Selepas pendedahan mengenai gerakan pengintipan oleh Korea Utara di Malaysia, kini terbongkar pula rejim itu bertindak membuka syarikat di Malaysia dengan memperdaya rakyat tempatan bagi tujuan menggelak sekatan antarabangsa.
Sumber memberitahu Bernama bahawa wujud beberapa usaha untuk menubuhkan beberapa syarikat gandingan rakyat Korea Utara dan individu Malaysia atas nama komersial, namun hakikatnya menjadi alat menjayakan kepentingan Korea Utara.
"Syarikat-syarikat ini ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan untuk menjana wang 'menyara' rejim mereka. Aktiviti mereka termasuk pengubahan wang haram dan juga penjualan barang yang terkandung dalam Akta Perdagangan Strategik," jelas sumber itu.
Bukan perkara baharu
Menurut sumber, perkara itu bukan baharu malah telah dikesan dan disedari apabila dimasukkan dalam radar pengawasan pihak berkuasa Malaysia sejak tahun 2005 lagi.
Menurutnya, setiap kali syarikat-syarikat itu cuba melakukan sebarang bentuk transaksi, pihak polis akan menggagalkan usaha mereka kerana sekatan yang dikenakan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
"Sebab itu mereka gagal memperoleh sebarang bentuk pulangan atau menjana keuntungan daripada perniagaan mereka. Oleh itu, mereka akan tutup perniagaan lama dan buka perniagaan baharu dengan menggunakan warga tempatan sama ada sebagai pengarah ataupun pemegang saham," kata sumber itu.
Laporan PBB sebelum ini meminta negara anggota PBB supaya berwaspada terhadap diplomat Korea Utara kerana terdapat bukti mereka terbabit dalam aktiviti komersial yang kemungkinan bertujuan membantu membiayai kewangan kepada rangkaian haram.
Ejen berpengalaman
Menurut laporan itu, walaupun dikenakan sekatan, Pyongyang mempunyai kumpulan ejen yang berpengalaman dan terlatih untuk melaksanakan misi memindahkan wang, barang dan manusia termasuk kemungkinan senjata dan bahan terlarang merentasi sempadan tanpa dikesan.
PBB melaksanakan sekatan ke atas Pyongyang bagi menghalang Korea Utara daripada terus membangunkan program nuklear dan peluru berpandu yang dibimbangi boleh menjejaskan kestabilan keselamatan dan keamanan dunia.
Bernama juga diberitahu sumber, bahawa antara taktik yang digunakan oleh agen Korea Selatan untuk menubuhkan syarikat di Malaysia, adalah dengan mendekati individu-individu yang berpengaruh.
Katanya strategi ini kebiasaannya mendapat restu daripada kepimpinan negara itu dan menjadi lumrah apabila kedutaan atau diplomatnya sendiri membekalkan nama dan mempertemukan ejen mereka dengan rakyat tempatan yang tidak mengesyaki apa-apa bagi menubuhkan sebuah syarikat bagi permulaan kerjasama mereka.
Beliau berkata rakyat tempatan tanpa disedari telah menjadi sebahagian daripada pemberi maklumat dan pintu masuk kepada warga Korea Utara untuk menjalankan aktiviti mereka di Malaysia.
Penubuhan syarikat
Bernama turut berkesempatan mengikuti jejak penubuhan beberapa syarikat berkepentingan Korea Utara serta menemu bual rakyat tempatan yang berpengalaman bekerjasama dengan rakyat Korea Utara untuk membuka syarikat di negara ini.
Ketika ditemui, Setiausaha Agung Veteran Umno Datuk Mustapha Ya'akub berkata beliau berpengalaman membuka tiga buah syarikat dengan seorang rakyat Korea Utara bernama Kim Chang Hyok sejak beberapa tahun lepas sebelum mengambil keputusan menarik diri dan menutup kesemua syarikat itu apabila operasi perniagaan tidak menguntungkan.
