IPOH: Hujan sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh tidak mematahkan semangat lebih 300 peserta konvoi motosikal berkuasa tinggi yang diketuai legenda rock tanah air, Datuk Awie demi solidariti terhadap rakyat Palestin.
Konvoi diketuai kelab motosikal Wings Motor Gang Society (WMGS) Asean bersama 11 lagi kelab motosikal berkuasa tinggi yang lain tiba di Masjid Sultan Idris Shah II iaitu Masjid Negeri Perak kira-kira jam 7.30 malam pada Isnin.
Menurut Awie, idea untuk mengadakan program berkenaan tercetus bagi bersama-sama rakyat Palestin menyokong pembebasan tanah air mereka selain menyahut seruan warga net yang memandang serong golongan peminat motosikal berkuasa besar.
Beliau berkata, biarpun berdepan cuaca hujan dan insiden kemalangan membabitkan dua orang peserta konvoi, ia langsung tidak menggugat semangat kesemua peserta meneruskan perjalanan ke Masjid Negeri Perak.
"Kita buat apa yang kita mampu. Sebenarnya kita nak buat lebih tetapi malangnya Allah bagi dugaan sedikit berlaku kemalangan jadi program bertukar sedikit.
"Apapun percubaan awal ini untuk berpakat dengan semua kelab motosikal yang ada di negara ini khususnya di sebelah utara ini satu petanda yang sihat.
"Di sana (Palestin) hujan peluru, hujan bom, apa nak dibandingkan dengan kita di sini, kita ini hujan air sahaja.
"Allah bagi dugaan itu sikit, kalau ini pun menjadi masalah kepada mereka di luar sana yang tak mahu datang di sini, duduk di mana mereka sepatutnya?" katanya kepada pemberita selepas program Solidarity Ride Free Palestine WMGS Asean ke Masjid Negeri Perak di Masjid Sultan Idris Shah II di sini pada Isnin.
Hadir sama menyambut ketibaan konvoi berkenaan, Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi; Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Mohamad Hamidi Baharuddin dan Imam Utama Masjid Negeri Perak, Ridzuan Zaidin.
Sementara itu, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, melihat kepada sambutan yang amat menggalakkan itu, pihaknya merancang untuk mengadakan konvoi sama melibatkan kelab-kelab motosikal ke selatan tanah air dan pantai timur.
"Kita tidak akan hentikan program seperti ini dan kita akan teruskan buat lagi lebih besar tetapi hari ini merupakan permulaan untuk kita bersolidariti sekali gus membuktikan bahawa kita ini jauh di sudut hati bersama dengan Palestin.
"Tak lupa juga saya selaku yang mengeluarkan idea ini nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua terlibat yang turun bersama-sama menunjukkan kesungguhan mahu melihat Palestin mendapat balik tanah air mereka," katanya.
Sementara itu, Mohd Azlan berkata, kerajaan negeri Perak mengalu-alukan sebarang bentuk program solidariti untuk Palestin seperti itu dan menggalakkan lebih banyak aktiviti seumpamanya dilaksanakan.
Katanya, penglibatan pelbagai pihak seperti ini amat penting untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya membela nasib rakyat Palestin. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 14 2023
Awie (dua, kiri) bertukar cenderamata dengan Pengasas Kingz Mg Zulhairi Berkhanuddin (tiga, kanan) pada program Ride Solidariti Free Palestine WMGS Asean di Masjid Sultan Idris Shah II Ipoh malam tadi. --fotoBERNAMA
Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”
Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
Rock Warrior Music Festival, acara muzik epik untuk semua peminat rock
Menampilkan band rock terkemuka seperti Wings, Search (KidDin), dan XPDC, festival ini bertujuan menghidupkan kembali era kegemilangan muzik rock.
PRK Nenggiri: Awie ikrar beri khidmat kepada rakyat tanpa mengira warna politik
Mohd Azmawi berkata tanggungjawab itu pastinya akan digalas sebaik mungkin kerana telah dipilih sebagai wakil kepada semua penduduk di DUN berkenaan.
'Saya hilang banyak masa bersama keluarga' – Awie tutup karier solo dengan konsert Journey
Keputusan tersebut dibuat bagi mengurangkan beban komitmen sebagai anak seni dan memberikan lebih tumpuan terhadap keluarga.
Awie mahu kotakan janji, jaga kesihatan demi keluarga
Awie berkongsiperkembangan terkini keadaan kesihatannya selepas menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian pinggangnya, pada tahun 2021.
Konsert amal The Legends raih lebih RM100,000, bantu penggiat seni memerlukan
Konsert 'Makan Malam Amal The Legends' yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, di sini malam tadi, berjaya mengumpul dana lebih RM100,000.
Saya tak takut dibenci penonton kerana watak jahat - MK K-Clique
Selain Ben dan MK K-Clique, filem arahan sulung Awie itu turut dibintangi Shiqin Kamal, Noralbaniah, Azlan Komeng dan Awie sendiri.
Rebel: Tak adil kalau tak tengok, dengar komen orang dari luar saja - Awie
Awie memberitahu kisah perjuangan berkaitan kumpulan pertubuhan yang cuba diketengahkan itu sudah lama ada di dalam masyarakat, cuma tidak diketahui saja pergerakannya.
Awie anggap bayaran rendah untuk artis veteran satu penghinaan
Pengarah filem Rebel itu juga mengajak penggiat seni untuk mengenang kembali perjuangan para artis senior suatu ketika dahulu.
'Ini tanggungjawab besar' - Awie kini bergelar pengarah filem aksi
Biarpun idea dan cerita asal filem Rebel ini adalah cetusan daripada dirinya sendiri, Awie menyatakan jalan ceritanya langsung tiada berkaitan dengan mana-mana pihak atau pertubuhan.
Lima rockers otai bergabung bantu Al-Muqwa
Ali XPDC, Ijam Medicine, Datuk Awie, Ady Wow dan Anjang Terra Rossa bersama Iwan Syahman, Kieran dan Faizal Ismail berkongsi pentas bagi membantu pihak pengurusan mengumpul dana.