Pengarahnya Datuk Kamalludin Ismail berkata taktik itu terbongkar menerusi pemeriksaan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Perak Cawangan Teluk Intan yang membuat uji beli melalui Ops Samar, kira-kira pukul 11 pagi semalam.
Beliau berkata jurujual di kaunter memaklumkan bahawa minyak masak peket 1 kilogram (kg) telah kehabisan stok semasa uji beli dilakukan, sebelum sepasukan pegawai serta anggota penguat kuasa beruniform masuk ke dalam premis dan melakukan pemeriksaan menyeluruh.
"Pemeriksaan di ruangan dan rak jualan mendapati tiada bekalan minyak masak peket ditemukan, namun pemeriksaan lanjutan terhadap stor milik premis membawa kepada penemuan minyak masak peket 1kg dianggarkan 13kg disimpan di dalam sebuah tong sampah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kamalludin berkata berikutan penemuan itu, satu arahan pengistiharan stok di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 telah diberikan kepada penyelia premis terbabit, dan minyak masak berkenaan disita di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
-- BERNAMA