Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor merampas 6,000 biji doh roti canai dan 360 biji doh capati kerana menggunakan logo halal tidak sah dalam satu serbuan di sebuah syarikat di Setia Alam, Isnin lepas.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam berkata serbuan pada 10 pagi itu dilakukan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan ia adalah hasil aduan orang awam ke atas syarikat berkenaan yang telah beroperasi sejak sembilan bulan lepas.
"Ketika serbuan, sebanyak lapan pekerja asing didapati sedang membuat doh roti dan pemeriksaan menemui doh-doh roti canai tersebut yang dimuatkan dalam 60 kotak manakala doh-doh capati dibungkus dalam 12 kotak. Kesemuanya dianggarkan bernilai RM3,063.
"Siasatan awal mendapati pemilik syarikat itu sengaja mempamerkan logo halal pada kotak pembungkusan sedangkan mereka tidak pernah memohon sijil daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAIS, Wan Najmiah Wan Mohamad Ali.
Azman berkata pemeriksaan lanjut turut menemui 1,772 kotak kosong tertera logo halal JAKIM disimpan di dalam premis tersebut dipercayai untuk membungkus doh roti canai dan capati bagi edaran pasaran di sekitar Selangor.
Katanya, seorang lelaki tempatan berumur 30-an dipercayai pemilik syarikat itu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Difahamkan, doh roti canai itu dijual pada harga RM20 sekotak yang mengandungi 100 biji , manakala RM10 bagi setiap kotak capati mengandungi 30 biji doh.
Dalam pada itu, Wan Najmiah berkata pihaknya mengesan sebanyak 16 syarikat melakukan kesalahan penggunaan logo halal tidak sah di negeri ini sejak 2015.
"Lazimnya, selepas menerima aduan dan maklumat awam, kita akan memeriksa status logo digunakan syarikat itu sama ada dimohon daripada JAKIM atau sebaliknya," katanya yang turut memaklumkan JAIS akan terus bekerjasama dengan KPDNHEP bagi memastikan perkara itu dipatuhi peniaga.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 17 2018

Produk bebola doh tepung roti canai dan tepung capati yang menggunakan logo halal tidak sah ditunjuk pada sidang media di Pejabat KPDNHEP Selangor Seksyen 14 Shah Alam hari ini. - Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

KPDNHEP rampas 6,000 doh roti canai guna logo halal tidak sah
Serbuan dibuat hasil aduan orang awam ke atas syarikat berkenaan yang telah beroperasi sejak sembilan bulan lepas.