PETALING JAYA: Program pembangunan Pendidikan untuk Pembangunan Mampan (ESD) tajaan Yayasan Jeffrey Cheah (JCF) akan dikembangkan ke 30 buah sekolah dengan penglibatan lebih 2,500 orang guru di seluruh Malaysia.
Ia bertujuan membangunkan kapasiti berkenaan ESD buat para guru di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan bagi menjayakan Misi 4.7, satu inisiatif global dalam memacu pendidikan transformatif untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Program ini dilaksanakan dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), melalui Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, yang berperanan menyesuai dan menerapkan rangka kerja dan kecekapan ESD global kepada konteks tempatan.
Dalam ucapan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang dibacakan oleh Ketua Jabatan Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa KPM merangkap Setiausaha Agung Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, Fadzilah Fadzil, beliau menggariskan persamaan antara objektif program ini dengan falsafah MADANI.
“Konsisten dengan konsep MADANI, ESD menekankan nilai-nilai dan minda beretika serta rasa bertanggungjawab untuk membantu anak-anak muda mengaitkan apa yang mereka belajar dengan tindakan untuk membawa perubahan kepada masyarakat, alam sekitar dan dunia.
“Prinsip-prinsip ESD bukan hanya idea-idea abstrak tetapi tertanam dengan mendalam dalam inisiatif kerajaan untuk memperkasa ‘Pendidikan Manusiawi, yang menekankan kesegeraan dan kepentingan memupuk pembangunan holistik yang menumpukan keunggulan akademik dan menyemai empati, belas kasihan, dan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat dan alam sekitar.”
Tambahnya, dengan menyepadukan prinsip-prinsip ESD ke dalam rangka kerja pendidikan, Malaysia menempa jalan untuk anak-anak muda mengaitkan apa dan bagaimana mereka belajar untuk menjadi ejen aktif perubahan positif, dilengkapi kemahiran berfikir secara kritis dan kesedaran beretika untuk mendepani cabaran-cabaran global yang kompleks seperti perubahan iklim, biodiversiti, kemiskinan dan ketaksaksamaan.
Beliau turut mengumumkan pembentukan gabungan Rakan Strategik Nasional ESD yang akan turut bertanggungjawab ke atas perancangan tindakan terhadap pelaksanaan ESD di Malaysia, merangkumi dasar, persekitaran pembelajaran, pembinaan kapasiti pendidik, libat urus belia, dan tindakan peringkat lokal.
Gabungan itu melibatkan KPM, Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-SDSN), WWF Malaysia, Yayasan Green Growth Asia, Amanah Lestari Alam, dan pakar-pakar dari Universiti Sunway, Universiti Malaya, serta Universiti Nottingham Malaysia.
Turut hadir pada acara tersebut ialah Presiden UN-SDSN dan Profesor Kehormat Sir Jeffrey Cheah di Universitiy Sunway, Profesor Jeffrey Sachs yang menekankan betapa mustahaknya untuk mentransformasikan pendidikan dalam membina masyarakat masa depan yang makmur dan berdaya tahan.
Katanya, walau dianggap masih muda, rantau ini mempunyai kemajuan ekonomi dan teknologi yang dinamik, maka penting untuk ASEAN, Asia Tenggara atau Asia secara keseluruhan memainkan peranan besar dalam mencapai matlamat ini menerusi pendidikan yang inovatif.
“Di Universiti Sunway, pembangunan mampan sudah dijadikan teras institusi, bagaimana pelajar belajar dan cara kerja kursus mereka bersepadu merentas perkiraan ekonomi, sosial, saintifik dan alam sekitar.
“Pendekatan perintis seperti ini akan menjadi sesuatu yang transformatif buat Malaysia, Asia Tenggara dan akan menginspirasikan seluruh dunia untuk melakukan apa yang mereka lakukan.
“Saya amat teruja dengan apa yang saya lihat dan amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripadanya,” kata beliau.
Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway merangkap Pengerusi Bersama Misi 4.7 Tan Sri Sir Dr Jeffrey Cheah melahirkan rasa teruja kerana banyak sekolah menunjukkan minat, yang turut menekankan keinginan guru-guru Malaysia untuk menjayakan pembangunan profesional dalam ESD.
Ujarnya, Kumpulan Sunway cuba memainkan peranan untuk mempelajari dan membawa ilmu serta amalan terbaik ke sini, dalam usaha membawa impak positif dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
“Segala usaha kami akan memanfaatkan generasi masa depan kita, terutamanya di Malaysia.
“Kami lakukan apa yang kami mampu sebagai sebuah kumpulan korporat dan saya harap ini dapat memberi inspirasi kepada pihak di luar sana untuk lakukan perkara yang sama, menyumbang kepada masyarakat dalam cara yang berimpak agar kita semua dapat hidup dalam aman, harmoni dan makmur.”
Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan JCF kepada pembinaan negara dan memacu Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, perusahaan sosial berfokuskan pendidikan itu menyumbang USD20 juta (hampir RM100 juta) kepada UN-SDSN.
Dana itu dimanfaat untuk membangunkan Pusat Pembangunan Mampan Jeffrey Sachs di Universiti Sunway, dan pembentukan Ibu Pejabat UN-SDSN Asia di Malaysia, yang menyelia inisiatif-inisiatif mampan seluruh dunia bersama dua pejabat UN-SDSN di bandar New York dan Paris.
Mesyuarat Serantau untuk ESD 2030 berkaitan Mentransformasi Masa Depan Pendidikan dianjurkan oleh UNESCO dan UN-SDSN, bersama KPM dan MNCU, disokong JCF, Universiti Sunway, dan kerajaan Jepun menerusi Japanese Fund-In-Trust (JFIT).
Acara itu merupakan libat urus berterusan antara sekitar 100 perwakilan terpilih merangkumi para penggerak transformasi pendidikan dari lebih 25 negara.
Israr Khalid
Fri Jul 05 2024

Program pembangunan Pendidikan untuk Pembangunan Mampan (ESD) dilaksanakan dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan UN-SDSN.
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Jumaat
Proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan disambung pada pagi Jumaat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Yayasan Jeffrey Cheah lancar program pendidikan pembangunan mampan, perkembang ke 30 sekolah
Bertujuan membangun kapasiti berkenaan ESD untuk guru di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan untuk pacu usaha capai matlamat SDG.