SHAH ALAM : Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dicadang menyediakan data kontraktor untuk digunakan bagi membayar pelarasan kadar gaji minimum, termasuk tunggakan secara terus kepada pekerja dalam sektor itu.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, kedua-dua pihak kementerian itu juga perlu bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk tujuan berkenaan.
Menurutnya, tunggakan gaji adalah titik peluh pekerja yang mesti diberikan dan menerusi pendekatan itu, penahanan bon juga boleh dibuat jika kontraktor gagal membayar pelarasan kepada pekerja.
“MTUC tidak bersetuju jika kerajaaan memutuskan untuk membayar pelarasan hanya kepada kontraktor yang sudah membayar gaji minimum beserta dengan bukti pembayaran, memandangkan sudah tentu syarikat akan gagal membuktikan pembayaran.
“Cara pembayaran pelarasan ini akan menyebabkan pekerja dinafikan mendapat pelarasan dan penganiayaan terhadap pekerja bawahan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, kerajaan juga mesti mengambil tanggungjawab bagi memastikan majikan membayar tunggakan kepada pekerja.
Menurutnya, ia boleh dilaksanakan dengan KSM menggunakan kuasa bagi memastikan semua pekerja di sektor di bawah kontrak kerajaan mendapat hak mereka.
“Pengalaman pembayaran pelarasan perintah gaji minimum pada 2016, 2019 dan 2020 boleh dijadikan rujukan.
“MTUC mencadangkan supaya KSM memanggil pihak berkepentingan bagi memastikan isu gaji minimum tidak menjadi beban kepada kerajaan.
“Isu ini boleh menjadi barah yang mendatangkan persepsi buruk terhadap kerajaan.
“Mekanisma pembayaran pelarasan kadar gaji perlu diwujudkan supaya menjadi panduan kepada pekerja dan kontraktor setiap kali perintah gaji minimum baharu diumumkan,” katanya.
Kamarul Baharin berkata, disebabkan isu itu sudah menyebabkan ketidakadilan kepada pekerja bawahan sejak sekian lama, maka tindakan segera dan berkesan wajar diambil.
Susulan kepentingan pelaksanaan itu juga, katanya, bersempena Hari Pekerja pada 1 Mei ini, MTUC mengharapkan isu pelarasan terbabit akan dinikmati dan menjadi realiti kepada seluruh pekerja di bawah kontrak kerajaan.
Mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri berhubung pelarasan kadar gaji dan upah mengikut perintah gaji minimum bagi kontrak perkhidmatan kerajaan, beliau berkata, ia amat melegakan MTUC.
Malah, beliau berkata, ia menunjukkan perjuangan MTUC dalam mendapatkan pelarasan kadar gaji minimum sudah direalisasikan Perdana Menteri selepas perjumpaan kepimpinan kesatuan itu bersama Anwar pada 28 Mac lalu.
Keterbukaan Perdana Menteri katanya, amat dihargai MTUC yang mewakili pekerja kontrak perkhidmatan kerajaan, seperti pembersihan dan pengawal keselamatan di sekolah, hospital serta lain yang sepatutnya menerima gaji minimum RM1,500 bermula pada 1 Mei tahun lalu.
“Majikan gagal membayar gaji minimum atas alasan kerajaan tidak membayar pelarasan kadar gaji minimum baharu.
“Tunggakan setiap pekerja sehingga sekarang boleh mencecah RM3,600 seorang,” katanya.
Mengulas lanjut, Kamarul Baharin berkata, sikap tidak bertanggungjawab majikan itu menyebabkan pekerja tempatan sendiri menjadi mangsa buruh paksa dalam sistem perburuhan di Malaysia.
“Keengganan majikan membayar gaji minimum merencatkan perkembangan ekonomi negara dan melanggar perintah gaji minimum.
“Walau apa pun sebab kegagalan majikan membayar gaji minimum dalam perkhidmatan kerajaan sama ada kelewatan kerajaan membayar pelarasan atau faktor kewangan kontraktor bermasalah, pekerja bawahan tidak boleh menjadi mangsa dengan kelemahan sistem dikuatkuasakan kerajaan. Kegagalan membayar gaji minimum mesti dilihat sebagai kelemahan sistem kontrak,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 24 2023
![KPM, KKM digesa sediakan data kontraktor KPM, KKM digesa sediakan data kontraktor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682310017_MTUC.jpg)
Kamarul Baharin berkata, penahanan bon juga boleh dibuat jika kontraktor gagal membayar pelarasan kepada pekerja. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kompetensi digital guru pada tahap tinggi - KPM Kompetensi digital guru pada tahap tinggi - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712126565_WongKahWohjpg.jpg)
Kompetensi digital guru pada tahap tinggi - KPM
Sebanyak 74.73 peratus atau 269,301 pendidik berada di tahap pertengahan setakat tempoh sama.
