Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) akan menghantar pasukan perubatan terdiri daripada 25 doktor ke Kathmandu, wilayah yang terjejas teruk ekoran bencana gempa bumi, Sabtu lepas.
Presidennya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pasukan itu dengan kerjasama Biro Kebajikan UMNO akan membawa bekalan perubatan, makanan, pakaian dan selimut untuk diagihkan kepada mangsa dan dijangka berlepas esok atau lusa.
"Laporan terbaharu yang saya terima adalah bekalan makanan tidak mencukupi di sana dan Insya Allah kita akan percepatkan usaha kita menghantar bantuan.
"KP1M kini sedang giat buat persiapan membeli ubat-ubatan bersama sukarelawan kita yang sedang cari barang seperti kain selimut dan makanan," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama Pengerusi Tabung Haji (TH), di sini malam tadi.
Katanya, sehingga kini hanya kawasan Kathmandu yang boleh diakses melalui udara dan kawasan sekitarnya masih terputus hubungan darat.
Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya Kathmandu dengan bandar Pokhara pada 2.56 petang (waktu Malaysia) pada Sabtu. Beberapa kejadian gempa susulan turut berlaku.
Jumlah kematian meningkat ke angka 5,020 sementara bilangan yang cedera mencecah 7,624 dan dijangka terus meningkat ketika pasukan menyelamat masih berusaha mengeluarkan mayat dari kawasan runtuhan.
Terdahulu Abdul Azeez sempat beramah mesra dengan pesara TH Plantations dan menyampaikan sumbangan berupa bahan makanan kepada 120 pesara di Kota Bahagia, kira-kira 80 kilometer dari sini, malam tadi.
Mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, Abdul Azeez berkata beliau percaya dan yakin kawasan yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) ini akan terus kekal milik BN pada 5 Mei akan datang.
Bernama
Thu Apr 30 2015
ABDUL AZEEZ: Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) akan menghantar pasukan perubatan terdiri daripada 25 doktor ke Kathmandu. - Gambar Fail
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa bumi kuat landa Rantau New Ireland, Papua New Guinea
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 pada skala Richer dikesan berlaku di Rantau New Ireland, Papua New Guinea pada 1.28 tengah hari tadi.
Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud gegar timur Indonesia
Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud melanda perairan timur wilayah Maluku Utara, Indonesia, pada Isnin.
Lebih 10 juta rakyat California sertai simulasi gempa bumi
Lebih 10 juta penduduk California pada Khamis menyertai simulasi tahunan kesiapsiagaan gempa bumi terbesar di dunia, lapor Xinhua.
Timur Turkiye digegarkan gempa bumi berukuran 5.9 magnitud
Gempa itu dilaporkan turut dirasai di wilayah sekitar termasuk Elazig dan Diyarbakir.
Gempa bumi kuat landa Luar Pantai Costa Rica
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Gempa bumi kuat landa Semenanjung Minahassa, Sulawesi
Pusat gempa bumi itu terletak 0.1 Selatan dan 122.9 Timur dengan kedalaman 144 km iaitu 75km Selatan dari Gorontalo, Indonesia.
Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Bandung - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan atau terjejas setakat ini akibat gempa bumi di Bandung, Indonesia yang berlaku pada Rabu.
Gempa bumi 4.9 pada skala Richter landa Bandung, akibatkan kerosakan
Gempa bumi 4.9 pada skala Richter yang melanda Kabupaten Bandung, Jawa Barat mengakibatkan kerosakan kepada kediaman dan kemudahan awam.
Gempa bumi kuat landa rantau Kepulauan Mariana
Pusat gempa bumi itu dikesan di 17.1 darjah utara dan 147.2 darjah timur dengan kedalaman 112km iaitu 2,156km tenggara dari Yokosuka, Jepun.