SANDAKAN: Sebanyak 864 kilogram (kg) produk sejuk beku dianggarkan bernilai RM17,302 telah disita kerana dipercayai disimpan bercampur dengan produk tidak halal dalam satu serbuan terhadap sebuah premis di sini hari ini.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sandakan Azdy Zukkry John berkata produk dipercayai daging ayam, itik dan babi berkenaan ditemukan disimpan dalam sebuah kontena sejuk beku di sebuah premis pengimport dan pemborong produk sejuk beku ketika serbuan pada 11 pagi tadi.
"Kami akan menghantar sampel ke Jabatan Kimia untuk menentukan sama ada produk tersebut adalah babi sebelum tindakan selanjutnya.
"Kami mendapat maklumat memang produk ini dijual kepada restoran. Jadi, kami akan jalankan siasatan," katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan.
Menurut Azdy Zukkry, operasi bersepadu itu disertai 11 pegawai dari KPDN Sandakan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah dan Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan, Sabah.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Perintah 3, Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.
"Jika sabit kesalahan suatu pertubuhan perbadanan (syarikat) boleh didenda tidak melebihi RM5 juta dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM10 juta.
"Bagi individu pula boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya," katanya.
Azdy Zukkry berkata pihaknya akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara bersepadu terhadap premis pengimport dan pemborong produk sejuk beku di Sandakan bagi memastikan pematuhan oleh peniaga di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2023
Anggota penguatkuasa KPDN memeriksa sebuah kontena yang memuatkan daging babi, ayam, itik dan ikan secara bercampur sewaktu mengadakan operasi bersepadu bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Kementerian Kesihatan di sebuah premis. - BERNAMA
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
KPDN rampas 864kg produk sejuk beku bercampur produk tidak halal di Sandakan
Sebanyak 864 kilogram (kg) produk sejuk beku dianggarkan bernilai RM17,302 telah disita kerana dipercayai disimpan bercampur dengan produk tidak halal.
KPDN gagalkan penyelewengan minyak masak bersubsidi di Sandakan
KPDN berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak masak bersubsidi dengan rampasan 4,400 kilogram barang kawalan itu dalam serbuan di Batu 9, petang semalam.