Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bercadang menambah tempoh penguatkuasaan skim kawalan harga sempena perayaan Aidilfitri tahun ini berbanding 14 hingga 15 hari sebelum ini.
Tanpa menyatakan tambahan tempoh itu secara khusus, Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata langkah penambahan tempoh itu dilihat mampu mendisiplinkan peniaga untuk mematuhi skim kawalan harga yang ditetapkan berkenaan.
"Saya akan dapatkan maklum balas daripada ketua penguatkuasa (KPDNHEP) sama ada tempoh 15 hari itu akan kami kekalkan, namun kurangkan (tempoh itu) tidak, tambah (tempoh) berkemungkinan besar sekali.
"Kawalan (harga) sebenarnya kami lakukan pada musim perayaan iaitu pada Hari Raya Puasa (antara) 14 dan 15 hari yang dibuat sebelum, semasa dan selepas hari raya kerana orang buat rumah terbuka dan banyak orang beli barangan, jadi kami teruskan skim tersebut selepas hari raya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penarafan Zon Perdagangan Terpilih (ZPT) Zon Utara bagi tahun ini di sini pada Sabtu yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kedah R. Summugam.
Saifuddin Nasution berkata cadangan itu juga akan diguna pakai untuk perayaan lain sekali gus dapat memastikan peniaga sentiasa mematuhi peraturan skim kawalan harga berkenaan sepanjang musim perayaan.
"Kami (bercadang) guna pakai untuk perayaan lain juga, paling terdekat ialah Aidilfitri nanti. Contoh pada (sambutan) Tahun Baharu Cina baru-baru ini, pegawai penguat kuasa melakukan lawatan dan tinjauan ke atas 70,000 premis di seluruh negara.
"Hasil tinjauan tersebut mendapati ada pelanggaran tanda harga syiling dua kes dan sebanyak 241 kes kegagalan meletakkan tanda harga yang berwarna merah jambu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2019

Saifuddin berkata cadangan itu juga akan diguna pakai untuk perayaan lain sekali gus dapat memastikan peniaga sentiasa mematuhi peraturan skim kawalan harga berkenaan. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.

Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.

'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.

Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.

Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.

Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.