MELAKA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menumpaskan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi menggunakan lori tangki minyak dalam serbuan di sebuah gudang penyimpanan haram di kawasan perindustrian di Krubong, malam tadi.
Pengarahnya Norena Jaafar berkata serbuan bermula pada 7 malam itu merampas minyak diesel bersubsidi berjumlah 35,000 liter, hasil pemeriksaan dan pemantauan intensif oleh anggota dan pegawainya di lokasi 'panas' aktiviti penyeludupan dan pemindahan bahan api itu ke luar Melaka.
"Ketika serbuan, pegawai dan anggota KPDN sempat menghalang lori tangki itu daripada keluar dari gudang dan menahan dua lelaki warga Bangladesh berusia 30-an serta seorang warga tempatan berusia lingungan 30-an yang bertindak sebagai pemandu lori tangki terbabit," katanya kepada pemberita di gudang penyimpanan berkenaan.
Beliau berkata selain menyita lori tangki minyak berisi 27,000 liter diesel bersubsidi, pihaknya turut merampas tiga tangki skid berisi 8,000 liter diesel bersubsidi, hos memindahkan diesel serta penyambung dengan keseluruhan rampasan dianggar bernilai RM256,000, termasuk 35,000 liter diesel bersubsidi bernilai lebih RM75,000.
Menurut Norena modus operandi sindiket itu adalah menggunakan lori 'bonded' atau tertutup untuk membeli diesel bersubsidi di stesen-stesen minyak sekitar Melaka dan memindahkannya ke dalam tangki skid di gudang itu sebelum memasukkannya ke dalam lori tangki minyak untuk dijual ke luar Melaka.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan sehubungan itu, pihaknya akan terus melakukan pemantauan dan pemeriksaan di kawasan panas atau 'hotspot' terutama kawasan perindustrian bagi membendung kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024

Selain menyita lori tangki minyak berisi 27,000 liter diesel bersubsidi, pihaknya turut merampas tiga tangki skid berisi 8,000 liter diesel bersubsidi, hos memindahkan diesel serta penyambung. - Foto BERNAMA/KPDN Melaka
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Kedai runcit simpan, cuci sayuran dalam tandas sebelum dijual
Sebuah kedai runcit diusahakan seorang warga asing dikesan melakukan pelbagai kesalahan kepenggunaan termasuk menyimpan sayur-sayuran di dalam tandas premis itu.

Jual RON95 kepada kenderaan asing, pengusaha stesen minyak dikenakan tindakan
Norena berkata tindakan terhadap pengusaha stesen minyak berusia 30-an itu diambil selaras arahan dikuatkuasakan pada 17 Jun 2022.

KPDN Melaka tumpaskan sindiket seleweng diesel bersubsidi
Serbuan dibuat hasil pemantauan intensif anggotanya di lokasi 'panas' aktiviti penyeludupan dan pemindahan bahan api itu ke luar Melaka.

KPDN Melaka serbu kedai runcit bekal barang bersubsidi kepada restoran
Kegiatan dua premis di Melaka Raya, Banda Hilir yang dimiliki dan dikendali warga asing itu, terbongkar menerusi maklumat orang awam.

Peniaga di karnival, kedai makan tular diminta tidak naikkan harga sewenang-wenangnya
Pemeriksaan di karnival jualan makanan di beberapa kawasan mendapati hampir kesemua peniaga menaikkan harga jualan hingga 200 peratus.

KPDN Melaka terima 390 pelbagai aduan kepenggunaan
Antara aduan diterima membabitkan transaksi dalam talian iaitu tidak menerima barang atau perkhidmatan serta barang atau perkhidmatan diterima tidak seperti ditawarkan termasuk pakej umrah.

Tiga BRR di Melaka tawar Menu Rahmah
Setakat ini, 47 peniaga di ketiga-tiga BRR berkenaan secara sukarela berdaftar untuk menawarkan Menu Rahmah.