PUTRAJAYA: Pendengaran rayuan bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan anaknya terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi pertuduhan rasuah yang dijadualkan hari ini ditangguhkan.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Hakim Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan kedua-dua peguam Datuk Rajpal Singh untuk menangguhkan pendengaran itu selepas beliau memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya tidak sihat dan tidak dapat hadir ke mahkamah hari ini.
Beliau berkata surat telah dikemukakan kepada mahkamah semalam yang memaklumkan Mohd Arif, yang mengalami sakit dada pada Sabtu, menghidap penyakit arteri koronari dan mendapatkan rawatan di hospital manakala anaknya Ahmad Zukhari disahkan positif COVID-19.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar tidak membantah permohonan penangguhan itu.
Mahkamah kemudian menetapkan 21 Ogos untuk mendengar rayuan itu.
Pada 14 Nov 2018, Mahkamah Sesyen mendapati Mohd Arif, 66, didapati bersalah atas tuduhan bersubahat dengan anak sulungnya Ahmad Zukhari menerima rasuah SG$200,000 ((RM627,833) ketika beliau masih memegang jawatan KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah daripada Pengarah Syarikat Wazlina Sdn Bhd Mohd Safian Mohd Salleh.
Beliau didakwa menerima wang itu sebagai suapan bagi kelulusan kementerian bernilai RM57,500,000 melalui rundingan terus (Reka dan Bina) sistem solar hidbrid di empat pulau terpencil di Sandakan, Sabah kepada syarikat sekutunya, Eramaz Sdn Bhd (Eramaz) di Royal Lake Club, Jalan Cenderamulia, Kuala Lumpur dari 4 petang hingga 7 malam pada 23 Ogos 2016.
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM3 juta atau tiga tahun penjara ke atas Mohd Arif.
Ahmad Zukhari, 41, ahli perniagaan, dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM9.6 juta atau 10 tahun penjara selepas Mahkamah Sesyen mendapati dia bersalah atas empat tuduhan meminta dan menerima rasuah daripada beberapa projek melibatkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada 2016.
Rayuan mereka ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 23 Mac 2021 menyebabkan mereka memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2023

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Ogos untuk mendengar rayuan itu. -Gambar hiasan
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

Pendengaran rayuan kes rasuah bekas KSU, anak ditangguh
Mahkamah kemudian menetapkan 21 Ogos untuk mendengar rayuan itu.

KKDW akronim Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah - Zahid
Nama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah dipinda kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan akronim KKDW, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

RM43 juta naik taraf infrastruktur luar bandar di Johor
RM31.45 juta disediakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor manakala RM12.18 juta daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Inisiatif PERDA perkasakan usahawan luar bandar
Ekspo Usahawan PERDA diperkenalkan bertujuan untuk mempromosikan produk keluaran usahawan khususnya usahawan luar bandar Pulau Pinang.

KPLB bincang dengan JPA untuk naikkan gred pengurus PKD
KPLB juga mencadangkan agar pengurus PKD diberikan tempoh kontrak perkhidmatan yang lebih panjang berbanding setahun yang dinikmati ketika ini.

KPLB terus perkukuh kerjasama pembangunan usahawan platform e-dagang - Mahdzir
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) terus mengukuhkan kerjasama pembangunan usahawan luar bandar berasaskan platform e-dagang.

Pemimpin, ketua kampung perlu ada data asas kampung
Pemimpin atau ketua kampung perlu mempunyai data asas kampung mereka yang lengkap, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Kadar kebolehpasaran lulusan TVET KPLB melebihi paras nasional - Mahdzir
Kadar kebolehpasaran siswazah lulusan TVET di bawah seliaan KPLB telah melebihi paras standard nasional ditetapkan.

KPLB nilai potensi kampung penuhi kriteria Kampung Sejahtera - Mahdzir
Kementerian Pembangunan Luar Bandar sedang mengenal pasti kampung-kampung yang memenuhi kriteria untuk layak dipanggil sebagai Kampung Sejahtera.

Pelajar keciciran disyorkan sambung belajar TVET KPLB - Mahdzir
Bidang TVET menawarkan kursus yang seiiring dengan keperluan industri ketika ini sekali gus menjamin masa depan pelajar.