IPOH: Kementerian Pendidikan (KPM) membuka permohonan khas Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 bagi mengatasi masalah kekurangan guru di semua sekolah mulai hari ini.
Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata individu yang berminat boleh membuat permohonan berkenaan menerusi Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) sehingga 21 April ini.
Katanya lantikan secara tetap akan diberikan kepada graduan pendidikan manakala lantikan secara kontrak diberikan kepada bukan graduan pendidikan.
Ujarnya inisiatif berkenaan adalah usaha KPM dalam menangani masalah kekurangan guru di seluruh negara yang melibatkan empat mata pelajaran kritikal iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam.
“Pengambilan khas ini bukan sahaja melibatkan graduan dalam bidang pendidikan malah graduan daripada bidang-bidang lain juga boleh membuat permohonan.
“Walaupun mungkin ada antara mereka yang bidang pendidikan bukan pilihan utama mereka ketika berada di institusi pengajian tinggi (IPT) namun, mereka masih berpeluang untuk memohon kepada pengambilan khas guru ini.
“Malah, calon-calon atau pemohon yang sebelum ini gagal diterima juga dibenarkan untuk membuat permohonan pada kali ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pameran IPT Awam (IPTA) Siri Ketiga 2023 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yuk Choy dekat sini pada Jumaat.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah.
BACA: KPM alami kekurangan guru BM, BI, Pendidikan Islam, RBT
Dalam pada itu Hui Ying berkata KPM juga sedang merancang beberapa kaedah bagi memperhalusi pengambilan guru itu agar ia dapat memenuhi kekurangan yang wujud.
“Usaha pengambilan guru ini adalah kesinambungan teras pendidikan didukung oleh KPM bagi mengatasi kesenjangan pendidikan yang wujud supaya dapat dirapatkan selain memfokuskan kepada kebajikan guru kerana golongan itu teras utama kepada keberkesanan penyampaian pendidikan,” katanya lagi.
Sebelum ini beliau dilaporkan berkata KPM mengalami masalah kekurangan guru di seluruh negara yang melibatkan kira-kira 4.49 peratus atau 19,431 orang berikutan persaraan wajib, persaraan pilihan, kenaikan pangkat, cuti belajar, cuti tanpa gaji, meletak jawatan dan meninggal dunia.
Dalam perkembangan lain, Hui Ying berkata pameran IPTA siri ketiga itu dianjurkan dengan kerjasama antara KPM dengan Majlis Pengetua Sekolah Menengah Conforming Malaysia serta Gabungan Lembaga Pengelola Sekolah Malaysia.
Katanya tujuan utama penganjuranya adalah sebagai platform bagi pelajar-pelajar khasnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk mengetahui tawaran-tawaran atau peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan bagi mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang yang bersesuaian.
Tambahnya pameran berkenaan seterusnya akan berlangsung di Batu Pahat Johor pada Sabtu.
Amirrul Rabbani
Fri Apr 07 2023

Lim Hui Ying berkata individu yang berminat boleh membuat permohonan berkenaan menerusi Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) sehingga 21 April ini. - Gambar fail

