NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil pelbagai pendekatan serta mekanisme untuk menaikkan semangat dan motivasi guru bagi mengelakkan mereka daripada terus memilih untuk bersara awal.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata KPM memandang serius terhadap isu itu namun tetap memberikan ruang sepenuhnya kepada guru terbabit membuat keputusan selepas intervensi dilakukan.
"Kita sentiasa membuat pelbagai mekanisme untuk memberikan semangat kepada mereka, ini merangkumi program yang bersifat psikometrik, sokongan dan dukungan begitu juga dengan pengurusan berkaitan dengan kenaikan pangkat.
"Jadi dari semasa ke semasa sememangnya ada program itu, tetapi saya fikir yang hendak bersara awal maknanya mereka memilih bersara awal atas alasan kuat seperti masalah kesihatan, tidak berminat (meneruskan kerjaya) serta berkeluarga," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan tinjauan mesra di Pasar Malam Sungai Duri di sini semalam.
Turut hadir calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Dr Joohari Ariffin yang berkempen menyantuni pengunjung di pasar malam itu.
Fadhlina berkata isu ribuan guru memilih untuk bersara awal diyakini tidak akan menjejaskan sistem pendidikan negara kerana ia adalah isu 'datang dan pergi'.
Beliau berkata pengisian kekosongan jawatan guru di seluruh negara kini pada tahap 98 peratus menerusi kerjasama erat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
"Insya-Allah, kita ada beberapa pendekatan iaitu keluaran guru daripada Institut Pendidikan Guru (IPG), kemudian kita ada COS (lantikan secara kontrak) yang akan kita ambil dari semasa ke semasa mengikut keperluan," katanya.
Terdahulu Fadhlina dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam memaklumkan tidak lagi berminat meneruskan kerjaya dikenal pasti punca utama ribuan guru memilih untuk bersara awal sejak tiga tahun lepas.
Menurutnya keadaan itu mewakili 72.36 peratus daripada 4,300 hingga 6,300 guru yang memilih untuk bersara awal bagi tempoh sama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024

Fadhlina berkata isu ribuan guru memilih untuk bersara awal diyakini tidak akan menjejaskan sistem pendidikan negara kerana ia adalah isu 'datang dan pergi'. - Gambar fail/BERNAMA

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

KPM, DBP sokong pemerkasaan bahasa kebangsaan dalam undang-undang - Fadhlina
Ia termasuk melaksanakan kursus bahasa dan program seperti pertandingan debat, bagi memantapkan penguasaan bahasa pengamal undang-undang.

Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini
Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2024 bagi MBPK telah selesai dilaksanakan pada 7 Jan lepas.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.

Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
2,873 pelajar merangkumi 883 murid sekolah rendah dan 1,990 murid sekolah menengah telah dikembalikan ke sekolah pada tahun lepas.

Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.

KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.

KPM beri jaminan tiada pemotongan Bantuan Awal Persekolahan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Pengetua, pihak sekolah diingatkan tidak sembunyi sebarang kejadian buli - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan pengurusan sekolah khususnya pengetua, guru besar dan guru pentadbir, agar tidak menyembunyikan kejadian buli dalam kalangan pelajar.

GISB: KPM selaras semula keperluan pendidikan anak-anak
KPM sedang menyelaraskan semula keperluan pendidikan anak-anak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).