Hanya kerana sifat 'tidak peduli', pengguna sering terperangkap dan menjadi mangsa kepada produk yang berbahaya.
Menurut Pegawai Penyelidik dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Ganesan Sivalingam rata-rata pengguna di Malaysia terlalu yakin apa sahaja produk yang sudah berada di pasaran telah dijamin selamat.
"Sebagai pengguna kita terpaksa tanggung kerana kejahilan kita sendiri.
"Ramai pengguna tidak ambil tahu tentang bahan yang digunakan dalam produk makanan atau minuman yang dibeli.
"Malangnya ada beberapa bahan yang digunakan dalam produk yang dipasarkan amat membahayakan kesihatan kita," katanya kepada Astro AWANI.
CAP: Waspada gabungan kimia bahan tambahan dan perisa makanan
Baru-baru ini terdapat beberapa kejadian mangsa diserang gejala seperti sawan selepas meminum minuman kopi pracampuran.
Ganesan menegaskan pihak Kementerian Kesihatan perlu memainkan peranan mereka untuk memantau dan menyebarkan maklumat kepada pengguna.
"Penguatkuasaan perlu dilaksanakan serta-merta. Apa sahaja produk yang berada di pasaran perlu dapat kelulusan dari pihak kementerian.
"Jika mana-mana premis didapati menjual kopi yang tidak diluluskan, tindakan perlu diambil.
"Ini dapat mengelakkan syarikat lain untuk menjual atau menghasilkan kopi yang membahayakan ini," katanya.
Kopi durian lalok: 'Ini mungkin kerja sindiket' - Subramaniam
Menurutnya lagi, pada 2008, CAP pernah memaklumkan kepada kementerian kesihatan tentang penemuan bahan 'Sildenafil' dalam beberapa produk kopi campuran segera yang berada di pasaran.
"Kami telah menemui bahan 'sildenafil' yang telah ditambah dalam beberapa produk kopi campuran yang berada di pasaran.
"Bahan ini adalah sejenis dadah yang boleh mengakibatkan degupan jantung yang tidak teratur, kehilangan pendengaran atau penglihatan.
"Kami sudah memaklumkan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di bawah Kementerian Kesihatan dan mereka telah memberi respon mengatakan mereka akan melihat perkara ini," katanya.
Namun, menurut Ganesan sehingga hari ini produk kopi campuran segera yang memiliki bahan 'sildenafil' ini dilihat masih berada di pasaran.
Dania Zainuddin
Mon Feb 05 2018

Baru-baru ini terdapat beberapa kejadian mangsa diserang gejala seperti sawan selepas meminum minuman kopi pracampuran. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

CAP saran kecilkan saiz makanan percuma ketika Thaipusam, elak pembaziran
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi amal digesa mengurangkan saiz makanan percuma yang akan diedarkan semasa sambutan Thaipusam pada 11 Feb ini bagi mengelakkan berlaku pembaziran.

CAP minta Kementerian Pengangkutan ambil langkah lebih ketat kurangkan kemalangan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berharap Kementerian Pengangkutan dapat mengambil langkah keselamatan lebih cekap dan ketat bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di seluruh negara.

Segerakan undang-undang hapus plumbum dalam cat - CAP
Plumbum merupakan bahan toksik terkumpul yang mampu menjejaskan sistem tubuh manusia serta boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan.

CAP gesa kuat kuasa larangan pamer vape, produk tembakau
Pegawai Pendidikan CAP N.V.Subbarow berkata tindakan itu amat penting dalam melindungi generasi muda daripada pengaruh tabiat merokok.

CAP minta kerajaan perkenal cukai makanan tidak sihat
CAP meminta pihak berkuasa supaya dapat melaksanakan cukai ke atas makanan tidak sihat sebagai langkah membendung obesiti dan isu kesihatan yang berkaitan di negara ini.

CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.

CAP gesa perkukuh Perjanjian Global Plastik, elak krisis pencemaran sisa
CAP minta rundingan Perjanjian Plastik Global perkukuh kandungan dalam perjanjian ini bagi mengelakkan krisis pencemaran sisa plastik terus berlaku.

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Perpustakaan Kontena Bangsa Johor Bahagia
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan merasmikan Perpustakaan Kontena Bangsa Johor Bahagia (BJB) di Kangkar Pulai di sini hari ini.

Kadar tambang bas ekspres eksekutif, ekonomi ikut jadual tambang - APAD
Harga tiket bas berbeza mengikut jenis perkhidmatan yang ditawarkan kepada penumpang.

CAP saran kerajaan pertimbang dasar bagi minimum kesan bencana terhadap haiwan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyarankan kerajaan memberi pertimbangan serius terhadap pelaksanaan dasar dan strategi bagi meminimumkan kesan bencana terhadap haiwan.