KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) disaran mewujudkan satu mekanisme bagi mengukur tahap pencapaian tujuh teras utama yang ditumpukan oleh kementerian itu dalam usaha memperkasakan sektor pendidikan negara.
Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anuar Ahmad berkata, dengan adanya mekanisme itu, rakyat dapat membuat satu penilaian yang objektif terhadap pencapaian dilakukan KPM berdasarkan tujuh teras utama yang digariskan pada Disember 2022.
"Tujuh teras itu perkara pokok yang selalu menjadi cabaran, halangan dan isu dalam sistem pendidikan negara kita. Hingga hari ini, Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) masih kekal di atas tujuh landasan ini.
"Namun begitu, pada pandangan saya oleh kerana tujuh teras ini tidak dinyatakan pencapaiannya, rakyat tidak tahu bagaimana untuk mengukur (prestasi). Adakah teras itu telah dicapai atau di mana letak duduknya pencapaian tersebut," katanya dalam program Ruang Bicara Mendepani 2024 terbitan Bernama TV dengan tajuk 'Cabaran Pendidikan 2024' malam Selasa.
Tujuh teras utama yang menjadi tumpuan KPM ialah isu keciciran pembelajaran, kebajikan guru, komunikasi antara kementerian dan sekolah, menaik taraf sekolah daif, penekanan aspek karamah insaniah, isu kemiskinan multidimensi dan meningkatkan pendidikan digital.
Pada masa sama, Anuar berkata, rakyat juga bertanggungjawab untuk sentiasa bersuara secara positif dan konstruktif jika mereka merasakan terdapat perkara yang tidak dipersetujui atau diingini dalam sistem pendidikan negara.
Beliau berkata, semak dan imbang dalam kalangan masyarakat terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan terutama kepimpinan KPM serta dasar pelajaran itu, perlu berlaku secara berterusan agar dapat memperbaiki sistem sedia ada.
"Sebab itu, kalau kita lihat menteri (Fadhlina) selalu melakukan libat urus bersama ibu bapa, guru dan badan bukan kerajaan (NGO). Ini satu mekanisme dan platform yang baik untuk beliau mengetahui dan memahami apakah suara hati dalam kalangan masyarakat.
"Libat urus adalah satu mekanisme yang terbaik untuk kita mencari titik persamaan antara apa yang difikirkan peringkat kepimpinan dan apa yang difikirkan oleh masyarakat, khususnya ibu bapa," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 02 2024

Anuar berkata, dengan adanya mekanisme itu, rakyat dapat membuat satu penilaian yang objektif terhadap pencapaian dilakukan KPM berdasarkan tujuh teras utama yang digariskan pada Disember 2022. - Gambar fail/UKM

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini
Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2024 bagi MBPK telah selesai dilaksanakan pada 7 Jan lepas.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.

Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
2,873 pelajar merangkumi 883 murid sekolah rendah dan 1,990 murid sekolah menengah telah dikembalikan ke sekolah pada tahun lepas.

Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.

KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.

KPM beri jaminan tiada pemotongan Bantuan Awal Persekolahan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Pengetua, pihak sekolah diingatkan tidak sembunyi sebarang kejadian buli - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan pengurusan sekolah khususnya pengetua, guru besar dan guru pentadbir, agar tidak menyembunyikan kejadian buli dalam kalangan pelajar.

GISB: KPM selaras semula keperluan pendidikan anak-anak
KPM sedang menyelaraskan semula keperluan pendidikan anak-anak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).

KPM tetap teruskan peperiksaan SPM, sedia hadapi gelombang kedua banjir
KPM telah bersedia sepenuhnya untuk meneruskan peperiksaan SPM sekiranya berlaku gelombang kedua banjir, dengan persediaan itu dilakukan sejak Oktober lepas.