NILAI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi sebanyak 26,459 liter berjumlah RM56,886 di sebuah stesen minyak di Jalan Klang Banting, Kuala Langat, Selangor, 10 Februari lepas.
Timbalan Pengarah Penguatkuasaan (Operasi) KPDNHEP Shamsul Nizam Khalil berkata, hasil serbuan dijalankan 20 pegawai kementerian itu mendapati, dua lori lima tan berkanvas yang telah diubah suai tangkinya sedang diisi minyak diesel bersubsidi di stesen minyak itu kira-kira pukul 2.50 petang.
"Selain itu, hasil serbuan ke atas premis disyaki stor simpanan lima kilometer dari stesen minyak itu pula mendapati aktiviti pemindahan minyak diesel sedang dilakukan menerusi dua lori lima tan berkanvas yang lain.
"Kita telah jalankan risikan sejak sebulan lepas dan aktiviti ini dipercayai daripada sindiket yang sama dengan tujuan penjualan atau penghantaran ke lokasi lain yang disasarkan kepada syarikat perindustrian di seluruh negara," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Shamsul Nizam berkata selain minyak diesel, KPDNHEP turut menyita sebuah lori tangki, lori lima tan (empat), kompresor (lima), meter aliran, dokumen dan resit dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM215,000.
Susulan itu, beliau berkata lima lelaki warga tempatan dan seorang penjaga stor berumur lingkungan 25 hingga 50 tahun termasuk individu yang mengaku sebagai pemilik stesen minyak berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengenal pasti rantaian pengedaran minyak diesel tersebut dari stesen minyak ke tempat penyimpanan sehingga peringkat pembeli.
"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3 juta," katanya.
Beliau berkata, syarikat terlibat juga akan diambil tindakan penggantungan sementara lesen barang kawalan sehingga selesai siasatan selain turut disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613).
Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, mana lebih tinggi, katanya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan KPDNHEP tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti haram serta tindakan tegas akan dikenakan kepada individu terlibat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 14 2022
![KPDNHEP tumpas aktiviti penyelewengan 26,459 liter diesel bersubsidi KPDNHEP tumpas aktiviti penyelewengan 26,459 liter diesel bersubsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81644827676_ShamsulNizamKhali.jpg)
Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Operasi) KPDNHEP Shamsul Nizam Khalil (kiri) menunjukkan barangan sebuah lori tangki minyak diesel bersubsidi pada sidang media hari ini. - Bernama
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Bantuan BUDI MADANI beri penjimatan, kurangi beban rakyat Bantuan BUDI MADANI beri penjimatan, kurangi beban rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717993154_TBDiesel.jpg)
Bantuan BUDI MADANI beri penjimatan, kurangi beban rakyat
Sejumlah 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan akan terus menikmati diesel bersubsidi.
![Tapak pembinaan simpan diesel tanpa permit diserbu Tapak pembinaan simpan diesel tanpa permit diserbu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717642801_simpandiesel.jpg)
Tapak pembinaan simpan diesel tanpa permit diserbu
Serbuan menerusi Ops Tiris 3.0 pada 11 pagi itu dilaksanakan anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Besut selepas risikan selama dua minggu.
![KPDN gagalkan aktiviti seleweng diesel bersubsidi di Ipoh KPDN gagalkan aktiviti seleweng diesel bersubsidi di Ipoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716952897_tbselewengdiesel.jpg)
KPDN gagalkan aktiviti seleweng diesel bersubsidi di Ipoh
Azman berkata seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang juga pemandu lori ditahan bagi membantu siasatan kes.
![14 lelaki ditahan dalam operasi khas banteras penyeludupan, rampasan bernilai lebih RM35 juta 14 lelaki ditahan dalam operasi khas banteras penyeludupan, rampasan bernilai lebih RM35 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713952888_handcuff.jpg)
14 lelaki ditahan dalam operasi khas banteras penyeludupan, rampasan bernilai lebih RM35 juta
Tiga daripada serbuan itu dijalankan serentak pada Isnin lepas (20 Mei) manakala satu lagi serbuan pada Khamis (23 Mei).
![Stesen minyak di Tambun disyaki bersubahat sindiket seleweng diesel subsidi Stesen minyak di Tambun disyaki bersubahat sindiket seleweng diesel subsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716635005_TBDiesel.jpg)
Stesen minyak di Tambun disyaki bersubahat sindiket seleweng diesel subsidi
Tindakan itu dikesan susulan rampasan 7,000 liter diesel menerusi Op Tiris 3.0 di sebuah stor di Gopeng.
![PM bidas kenyataan Hamzah mengenai penyasaran subsidi PM bidas kenyataan Hamzah mengenai penyasaran subsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716540973_tbAnwarIbrahim.jpg)
PM bidas kenyataan Hamzah mengenai penyasaran subsidi
Anwar menekankan, penyasaran dibuat bagi menarik subsidi dari golongan kaya dan warga asing kerana diesel tidak digunakan majoriti rakyat.
![Projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi diperluas kepada 14 kenderaan Projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi diperluas kepada 14 kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715517958_ArmizanMohdAliMe.jpg)
Projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi diperluas kepada 14 kenderaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluaskan projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 Fasa Dua kepada 14 jenis kenderaan barangan mulai esok.
![KPDN Melaka tumpaskan sindiket seleweng diesel bersubsidi KPDN Melaka tumpaskan sindiket seleweng diesel bersubsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715048758_diesel.jpg)
KPDN Melaka tumpaskan sindiket seleweng diesel bersubsidi
Serbuan dibuat hasil pemantauan intensif anggotanya di lokasi 'panas' aktiviti penyeludupan dan pemindahan bahan api itu ke luar Melaka.
![Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705481142_TBARIFFINSAMSUDIN.jpg)
Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan
Empat lori lima tan, dua skid tank, 40 unit IBC tank, lima unit pam penyedut dan 44,000 liter cecair disyaki diesel turut disita.
![Polis tumpas sindiket penyeludupan diesel bernilai RM15.2 juta, 12 lelaki ditahan Polis tumpas sindiket penyeludupan diesel bernilai RM15.2 juta, 12 lelaki ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704974735_minyak.jpg)
Polis tumpas sindiket penyeludupan diesel bernilai RM15.2 juta, 12 lelaki ditahan
Polis manahan 12 individu termasuk dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi dengan nilai rampasan lebih RM15.2 juta.