![Daurah Hadis 40 Imam Nawawi, iltizam KPM untuk tingkatkan penghayatan guru Daurah Hadis 40 Imam Nawawi, iltizam KPM untuk tingkatkan penghayatan guru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720537852_FadhlinaSidek.jpg)
Daurah Hadis 40 Imam Nawawi, iltizam KPM untuk tingkatkan penghayatan guru
Penganjuran Daurah Hadis 40 Imam Nawawi merupakan kerjasama dengan beberapa pihak termasuk Jabatan Mufti Negeri Perlis.
![KPM perincikan cadangan sediakan elaun kos sara hidup tingkatan enam KPM perincikan cadangan sediakan elaun kos sara hidup tingkatan enam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720537911_FadhlinaSidek.jpg)
KPM perincikan cadangan sediakan elaun kos sara hidup tingkatan enam
Langkah itu antara usaha penjenamaan semula pendidikan tingkatan enam di negara ini, selain memastikan kualiti pendidikan itu diperluas dan dipertingkatkan.
![KPM saring semula data PAJSK calon SPM 2023 tercicir markah KPM saring semula data PAJSK calon SPM 2023 tercicir markah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720323661_BangunanKementerian.jpg)
KPM saring semula data PAJSK calon SPM 2023 tercicir markah
KPM mengambil tindakan menyaring semula data PAJSK pelajar lepasan SPM 2023 yang tercicir markah.
![Yayasan Jeffrey Cheah lancar program pendidikan pembangunan mampan, perkembang ke 30 sekolah Yayasan Jeffrey Cheah lancar program pendidikan pembangunan mampan, perkembang ke 30 sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720160845_SunwayUNSDSNES.jpg)
Yayasan Jeffrey Cheah lancar program pendidikan pembangunan mampan, perkembang ke 30 sekolah
Bertujuan membangun kapasiti berkenaan ESD untuk guru di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan untuk pacu usaha capai matlamat SDG.
![KPM jalan siasatan dalaman kejadian pelajar jatuh bangunan sekolah - Fadhlina KPM jalan siasatan dalaman kejadian pelajar jatuh bangunan sekolah - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717914416_TBfadhlinasidek.jpg)
KPM jalan siasatan dalaman kejadian pelajar jatuh bangunan sekolah - Fadhlina
KPM juga menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan terperinci untuk mengetahui punca sebenar kejadian termasuk jika terdapat unsur buli.
![Matrikulasi: KPM akan buat pengumuman lanjut, bincang dengan KPT - Fadhlina Matrikulasi: KPM akan buat pengumuman lanjut, bincang dengan KPT - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698484693_tbFadhlinaSidek.jpg)
Matrikulasi: KPM akan buat pengumuman lanjut, bincang dengan KPT - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat pengumuman selanjutnya berkaitan peluang melanjutkan pengajian di peringkat Matrikulasi kepada semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat kepu
![KPM laksana pelbagai pendekatan elak guru bersara awal KPM laksana pelbagai pendekatan elak guru bersara awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51717136952_FadhlinaSidek.jpg)
KPM laksana pelbagai pendekatan elak guru bersara awal
KPM memandang serius isu guru bersara awal namun tetap memberikan ruang sepenuhnya kepada mereka membuat keputusan selepas intervensi dilakukan.
![KPM terus tumpu latih guru agar mahir DELIMa KPM terus tumpu latih guru agar mahir DELIMa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716902163_WongKahWoh.jpg)
KPM terus tumpu latih guru agar mahir DELIMa
Kementerian Pendidikan (KPM) terus menumpukan usaha melatih guru yang belum menguasai sepenuhnya penggunaan portal Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) dari semasa ke semasa.
![KPM beri jaminan bebanan tugas, masalah kekurangan guru diatasi apabila satu sesi dilaksanakan KPM beri jaminan bebanan tugas, masalah kekurangan guru diatasi apabila satu sesi dilaksanakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712126565_WongKahWohjpg.jpg)
KPM beri jaminan bebanan tugas, masalah kekurangan guru diatasi apabila satu sesi dilaksanakan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan bebanan tugas serta masalah kekurangan guru dapat diatasi apabila sistem satu sesi di semua sekolah di seluruh negara dilaksanakan sepenuhnya.