KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang melaksanakan pemetaan harga rumah mampu milik di bawah Dasar Perumahan Negara bagi memastikan harga bersesuaian dapat ditawarkan mengikut negeri serta lokaliti.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata kaedah itu dijalankan berdasarkan kepada pendapatan median rakyat mengikut zon, negeri serta daerah yang diperoleh menerusi Tinjauan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas Tahun 2022.
Beliau berkata pemetaan harga rumah mampu milik itu untuk dijadikan sebagai panduan saintifik kepada pemaju serta agensi penyedia perumahan bagi penetapan harga jualan rumah di setiap lokaliti.
"Dulu di bawah Dasar Perumahan Negara definisi rumah mampu milik adalah tidak lebih daripada RM300,000 tetapi harga (rumah mampu milik) di Kelantan pun RM300,000, harga di Kuala Lumpur pun RM300,000. Adakah masuk akal?
"Bagaimana kita nak samakan harga (rumah mampu milik) di Kelantan sama di Kuala Lumpur. Jadi, pada tahun ini, KPKT sedang melaksanakan pemetaan rumah mampu milik," katanya ketika menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Nga turut memaklumkan bahawa pemetaan harga rumah mampu milik itu dijangka dapat disiapkan tahun ini.
Sementara itu sempena Ramadan yang bermula esok, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk mengelakkan pembaziran makanan susulan 35 peratus daripada keseluruhan sisa dilupuskan pada Ramadan tahun lepas melibatkan sisa makanan.
"Berdasarkan statistik Ramadan tahun lepas, sebanyak 86,177.28 tan metrik sisa makanan dilupuskan. Bayangkan satu bulan sahaja lebih 86,000 tan metrik sisa makanan dilupuskan berbanding sisa pepejal yang dilupuskan iaitu sebanyak 243 tan metrik.
"Bagaimanapun, trend ini menunjukkan penurunan sisa makanan dilupuskan iaitu sebanyak 3.7 peratus berbanding 2022 iaitu 5.2 peratus melalui hasil kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan," katanya.
Menyentuh usaha KPKT bagi menjamin kebajikan peniaga kecil, Nga berkata kementerian itu menjangkakan MyKIOSK 2.0 dapat dilancarkan selepas perayaan Aidilfitri tahun ini, sekali gus dapat memberi manfaat kepada 20,000 peniaga kecil.
Inisiatif MyKiosk telah diperkenalkan kementerian itu pada tahun lepas bertujuan memulihkan dan meningkatkan tahap ekonomi penjaja dan peniaga kecil melalui penyediaan ruang niaga yang seragam di lokasi dibenarkan, selamat dan merupakan tempat tumpuan awam.
Dalam hal lain, Nga berkata KPKT sedang merancang untuk meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) antaranya berkaitan penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang turut mencakupi seksyen berkaitan kacau ganggu serta seksyen melibatkan kuasa pegawai PBT.
"Kadar denda yang terlampau rendah juga sedang disemak semula. Bagaimanapun, pindaan ini dalam proses libat urus semua kerajaan negeri dan Jabatan Peguam Negara sebelum rang undang-undang ini dimuktamadkan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Luar Datuk Mohd Alamin ketika menggulung usul bagi kementeriannya berkata Malaysia terus konsisten menghantar bantuan ke Gaza menerusi Ops Ihsan dengan bantuan seterusnya melibatkan penghantaran 100,000 pek makanan dilakukan secara berperingkat.
"Kita akan tambah lagi bantuan dan sekarang kita sedang dalam perbincangan bagaimana untuk kita hantar bantuan menggunakan kapal laut berbanding kapal udara (pesawat) ketika ini," katanya.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2024

Nga Kor Ming berkata, pemetaan itu dijadikan panduan saintifik kepada pemaju serta agensi penyedia perumahan bagi penetapan harga jualan rumah di setiap lokaliti. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September
Jemaah Menteri bersetuju menetapkan hari Sabtu terakhir bulan September sebagai Hari Cuci Malaysia di seluruh negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40
Dua NGO EcoDistrict Association (EDA) dan Persatuan Komuniti Kebajikan Pandan (PEKA) dipilih sebagai pelaksana program PEKB tahun ini.

Selangor, Pulau Pinang terima pakai Akta 672
Jemaah Menteri pada minggu lepas membuat keputusan secara dasar untuk menerima Selangor dan Pulau Pinang sebagai negeri terkini yang mengguna pakai Akta 672.

Kerajaan lulus RM60 juta untuk pelebaran LTSAS - Nga
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk tujuan projek pelebaran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh.

RM144.6 juta lebihan skim PKBC, penduduk layak diseru memohon - Nga
KPKT menyeru penduduk Kampung Baru Cina yang layak memohon pembiayaan di bawah Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru yang masih mempunyai lebihan.

JBPM dijangka terima tiga helikopter baharu tahun depan
JBPM dijangka menerima tiga helikopter baharu AgustaWestland AW139 pada tahun depan, dalam usaha meningkatkan keupayaan penyelamatan terutama di kawasan pedalaman.

KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.

475 projek perumahan swasta sakit bernilai RM52 bilion diselamatkan pada 2024
TFST berjaya menyelamatkan 475 projek melibatkan 59,050 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM52.67 bilion sepanjang tahun lepas.

Hukuman khidmat masyarakat jika buang sampah merata-rata - Nga
Hukuman berbentuk khidmat masyarakat akan dikenakan terhadap individu yang didapati bersalah kerana membuang sampah merata-rata, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

ASEAN 2025: KPKT sasar tingkat kedudukan Malaysia
KPKT menyasarkan untuk meningkatkan kedudukan Malaysia di persada dunia bertepatan peranan negara selaku Pengerusi ASEAN 2025 serta membida jawatan Presiden Perhimpunan UN-Habitat PBB.