"Bermula dengan syarikat pertama pada tahun 2005 tetapi kemudian ditutup kerana tiada pulangan akhirnya menjadi tiga syarikat," katanya yang bersama seorang lagi rakyat tempatan serta Chang Yok menjadi pemegang saham dan pengarah kepada syarikat berkenaan.
Kerjasama pertama itu melibatkan penubuhan International Global System (M) pada 2005 dan selepas ditutup akhir 2010 diganti dengan International Golden Services Sdn Bhd pada 2012, dan selepas itu menyaksikan penubuhan Adnet International (M) Sdn Bhd pada 2015 dan akhirnya turut ditamatkan tahun lepas.
Beliau berkata hubungan kerjasama itu tidak diteruskan apabila pihak berkuasa Malaysia berulang kali memberi amaran untuk tidak melibatkan diri dalam sebarang perniagaan yang meragukan dengan Korea Utara.
Ditanya mengenai bentuk perniagaan yang diuruskan melalui syarikat itu , Mustapha berkata antaranya pemasaran perjualan peralatan radio medan tempur, iaitu barang ketenteraan yang disekat PBB.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2017
PBB pernah mengingatkan tentang diplomat Korea Utara yang terbabit dalam aktiviti komersial yang kemungkinan bertujuan membantu membiayai kewangan kepada rangkaian haram. - Gambar fail
Mangsa banjir Perak meningkat, tiga PPS baharu dibuka
Mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara - satu di Kerian dan dua di Larut Matang Selama.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.
Lebih 16,000 anggota JBPM dalam mod siap siaga hadapi banjir lebih awal
Perbezaan pada trend taburan hujan lebat tahun ini menyebabkan bomba terpaksa meletakkan semua anggota dalam mod berjaga-jaga lebih awal.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Utara lancar 190 lagi belon sampah ke Korea Selatan
Korea Utara melancarkan kira-kira 190 belon yang dipenuhi kertas dan sisa lain ke arah Korea Selatan dan kebanyakannya ditemui di Seoul dan kawasan sekitar.
Pelakon Korea Selatan dipenjara setahun atas kesalahan dadah
Pelakon Yoo Ah-in dijatuhi hukuman penjara setahun pada Selasa (3 Sept) kerana kerap menyalahgunakan dadah terlarang dan ditahan serta-merta, lapor Agensi Berita Yonhap.
Olimpik Paris 2024: Swafoto pemain ping pong Korea Selatan-Korea Utara undang sensasi
Tindakan pemain ping pong Olimpik dari Korea Utara dan Korea Selatan berswafoto bersama di podium di Paris menjadi tular di Korea Selatan.
Anak perempuan Jong Un jalani latihan sebagai pengganti bapa - Laporan media
Anak perempuan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dilaporkan sedang menjalani latihan sebagai pemimpin, memetik agensi berita Yonhap.
Olimpik 2024: IOC mohon maaf Korea Selatan dilabelkan Korea Utara pada majlis pembukaan
Penganjur Sukan Olimpik Paris memohon maaf kepada Korea Selatan selepas delegasi mereka dilabelkan sebagai Republik Rakyat Demokratik Korea.
Belon berisi sampah jatuh di kawasan pejabat Presiden Korea Selatan
Sebuah belon yang membawa sampah sarap dari Korea Utara jatuh di kawasan pejabat presiden Korea Selatan pada Rabu.
Pegawai Korea Utara pakai pin potret Kim Jong Un buat pertama kali
Pin itu disematkan pada sut semua pegawai Korea Utara yang menghadiri mesyuarat pleno Jawatankuasa Pusat ke-8 Parti Pekerja Korea pada Jumaat.
Pemimpin Korea Utara lawat Rusia 'apabila semua syarat dipenuhi' - Moscow
Lawatan Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un ke Rusia akan berlangsung apabila "semua syarat yang diperlukan dipenuhi".
'Korea Selatan, jangan bekalkan senjata kepada Ukraine' - Putin
Kata Putin, Moscow akan bertindak balas terhadap perkara itu dengan cara yang lebih besar terhadap Seoul.