KUALA BERANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menasihatkan orang ramai supaya membuat aduan rasmi sekiranya terdapat peniaga yang menjual oximeter (alat untuk mengukur paras oksigen dalam darah) palsu.
Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata walaupun pemantauan penjualan alatan berkenaan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan namun orang ramai boleh juga melaporkan kepada KPDNHEP.
"Setakat ini kita tak terima laporan rasmi, hanya ada komen warganet tentang penjualan oximeter yang tidak berkualiti di media sosial.
"Tetapi jika ada produk yang palsu atau dijual pada kadar harga sangat tinggi berbanding pasaran, boleh buat laporan kepada pihak kami untuk disiasat dan diambil tindakan di bawah Akta Perdagangan," katanya kepada pemberita selepas program kempen kibar jalur gemilang bersama barisan hadapan dan penerima vaksin di pusat pemberian vaksin (PPV) Sekolah Kebangsaan Kampung Tanggol, di sini hari ini.
Tambah Rosol, beliau juga berharap agar pembeli dapat memberi maklumat secara terperinci seperti nama kedai, lokasi dan resit belian sebagai bukti bagi memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 14 2021

KPDNHEP menasihatkan orang ramai supaya membuat aduan rasmi sekiranya terdapat peniaga yang menjual oximeter (alat untuk mengukur paras oksigen dalam darah) palsu. - Gambar hiasan/BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

MDA serbu kilang peranti perubatan tidak berdaftar, barangan lebih RM1 juta dirampas
Rampasan itu dibuat ketika satu operasi serbuan dibuat oleh 18 pegawai penguatkuasa pada Rabu.

KPDNHEP perhalusi cadangan turunkan lagi harga alat bantuan COVID-19 - Menteri
KPDNHEP akan memperhalusi cadangan untuk menurunkan lagi harga kit ujian pantas kendiri serta beberapa alat bantuan COVID-19 lain seperti oximeter dan alat penyembur khas.

Penetapan harga siling oximeter akan dikaji - Nanta Linggi
Penetapan harga siling bagi peranti kesihatan oximeter akan dikaji dengan melihat sejauh mana keperluannya untuk diwartakan pengawalan harga

Panduan penting sebelum beli oximeter, ini beberapa perkara harus dipertimbangkan
Sebelum anda bercadang untuk membeli peranti ini terdapat beberapa perkara penting perlu anda pertimbangkan.

KPDNHEP minta pengguna lapor jika ada penjualan oximeter palsu
KPDNHEP menasihatkan orang ramai supaya membuat aduan rasmi sekiranya terdapat peniaga yang menjual oximeter (alat untuk mengukur paras oksigen dalam darah) palsu.