Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Beijing telah menubuhkan Pasukan Respons Kecemasan (ERT) bagi memantau serta memberi laporan berterusan dan terkini berhubung perkembangan wabak 2019 novel koronavirus di China.
Menurut Saifuddin, penubuhan ERT berkenaan juga berperanan untuk menghubungi rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan atau Pejabat Konsul Jeneral di seluruh China bagi memastikan kesihatan dan kebajikan rakyat Malaysia sentiasa terjaga.
"Mereka (kakitangan kedutaan Malaysia) bekerja sepanjang masa tanpa mengenal penat lelah walaupun di sepanjang cuti Tahun Baru Cina demi rakyat Malaysia," katanya menerusi kenyataan di laman Facebooknya.
Saifuddin berkata usaha seluruh pegawai dan kakitangan Kedutaan Malaysia di China untuk membantu rakyat Malaysia itu akan berterusan selagi jangkitan koronavirus itu masih belum dapat dibendung sepenuhnya.
Kerajaan Malaysia merakamkan penghargaan kepada pihak Kedutaan dan Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di China atas segala usaha dan komitmen tinggi yang telah ditunjukkan dalam usaha menangani dan membantu rakyat Malaysia berhadapan dengan koronavirus, katanya.
Saifuddin berkata beliau menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh semua pegawai dan kakitangan Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Beijing dan Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Guangzhou, Hong Kong, Kunming, Nanning, Shanghai dan Xi'an.
Hari ini kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei di kelilingnya berkuat kuasa serta merta.
Menurut kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri semua kemudahan imigresen itu meliputi eNTRY (kemudahan tanpa visa), Visa Semasa Ketibaan, e-visa dan visa manual.
Setakat ini, KKM mengesahkan empat warga China yang memasuki Malaysia melalui Johor dari Singapura positif koronavirus.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 27 2020

SAIFUDDIN: Usaha seluruh pegawai dan kakitangan Kedutaan Malaysia di China untuk membantu rakyat Malaysia itu akan berterusan selagi jangkitan koronavirus itu masih belum dapat dibendung sepenuhnya. - Gambar fail

Hujan berterusan di empat negeri - MetMalaysia
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri hingga Jumaat ini.

Pesara mengaku tidak bersalah cederakan lelaki bukan Islam tidak berpuasa
Seorang pesara kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mencederakan seorang pemuda bukan Islam yang tidak berpuasa Ahad lalu.

Malaysia rekod kerugian RM933.4 juta akibat banjir pada 2024
Jumlah kerugian itu meliputi nilai kerosakan tempat kediaman, kenderaan serta premis perniagaan dan perindustrian.

WHO beri amaran kekurangan dana jejaskan program vaksinasi penyakit berbahaya
Perubahan mendadak dalam bajet penderma dan kapasiti kesihatan global telah memberi tekanan besar kepada program imunisasi.

Rancang perjalanan melalui aplikasi MyPLUS-TTA
PLUS menyediakan jadual perjalanan digital melalui aplikasi itu bagi memudahkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan dengan lebih efisien.
[TERKINI] Warga emas mengaku tidak bersalah tampar pemuda
Seorang pesara kerajaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang pemuda yang dikatakan makan di khalayak ramai pada bulan Ramadan Ahad lalu.

Rayuan Syed Saddiq: Saksi pendakwaan ditekan secara melampau semasa siasatan – Peguam
Mahkamah Tinggi dikatakan gagal mengambil kira tekanan berat dialami saksi utama dalam kes pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang haram membabitkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bapa dipenjara 7 tahun, 4 sebatan lakukan amang seksual, miliki video lucah anak
Bapa dijatuhi penjara tujuh tahun dan empat sebatan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandung perempuan berusia 12 tahun lapan bulan dan memiliki video serta gambar lucah mangsa.
Harga maksimum santan di Semenanjung ditetapkan RM17.50 - Armizan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menyatakan melalui program Skim Kawalan Harga Maksimum Musim Perayaan telah menetapkan harga santan di Sabah pada kadar RM12, dan Sarawak pada kadar RM9. Selain itu, isu minyak masak kemasan botol juga dapat tangani sebelum tiba perayaan.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia
Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024 (RUU MMM 2024) yang antara lain bertujuan membuka jalan ke arah media yang lebih demokratik, bebas dan beretika di Malaysia

India dan China bersetuju mulakan semula penerbangan terus
Kedua-dua negara memutuskan "untuk mengambil beberapa langkah berfokuskan rakyat bagi menstabilkan dan membina semula hubungan."

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha
Batik Air mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha.

MH370: Waris penumpang, kru harap pencarian baharu dimulakan segera
Ahli keluarga penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines MH370 menyambut baik usaha pencarian baharu oleh Ocean Infinity di kawasan seluas 15,000 kilometer (km) persegi di selatan Lautan Hindi.

Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.

Lawatan kerja ke China: Malaysia terima potensi eksport RM3.2 bilion - Tengku Zafrul
Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.

China, Jepun adakan dialog politik peringkat tertinggi di Beijing
Diplomat tertinggi China dan Penasihat Khas kepada Kabinet Jepun mengadakan rundingan di bawah mekanisme dialog politik peringkat tertinggi.

China akan benarkan hospital milik asing sepenuhnya di kawasan tertentu
China merancang untuk membenarkan penubuhan hospital milik penuh warga asing di bandar dan wilayah tertentu di seluruh negara, menurut dokumen rasmi yang didedahkan pada Ahad.

Kumpulan Palestin tandatangani deklarasi 'tamatkan perpecahan' di Beijing
Kumpulan-kumpulan Palestin berikrar untuk menamatkan perpecahan semasa rundingan damai yang berlangsung di Beijing.

Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.