Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) pada Selasa mengesahkan enam lagi jangkitan koronavirus di negara ini, dengan empat kes pertama jangkitan manusia-ke-manusia melibatkan rakyat tempatan.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah 24.
Tiga kes tempatan ini melibatkan penduduk Singapura yang mempunyai kontak dengan pelancong dari tanah besar China baru-baru ini, manakala kes keempat, melibatkan pekerja domestik warga Indonesia, yang mempunyai kontak rapat dengan seorang daripada pesakit jangkitan tempatan, menurut MOH dalam kemas kini terbarunya.
Kementerian itu berkata dua lagi kes membabitkan kumpulan warga Singapura yang dibawa pulang dari Wuhan pada 30 Jan.
"Walaupun empat daripada kes ini merupakan kluster jangkitan tempatan, namun tiada bukti penularan dalam masyarakat di negara ini," menurut MOH.
Menurut kementerian itu, tiga daripada empat kes dikenal pasti mempunyai kontak dengan kumpulan pelancong dari tanah besar China itu, telah berinteraksi agak lama dengan mereka.
"Sementara menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa China, kumpulan pelancong dari Guangxi itu, atau sekurang-kurangnya dua daripada mereka telah disahkan dijangkiti koronavirus," menurut MOH.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Angka korban lebih 400 di seluruh dunia
Kementerian itu juga mendedahkan bahawa rakyat Malaysia pertama yang dilaporkan positif koronavirus berada di Singapura dari 16 hingga 23 Jan untuk menghadiri satu mesyuarat perniagaan di Grand Hyatt Hotel, yang turut melibatkan rakyat China.
Mengemas kini satu daripada kes positif sebelum ini, MOH berkata seorang lelaki berusia 35 tahun yang merupakan penduduk Wuhan, telah dibenarkan keluar dari Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) pada Selasa.
Dia telah pulih dan ujian komprehensif yang dilakukan terhadapnya adalah negatif.
Terdahulu, di KUALA LUMPUR, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media harian perkembangan terkini situasi koronavirus di Malaysia mendedahkan seorang lelaki berusia 41 tahun, yang melawat Singapura untuk menghadiri mesyuarat perniagaan, adalah rakyat Malaysia pertama dilaporkan positif novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).
BACA: Koronavirus: KKM sahkan kes pertama warganegara Malaysia
Dia adalah seorang daripada dua kes baharu yang dilaporkan positif 2019-nCoV, menjadikan jumlahnya 10 kes di Malaysia setakat ini.
Satu lagi kes melibatkan seorang lelaki berusia 63 tahun dari China yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Jan.
Menteri itu berkata kedua-dua lelaki berkenaan kini menjalani rawatan dan dalam keadaan stabil.
Novel koronavirus yang bermula di Wuhan kini menular ke 27 negara. Sehingga kini 427 orang meninggal dunia dan dilaporkan lebih 20,000 kes positif koronavirus setakat Selasa.
Dua kematian berlaku di luar China, satu di Filipina dan satu lagi di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 04 2020
Novel koronavirus yang bermula di Wuhan kini menular ke 27 negara. Sehingga kini 428 orang meninggal dunia dan dilaporkan lebih 20,000 kes positif koronavirus setakat Selasa. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
6 maut, 10 cedera selepas pavilion runtuh akibat petir
Sebuah pavilion di taman di Changzhou wilayah Jiangsu, timur China runtuh akibat dipanah petir, mengakibatkan enam orang maut dan sepuluh lagi cedera, lapor Xinhua.
ASEAN kekal rakan perdagangan terbesar China
China menjadi rakan perdagangan terbesar ASEAN selama 15 tahun berturut-turut, manakala ASEAN menjadi rakan perdagangan terbesar China selama empat tahun berturut-turut.
China dijangka 'selamatkan' ekonomi global sekali lagi - Penganalisis
Tan berkata, China bakal memperkenalkan dasar agresif bagi memperkukuh ekonominya sejajar perkembangan terkini di negara itu.
Duta Besar China ke AS: Jom melancong ke China tanpa ragu-ragu
Antara lain, China menyediakan layanan transit tanpa visa selama 72 jam atau 144 jam kepada pemegang pasport dari 54 negara termasuk AS.
Budaya Baba dan Nyonya semakin diiktiraf masyarakat antarabangsa - Wong
Budaya masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka semakin diiktiraf komuniti antarabangsa khususnya pelancong dari China, kata Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai.
Olimpik Paris 2024: Beregu lelaki Taiwan tewaskan China untuk pertahan emas
Mereka menumpaskan beregu lelaki nombor satu dunia dari China, Liang Weikeng-Wang Chang, menerusi keputusan 17-21, 21-18, 21-19.
Malaysia terima hampir 1.2 juta pelancong dari China
Malaysia menerima 1,185,050 pelancong dari China setakat Mei 2024 iaitu peningkatan 194 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
China sumbang dana kepada UNRWA, tingkat bantuan ke Gaza
Katanya, China sentiasa memberikan sokongan kepada UNRWA sementara menyeru masyarakat antarabangsa menyokong agensi itu melaksanakan misinya.
China catat bulan Julai paling panas sejak 1961
Purata suhu di China pada bulan Julai mencapai 23.21 darjah Celsius, mengatasi 23.17 darjah Celsius yang dicatatkan pada Julai 2017.
Malaysia harap China timbal balik kemudahan pengecualian visa 30 hari
Malaysia berharap China menimbal balik kemudahan pengecualian visa buat rakyat negara ini selama 30 hari seperti yang diberikan Malaysia.