Seorang wanita tempatan berusia 65 tahun disahkan positif wabak koronavirus sekali gus menjadi jumlah mangsa meningkat kepada 17 orang.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, wanita berkenaan merupakan ibu mertua kepada kes warganegara Malaysia yang dilaporkan pada 4 Februari lalu (iaitu kes ke-9).
Beliau mempunyai beberapa penyakit kronik sedia ada seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, lumpuh separuh badan, seorang pesakit jantung yang menggunakan perentak jantung (pacemaker) serta
pergerakan yang terhad.
"Beliau mempunyai kontak langsung dengan kes indeks (kes ke-9) semasa duduk semeja bagi beberapa jamuan makan sempena sambutan Tahun Baharu Cina bersama-sama ahli keluarga yang lain pada 26, 27 dan 28 Januari 2020," kata beliau dalam kenyataan media yang diedarkan pada Ahad.
Dr Noor Hisham berkata, sepanjang 29 Januari hingga 4 Februari lalu, mangsa hanya berada di rumah sehinggalah sehari kemudian, beliau mengadu mengalami pening kepala, berpeluh dan tidak bermaya tetapi tiada demam.
"Beliau seterusnya telah dibawa untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di salah sebuah hospital swasta.
"Sejurus selepas itu, beliau dibenarkan pulang ke rumah dengan temujanji susulan pada 7 Februari 2020," kata Dr Noor Hisham lagi.
Bagaimanapun, sebaik menantunya (kes indeks ke-9) dikesan positif koronavirus, mangsa telah dijejaki oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).
"Hasil siasatan mendapati beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke negara China. Sebagai sebahagian daripada aktiviti siasatan, sampel telah diambil daripada beliau dan ahli keluarga yang lain.
"Ujian pengesanan dan pengesahan 2019-nCoV yang dijalankan ke atasnya telah dilaporkan positif pada 8 Februari 2020, manakala bagi lain-lain ahli keluarganya adalah negatif," jelas Dr Noor Hisham.
Mangsa, kata Dr Noor Hisham, dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Sungai Buloh dan
berada dalam keadaan stabil.
Aktiviti pengesanan kontak juga, katanya, masih dijalankan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Astro Awani
Sun Feb 09 2020
Menurut Dr Noor Hisham, mangsa ke-17 merupakan ibu mertua kepada kes warganegara Malaysia yang dilaporkan pada 4 Februari lalu (iaitu kes ke-9). - Gambar fail
UNGA 79: Malaysia cadang PBB lantik Wakil Khas tangani isu Islamofobia
Malaysia mencadangkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melantik seorang Wakil Khas bagi memerangai Islamofobia.
Perak jadikan Sri Pahang mangsa seterusnya, gol terpantas Fernandez julang Selangor
Perak FC membuka tirai jaringan menerusi tandukan Luciano Guaycochea pada minit ke-43 berpunca sepakan sudut diambil Tommy Mawat Bada.
Tanah jerlus jejas empat buah rumah di Tanjung Tualang
Menurut bomba, insiden melibatkan mendapan tanah yang berlaku di hadapan empat buah rumah di Lorong Teja Utama, Taman Teja.
UNGA 79: Malaysia seru tingkatkan penglibatan negara Selatan Global
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, suara negara-negara membangun tidak boleh lagi diabaikan.
UTM terima 3,154 pelajar baharu bagi sesi akademik 2024/2025
Seramai 2,977 pelajar mendaftar pengajian di kampus UTM Johor Bahru dan 177 pelajar di kampus UTM Kuala Lumpur.
Malaysia alu-alu kerjasama syarikat telekomunikasi dengan media tempatan, bangun aplikasi AI - Fahmi
Fahmi memberi Huawei sebagai contoh syarikat dari China yang memiliki aplikasi AI serba canggih dan boleh digunakan dalam pelbagai bidang.
GPM sedang atur bantuan kecemasan AS$10,000 untuk masyarakat di Lubnan
Bantuan berbentuk keperluan asas bagi tempat tinggal sementara selain makanan panas serta keperluan bayi dan kanak-kanak sedang diatur.
UNGA 79: Malaysia bersedia pengerusikan ASEAN 2025, komited perkukuh peranan blok serantau
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut menekankan komitmen Malaysia untuk mengemudi ASEAN ke arah kesediaan mendepani masa depan.
UNGA 79: Malaysia gesa PBB aktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid
Malaysia mengulangi gesaannya bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengaktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid.
UNGA 79: Kenyataan negara di pentas dunia
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan menyampaikan Kenyataan Negara sekitar jam 2.15 petang waktu New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-79
Koronavirus: Seorang lagi rakyat Malaysia disahkan positif
Seorang wanita tempatan berusia 65 tahun disahkan positif wabak koronavirus sekali gus menjadi jumlah mangsa meningkat kepada 17 orang.