KUALA NERANG: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedang mengenal pasti kampung-kampung di seluruh negara yang memenuhi kriteria untuk layak dipanggil sebagai Kampung Sejahtera.
Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, antara kriterianya termasuk memiliki infrastruktur yang lengkap, aktiviti ekonomi berimpak tinggi, modal insan berdaya maju dan tahap kesihatan komuniti yang baik.
"Sebab Kampung Sejahtera itu memang kita tengah 'roll out' sekarang ini, (kita) nak tengok berapa banyak kampung, kita buat juga pertandingan kampung (Pertandingan Aspirasi Kampung Sejahtera).
“Tetapi pada masa yang sama kita minta data daripada pejabat-pejabat daerah seluruh negara juga berapa banyak sebenarnya kampung yang boleh dianggap sebagai Kampung Sejahtera," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Komuniti Sejahtera Bukit Tembaga di Felda Bukit Tembaga di sini hari ini.
KPLB tambah Mahdzir, tidak menetapkan sebarang sasaran jumlah kampung yang akan diangkat sebagai Kampung Sejahtera pada tahun ini.
Namun beliau amat menyarankan semua jawatankuasa kampung mengambil peluang menyertai pertandingan itu.
Bagi kampung yang berjaya memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk diiktiraf sebagai Kampung Sejahtera, KPLB akan menyalurkan peruntukan pembangunan kepada kampung tersebut berdasarkan keperluan di kawasan itu.
"Kalau yang paling tinggi kita boleh bagi RM1 juta peruntukan pembangunan dalam kampung, juga RM100,000, ada yang RM200,000 bergantung kepada keperluan. Contohnya, kalau jalan baik, elektrik ada, paip air ada, (tapi) mungkin surau dia tak begitu cantik (kita bagi peruntukan untuk surau)," katanya lagi.
Untuk itu jelas Mahdzir, ketua-ketua kampung perlu memainkan peranan lebih kreatif dan inovatif bagi menggerakkan komuniti kampung untuk memenuhi kriteria Kampung Sejahtera KPLB.
"Ketua Kampung itu kena ada 'innovation', ketua tu kena kreatif dan kita akan tolonglah, tapi kalau empat tahun tak pernah buat gotong-royong, jadi macam mana nak bagi (peruntukan)," katanya.
Untuk rekod, Malaysia ketika ini mempunyai 28,303 buah kampung meliputi 19,447 kampung di Semenanjung Malaysia, 5,976 kampung di Sarawak, 2,853 kampung di Sabah dan 27 kampung di Labuan.
KPLB memperkenalkan Aspirasi Kampung Sejahtera bagi melonjak pembangunan kawasan di luar bandar.
Ia sebahagian usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat kampung khususnya aspek ekonomi.
Selain memastikan semua kampung mencapai aspirasi yang digariskan dalam Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) iaitu wawasan Luar Bandar yang Sejahtera, Inklusif, Mampan dan Holistik menjelang 2030.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Aug 07 2022

Mahdzir berucap sebelum merasmikan Program Komuniti Sejahtera Bukit Tembaga di Felda Bukit Tembaga di Kuala Nerang hari ini. - Foto Astro AWANI

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat SPRM, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
AWANI Ringkas: Isu lulus kewarganegaraan kepada rakyat China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sosial media: Albania mula haramkan TikTok
Pengguna TikTok di Albania kini menghadapi kesukaran mengakses aplikasi popular itu selepas kerajaan melaksanakan larangan selama setahun bermula Khamis.

Pendengaran rayuan kes rasuah bekas KSU, anak ditangguh
Mahkamah kemudian menetapkan 21 Ogos untuk mendengar rayuan itu.

KKDW akronim Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah - Zahid
Nama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah dipinda kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan akronim KKDW, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

RM43 juta naik taraf infrastruktur luar bandar di Johor
RM31.45 juta disediakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor manakala RM12.18 juta daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Inisiatif PERDA perkasakan usahawan luar bandar
Ekspo Usahawan PERDA diperkenalkan bertujuan untuk mempromosikan produk keluaran usahawan khususnya usahawan luar bandar Pulau Pinang.

KPLB bincang dengan JPA untuk naikkan gred pengurus PKD
KPLB juga mencadangkan agar pengurus PKD diberikan tempoh kontrak perkhidmatan yang lebih panjang berbanding setahun yang dinikmati ketika ini.

KPLB terus perkukuh kerjasama pembangunan usahawan platform e-dagang - Mahdzir
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) terus mengukuhkan kerjasama pembangunan usahawan luar bandar berasaskan platform e-dagang.

Pemimpin, ketua kampung perlu ada data asas kampung
Pemimpin atau ketua kampung perlu mempunyai data asas kampung mereka yang lengkap, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Kadar kebolehpasaran lulusan TVET KPLB melebihi paras nasional - Mahdzir
Kadar kebolehpasaran siswazah lulusan TVET di bawah seliaan KPLB telah melebihi paras standard nasional ditetapkan.

KPLB nilai potensi kampung penuhi kriteria Kampung Sejahtera - Mahdzir
Kementerian Pembangunan Luar Bandar sedang mengenal pasti kampung-kampung yang memenuhi kriteria untuk layak dipanggil sebagai Kampung Sejahtera.

Pelajar keciciran disyorkan sambung belajar TVET KPLB - Mahdzir
Bidang TVET menawarkan kursus yang seiiring dengan keperluan industri ketika ini sekali gus menjamin masa depan pelajar.