PUTRAJAYA: Konvoi Perpaduan Malaysia Madani yang bertujuan menghidupkan dan menyemarakkan Bulan Kebangsaan mampu memupuk semangat patriotisme dalam jiwa setiap lapisan masyarakat.
Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Datuk Che Roslan Che Daud berkata konvoi yang disertai 66 orang itu melambangkan 66 tahun kemerdekaan negara akan mengagihkan Jalur Gemilang dan menyantuni rakyat di sepanjang laluan.
"Tujuan konvoi adalah untuk menyemarakkan Bulan Kebangsaan dan sentiasa menghidupkan (suasana) dengan mengibarkan Jalur Gemilang.
"Kita akan serahkan Jalur Gemilang di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) supaya dapat bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang seiring dengan hasrat kerajaan untuk menyemarakkan Bulan Kebangsaan dengan pengibaran Jalur Gemilang," katanya kepada media sewaktu majlis pelepasan konvoi itu di sini hari ini.
Che Roslan yang akan mengetuai konvoi itu berkata pelbagai aktiviti turut diisi sepanjang perjalanan termasuk kempen budi bicara #cakapbaikbaik, penyampaian bakul Rahmah dan gotong-royong.
Beliau berkata konvoi itu juga bertujuan menyuburkan rasa tanggungjawab terhadap keamanan negara serta menghargai kemakmuran yang diwarisi daripada pemimpin terdahulu.
Program dua hari itu disertai 30 penunggang motosikal berkuasa tinggi termasuk 10 wanita, dan 36 urus setia.
Bermula di Putrajaya, konvoi itu akan melalui Sepang di Selangor, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan berakhir di Alor Gajah, Melaka.
Sementara itu, seorang peserta Mastura Mohd Yusoff, 36, berkata program itu akan menaikkan semangat rakyat Malaysia terutama anak muda.
"Kita baru selesai program 'Ride 7 Masjid' tetapi tetap semangat dengan konvoi perpaduan anjuran JPNIN kerana dapat bersama-sama menyemarakkan Bulan Kebangsaan dalam kalangan masyarakat," kata Mastura yang juga pengerusi Kelab Kakak Motor Besar.
Beliau berkata aktiviti konvoi motosikal berkuasa tinggi terutama golongan wanita sering dipandang serong, namun ia dapat mendidik masyarakat tentang keselamatan dan peraturan jalan raya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2023

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Mohamad Sobri Mat Daud (kanan) melepaskan peserta konvoi Perpaduan Malaysia MADANI sempena sambutan Bulan Kebangsaan ke-66 di Presint 3 hari ini. - Foto BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Konvoi Perpaduan Malaysia Madani santuni masyarakat, kibar Jalur Gemilang
Konvoi Perpaduan Malaysia Madani yang bertujuan menghidupkan dan menyemarakkan Bulan Kebangsaan mampu memupuk semangat patriotisme dalam jiwa setiap lapisan masyarakat.