI Tonight 12 Feb 2025
AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
![Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sentimen berhati-hati terhadap unjuran ekonomi semasa.
![Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/41538665768_950x600.jpg)
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
![Buku Ghannouchi mengenai demokrasi Islam penting untuk umat Islam - Maszlee Buku Ghannouchi mengenai demokrasi Islam penting untuk umat Islam - Maszlee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715166263_IAISInternational.jpg)
Buku Ghannouchi mengenai demokrasi Islam penting untuk umat Islam - Maszlee
Maszlee berkata, wacana yang menyelubungi Islam dan demokrasi sering menjadi polemik dan penuh dengan salah faham.
![IAIS Malaysia puji keputusan ICJ dalam kes genosid Israel, kesal tiada perintah gencatan senjata IAIS Malaysia puji keputusan ICJ dalam kes genosid Israel, kesal tiada perintah gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51643559075_MaszleeMalik.jpg)
IAIS Malaysia puji keputusan ICJ dalam kes genosid Israel, kesal tiada perintah gencatan senjata
Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia memuji Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas keputusan interimnya pada Jumaat berhubung kes genosid yang dimulakan oleh Afrika Selata
![Kemajuan wanita penting dalam memupuk masyarakat sejahtera - IAIS Kemajuan wanita penting dalam memupuk masyarakat sejahtera - IAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51643559075_MaszleeMalik.jpg)
Kemajuan wanita penting dalam memupuk masyarakat sejahtera - IAIS
Kemajuan wanita memainkan peranan penting dalam memupuk masyarakat sejahtera, kata Pengerusi Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia Profesor Maszlee Malik.
![Kejayaan Nusaybah bukti rakyat Malaysia mampu cipta kejayaan di peringkat dunia Kejayaan Nusaybah bukti rakyat Malaysia mampu cipta kejayaan di peringkat dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683863125_TBNusaybah.jpg)
Kejayaan Nusaybah bukti rakyat Malaysia mampu cipta kejayaan di peringkat dunia
Nusaybah melakar sejarah apabila menjadi mahasiswa Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang merangkul enam anugerah di Universiti Georgetown baru-baru ini.
![Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71643173619_DrMaszleeMalik.jpg)
Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.
![Maszlee perjelas spekulasi tawaran jawatan Maszlee perjelas spekulasi tawaran jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644977731_maszlee.jpg)
Maszlee perjelas spekulasi tawaran jawatan
Maszlee menyifatkan teguran Perdana Menteri adalah untuk beliau kembali aktif membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).
![Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik kongsi pengalaman berlakon Kudeta Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik kongsi pengalaman berlakon Kudeta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673002755_DrMaszleeMalikpo.jpg)
Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik kongsi pengalaman berlakon Kudeta
Maszlee membawakan watak sebagai Jamal Banna bekas Perdana Menteri (PM) yang dipenjarakan atas tuduhan jenayah telah berkongsi pengalamannya berlakon dalam Kudeta.
![Ruang akademik tidak boleh 'dicabul' politikus - Maszlee Ruang akademik tidak boleh 'dicabul' politikus - Maszlee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51643559075_MaszleeMalik.jpg)
Ruang akademik tidak boleh 'dicabul' politikus - Maszlee
Maszlee menegaskan, era menghukum ahli akademik yang mengkritik kerajaan juga sepatutnya harus berakhir.
![Kerusi panas PRU15: Tawaran di Simpang Renggam, calon mana berkelebihan? Kerusi panas PRU15: Tawaran di Simpang Renggam, calon mana berkelebihan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668582861_TBMASHUPsimpang.jpg)
Kerusi panas PRU15: Tawaran di Simpang Renggam, calon mana berkelebihan?
Saingan empat penjuru di Simpang Renggam kini tertumpu kepada tawaran setiap calon dan nilai tambah mereka untuk memikat hati pengundi.