SEKINCHAN: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan untuk menghapuskan kira-kira 300 tapak pelupusan sampah haram di seluruh negara tahun ini, sebagai salah satu usaha memastikan kebersihan dan memelihara kualiti alam.
Menterinya Nga Kor Ming berkata KPKT telah melupuskan sebanyak 128 tapak pelupusan sampah haram dalam 100 hari pertama beliau memegang jawatan sebagai menteri dan usaha itu akan terus dipertingkat.
"Saya sasarkan tahun ini kita akan lupuskan kira-kira 300 tapak pelupusan sampah haram khususnya di Selangor berikutan terdapat banyak kawasan industri di negeri ini," katanya kepada media selepas lawatan di sekitar Pekan Sekinchan, di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, beliau berkata kementeriannya kini dalam proses perbincangan dengan kerajaan Selangor berhubung pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dalam usaha bersama mencari penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah sampah haram yang telah lama berlarutan.
Media sebelum ini melaporkan kerajaan Selangor sedang mempertimbangkan untuk menandatangani Akta 672 bagi menangani masalah pembuangan sampah haram di negeri itu bagi memastikan keseragaman undang-undang dalam pengawalan dan pengawalseliaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
Sementara itu, Nga berkata kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berada pada tahap tertinggi bagi operasi pemadaman kebakaran akibat cuaca panas.
Katanya kementerian telah memberi peruntukan tambahan khusus kepada JBPM sebanyak RM46.15 juta bagi membeli peralatan dan perolehan.
"Saya juga meminta orang ramai memberhentikan pembakaran terbuka terutama pada musim panas ini. Jangan sesekali menjadikan keadaan lebih teruk kerana pembakaran terbuka adalah satu kesalahan yang boleh dihukum penjara dan kompaun," ujarnya.
Terdahulu, Nga menyerahkan surat kelulusan peruntukan berjumlah RM2.52 juta kepada Majlis Daerah Sabak Bernam bagi beberapa projek menaik taraf dan penyelenggaraan di Sekinchan termasuk penyelenggaran longkang utama di Jalan Bernam, pemasangan papan iklan lampu solar diod pemancar cahaya (LED); projek menaik taraf bumbung gerai penjaja Pasar Awam Sekinchan dan projek membaik pulih serta membina infrastruktur di enam buah Kampung Baru Cina.
Nga berkata kesemua projek yang bermula minggu hadapan itu dijangka siap menjelang akhir tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023
![KPKT sasar hapus 300 tapak pelupusan sampah haram KPKT sasar hapus 300 tapak pelupusan sampah haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51642460169_PelupusanSampah.jpg)
Kor Ming berkata KPKT telah melupuskan sebanyak 128 tapak pelupusan sampah haram dalam 100 hari pertama beliau memegang jawatan sebagai menteri dan usaha itu akan terus dipertingkat. - Foto fail/Sinar Harian
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [10 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
- Insiden tembakan di Setia Alam: Rujuk media rasmi, elak terjebak maklumat palsu - Fahmi
- Dr Wan Azizah gesa rakyat tolak anasir lagakan isu perkauman
#AWANIpagi #AWANInews
- Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
- Insiden tembakan di Setia Alam: Rujuk media rasmi, elak terjebak maklumat palsu - Fahmi
- Dr Wan Azizah gesa rakyat tolak anasir lagakan isu perkauman
#AWANIpagi #AWANInews
![Amazon turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan TikTok Amazon turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan TikTok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732335597_AMAZON.jpg)
Amazon turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan TikTok
Laporan terbaharu menyatakan Amazon turut telah menyatakan hasrat dalam mendapatkan pegangan pada TikTok.
![Akses 5 hari percuma PlayStation+ kepada pelanggan terjejas Akses 5 hari percuma PlayStation+ kepada pelanggan terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739145822_tbPlayStation.jpg)
Akses 5 hari percuma PlayStation+ kepada pelanggan terjejas
Pemacu Blu-Ray untuk PS5 Pro serta PS5 Slim turut tidak boleh membaca cakera permainan fizikal kerana tidak dapat disahkan dalam talian.
![Perancis umum pelaburan €109 bilion dalam sektor AI Perancis umum pelaburan €109 bilion dalam sektor AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729211988_EmmanuelMacron.jpg)
Perancis umum pelaburan €109 bilion dalam sektor AI
pelaburan tersebut termasuk rancangan firma pelaburan Kanada, Brookfield, untuk melabur sebanyak 20 bilion euro.
![Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739145604_tbJabaliyarefugeec.jpg)
Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB
Beliau turut menggesa penolakan terhadap sebarang kemungkinan untuk kembali kepada situasi yang membawa lebih banyak kematian dan kemusnahan.
Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas di muara Sungai Keluang
Seorang nelayan yang dilaporkan terjatuh ketika bot dinaikinya dilambung ombak, ditemukan lemas di muara Sungai Keluang, jertih pada ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi dan menyelamat (SAR).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi dan menyelamat (SAR).
TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu pada Sabtu dan Ahad.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan tangkapan pertama dilakukan pada 7.22 malam sabtu di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan tangkapan pertama dilakukan pada 7.22 malam sabtu di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
Operasi khas: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan
Sebanyak 107,014 notis telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan terhadap kenderaan dan pemandu yang gagal mematuhi peraturan dalam Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2025 yang dijalankan di seluruh negara, sejak 20 Januari hingga Ahad.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.
KPN akan terus perkukuh usaha tingkatkan kesedaran, kefahaman perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan terus memperkukuh usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi program bersifat inklusif dan berkesan.
Kerajaan komited bina sekolah baharu tangani sekolah padat - Fadhlina
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, menerusi Belanjawan 2025, Kerajaan MADANI meluluskan pembinaan 44 sekolah iaitu paling banyak dalam tempoh empat tahun terkini.
![Selangor, Pulau Pinang terima pakai Akta 672 Selangor, Pulau Pinang terima pakai Akta 672](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738838421_NgaKorMing.jpg)
Selangor, Pulau Pinang terima pakai Akta 672
Jemaah Menteri pada minggu lepas membuat keputusan secara dasar untuk menerima Selangor dan Pulau Pinang sebagai negeri terkini yang mengguna pakai Akta 672.
![Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730822448_TBNGAKORMING.jpg)
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
![Selangor muktamadkan mekanisme mampan untuk meningkatkan amalan kitar semula - Amirudin Selangor muktamadkan mekanisme mampan untuk meningkatkan amalan kitar semula - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729501239_AmirudinShari.jpg)
Selangor muktamadkan mekanisme mampan untuk meningkatkan amalan kitar semula - Amirudin
Kerajaan Selangor sedang memuktamadkan mekanisme mampan bagi meningkatkan amalan kitar semula di setiap kawasan kejiranan di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
![Loji WTE: Kerajaan hanya akan bawa masuk teknologi yang terbukti berkesan - Kor Ming Loji WTE: Kerajaan hanya akan bawa masuk teknologi yang terbukti berkesan - Kor Ming](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719813587_NgaKorMingDewanR.jpg)
Loji WTE: Kerajaan hanya akan bawa masuk teknologi yang terbukti berkesan - Kor Ming
Kos untuk membina loji WTE amat tinggi, maka kerajaan akan memastikan sekiranya projek itu berjalan, ia akan beri pulangan yang baik kepada negara.
![Tapak pelupusan sampah di Besut terbakar lagi Tapak pelupusan sampah di Besut terbakar lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717823081_tbTapakpusatpelupu.jpg)
Tapak pelupusan sampah di Besut terbakar lagi
Tapak pusat pelupusan sampah di Kampung Paya Rawa, di sini sekali lagi terbakar selepas kejadian kali pertama berlaku pada pertengahan Mei lalu.
![Orang ramai diingatkan tidak simpan stok beras dalam kuantiti besar Orang ramai diingatkan tidak simpan stok beras dalam kuantiti besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708407874_TBMohamadSabujp.jpg)
Orang ramai diingatkan tidak simpan stok beras dalam kuantiti besar
Semua pihak diingatkan untuk tidak menyimpan stok beras dalam kuantiti yang besar bagi mengelakkan berlakunya pembaziran bekalan makanan itu.
![Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713515556_Puluhankampitberas.jpg)
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
![Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713512076_beras.jpg)
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
![Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713507533_Puluhankampitberas.jpg)
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
![Tapak pelupusan sampah di Tumpat terbakar Tapak pelupusan sampah di Tumpat terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712363033_tbTapakpelupusansa.jpg)
Tapak pelupusan sampah di Tumpat terbakar
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor bersama dua jentera bomba dikerahkan ke lokasi kebakaran.