KUALA LUMPUR: Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia memuji Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas keputusan interimnya pada Jumaat berhubung kes genosid yang dimulakan oleh Afrika Selatan terhadap Israel.
Dalam satu kenyataan, Pengerusi IAIS Prof Maszlee Malik berkata keputusan bersejarah itu merupakan satu kejayaan besar bagi isu Palestin dan bukti peranan ICJ sebagai penjaga undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.
"Institut menyanjung tinggi ICJ atas keberanian dan integritinya dalam menangani tuduhan serius genosid terhadap Israel, yang telah menindas rakyat Palestin selama beberapa dekad dengan penjajahan, pendudukan, dan keganasan," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, beliau berkata IAIS Malaysia kesal kerana ICJ tidak mengarahkan gencatan senjata penuh yang penting untuk menamatkan keganasan dan penderitaan di Gaza.
"Institut ini hairan mengapa mahkamah tidak mengambil langkah ini, memandangkan implikasinya terhadap situasi kemanusiaan dan penyelesaian konflik," kata Maszlee.
Dalam keputusannya pada Jumaat, ICJ mengarahkan Israel melaksanakan enam langkah sementara, termasuk mencegah pembunuhan beramai-ramai di Gaza, memastikan tenteranya tidak lagi melakukan sebarang tindakan genosid serta mencegah dan menghukum sebarang hasutan ke arah genosid.
Israel juga diarah membenarkan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza, menghalang pemusnahan dan memastikan pemeliharaan bukti yang berkaitan dengan dakwaan genosid dan mengemukakan laporan kepada ICJ mengenai semua langkah yang diambil dalam melaksanakan perintah berkenaan dalam tempoh sebulan.
Maszlee berkata IAIS Malaysia juga mendesak Mahkamah Dunia untuk membuat susulan dengan penghakiman penuh dan muktamad mengenai merit kes itu.
Beliau berkata institut itu menyeru ICJ untuk mengeluarkan keputusan muktamad dan komprehensif yang akan memastikan Israel bertanggungjawab atas jenayahnya dan memastikan keadilan dan pampasan bagi mangsa.
Selain itu, Maszlee berkata IAIS Malaysia menekankan keperluan untuk pelaksanaan dan penguatkuasaan keputusan ICJ yang bersifat mengikat undang-undang dan mandatori bagi semua pihak.
"Institut menyeru Israel untuk menghormati dan mematuhi arahan mahkamah dengan memberi amaran bahawa sebarang tindakan membantah atau menghalang akan membawa akibat serius terhadap kedudukan dan hubungannya di peringkat antarabangsa," katanya.
Institut juga mendesak masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menyokong dan mengukuhkan keputusan ICJ dan untuk mengambil tindakan dan sekatan yang konkrit terhadap Israel bagi setiap ketidakpatuhan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 28 2024

Maszlee berkata keputusan bersejarah itu merupakan satu kejayaan besar bagi isu Palestin dan bukti peranan ICJ sebagai penjaga undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia. - Gambar fail/Astro AWANI

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

IAIS Malaysia puji keputusan ICJ dalam kes genosid Israel, kesal tiada perintah gencatan senjata
Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia memuji Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas keputusan interimnya pada Jumaat berhubung kes genosid yang dimulakan oleh Afrika Selata

Kes Afrika Selatan di ICJ tegaskan komitmennya terhadap keadilan
IAIS mengiktiraf komitmen bersejarah Afrika Selatan dalam memerangi rejim apartheid, membuat persamaan dengan perjuangan menentang ketidakadilan di Semenanjung Gaza dan Palestin secara keseluruhan.