Ringgit naik 0.24 peratus berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, naik 0.24 peratus kepada 4.4330/4400 daripada 4.4450/4490 pada Isnin lepas.
AWANI Ringkas: Skim harga barangan berkuat kuasa 24 Mac
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 19 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 19 Mac 2025
1️⃣ Skim harga barangan berkuat kuasa 24 Mac
2️⃣ RUU Majlis Media Malaysia dilulus
3️⃣ Datuk Bandar Istanbul ditahan atas dakwaan rasuah
#awaniringkas
1️⃣ Skim harga barangan berkuat kuasa 24 Mac
2️⃣ RUU Majlis Media Malaysia dilulus
3️⃣ Datuk Bandar Istanbul ditahan atas dakwaan rasuah
#awaniringkas
AWANI 7:45 [19/3/2025] – Cadangan hadkan tempoh jawatan PM| Lonjakan trafik sempena Aidilfitri| 26 barangan SHMMP Aidilfitri
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Irfan Faruqi
1. Pagi DNAA, petang didakwa, warga emas insiden tampar mengaku tidak salah
2. Cadangan hadkan tempoh jawatan PM 10 tahun diteliti Kabinet
3. Siap siaga para perantau, lebih 2 juta kenderaan pulang Aidilfitri
4. Selepas sembilan bulan, angkasawan Nasa akhirnya kembali ke bumi
1. Pagi DNAA, petang didakwa, warga emas insiden tampar mengaku tidak salah
2. Cadangan hadkan tempoh jawatan PM 10 tahun diteliti Kabinet
3. Siap siaga para perantau, lebih 2 juta kenderaan pulang Aidilfitri
4. Selepas sembilan bulan, angkasawan Nasa akhirnya kembali ke bumi

JAKIM anjur solat hajat solidariti Palestin hingga akhir Ramadan
JAKIM akan menganjurkan solat hajat setiap malam di tiga masjid utama di bawah seliaannya bermula hari ini hingga akhir Ramadan.

Pesara rugi hampir RM400,000 akibat penipuan dalam talian
Mangsa membuka akaun perniagaan dalam talian menerusi aplikasi Amazon dan TikTok setelah diperkenalkan oleh seorang individu melalui WhatsApp.

PM Thailand arah tindakan tangani jerebu teruk di Chiang Mai
Dalam satu hantaran di X, Paetongtarn berkata kerajaan telah memantau dengan teliti masalah jerebu di wilayah utara negara itu.

Aidilfitri: Bomba kenal pasti 12 lokasi berisiko di PLUS dan LPT
Matlamat utama JBPM adalah untuk sampai ke lokasi berlaku kemalangan tidak lewat dari setengah jam setelah berlaku sebarang insiden.

Didi & Friends bersama Hawa Rizwana dalam ‘WiFi Kencang Tak Sangkut-Sangkut’
Astro Fibre turut melancarkan lagu khas untuk mengajar kepentingan rangkaian WiFi yang pantas dan stabil di rumah.

Polis, MCMC diminta siasat individu hina Nabi Muhammad di FB - Aaron
Aaron mahu polis dan MCMC menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun FB, Khor Soon Seat yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.

Kekurangan guru: KPM tawar 100 peratus kuota pengambilan kepada calon PSIMP
KPM melaksanakan pendekatan baharu bagi mengatasi isu kekurangan guru dengan menawarkan keseluruhan kuota pengambilan kepada calon program ijazah sarjana muda perguruan (PISMP).

KPM setuju pengambilan guru baharu dipecah mengikut tiga wilayah
Pengambilan guru baharu dipecahkan mengikut tiga wilayah, iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Program Cuti-Cuti Cikgu antara 10 inisiatif baharu diumum sempena Hari Guru
Inisiatif baharu itu turut membantu mengurangkan kos sara hidup, merancakkan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan negara.

KPM buka pengambilan khas guru mulai hari ini
Pengambilan khas guru baharu bagi mengatasi masalah kekurangan guru di semua sekolah selian Kementerian Pendidikan (KPM) mulai dibuka hari ini.

KPM digesa pertimbang pengambilan guru dalam kalangan graduan tempatan - KGKS
KGKS menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) supaya mempertimbangkan pengambilan guru dalam kalangan graduan anak tempatan.

Jumlah pengambilan guru akan meningkat melebihi 5,000 - Radzi
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan jumlah pengambilan guru lebih daripada jumlah pengambilan sebelum ini bagi mengisi kekosongan sedia ada.

Kualiti guru program pengambilan 'one-off' dijamin melalui proses saringan terperinci
Walaupun membuka permohonan kepada graduan bukan jurusan pendidikan dan perguruan, standard dan kriteria Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) perlu ditepati oleh setiap yang memohon.