KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) terus menumpukan usaha melatih guru yang belum menguasai sepenuhnya penggunaan portal Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) dari semasa ke semasa.
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata langkah itu sejajar dengan tema Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-53 iaitu "Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI".
"Kita akan pantau guru dengan memberikan latihan berterusan supaya mereka (guru) dapat memahaminya, kerana saya yakin ia mudah untuk dipelajari," katanya.
Beliau berkata kepada Bernama selepas Majlis Pelancaran Bahan Sokongan Digital Pendidikan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.
DELIMa yang dilancarkan pada 15 Jun 2020 merupakan pelantar pembelajaran digital KPM yang dibangunkan untuk mengupayakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian.
KPM-DELIMA 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Wong berkata menerusi inisiatif DELIMa, proses pembelajaran menjadi lebih interaktif dan setakat ini sebanyak 788 buku teks telah dimuat naik secara digital ke dalam platform berkenaan.
"KPM sudah memuat naik buku teks sebanyak 352 buah bagi sekolah menengah dan 436 untuk sekolah rendah. Jadi sekiranya anak-anak ada kemudahan Internet dan tablet di rumah, maka pembelajaran dapat dilaksanakan pada bila-bila masa dan tidak terhad ketika di sekolah," katanya.
Mengulas mengenai isu 10,160 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang tidak hadir peperiksaan itu, Wong berkata angka terbabit sebenarnya telah menurun berbanding 2022.
"Pada 2023 kita berjaya kurangkan calon yang tidak hadir dan hampir setiap negeri menunjukkan penurunan.
"Ini merupakan hasil usaha berterusan KPM dalam melaksanakan intervensi kokurikulum iaitu apabila KPM mendapati pelajar yang ada cenderung untuk berhenti sekolah atau tidak hadir (peperiksaan), maka intervensi secara berterusan akan dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata usaha itu termasuk menghantar guru serta pegawai pergi ke rumah pelajar terbabit bagi memberi nasihat kepada mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2024

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Pelancaran Bahan Sokongan Digital Pendidikan Dewan Bahasa dan Pustaka di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini
Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2024 bagi MBPK telah selesai dilaksanakan pada 7 Jan lepas.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.

Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
2,873 pelajar merangkumi 883 murid sekolah rendah dan 1,990 murid sekolah menengah telah dikembalikan ke sekolah pada tahun lepas.

Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.

KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.

KPM beri jaminan tiada pemotongan Bantuan Awal Persekolahan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Pengetua, pihak sekolah diingatkan tidak sembunyi sebarang kejadian buli - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan pengurusan sekolah khususnya pengetua, guru besar dan guru pentadbir, agar tidak menyembunyikan kejadian buli dalam kalangan pelajar.

GISB: KPM selaras semula keperluan pendidikan anak-anak
KPM sedang menyelaraskan semula keperluan pendidikan anak-anak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).

KPM tetap teruskan peperiksaan SPM, sedia hadapi gelombang kedua banjir
KPM telah bersedia sepenuhnya untuk meneruskan peperiksaan SPM sekiranya berlaku gelombang kedua banjir, dengan persediaan itu dilakukan sejak Oktober lepas.