Garis masa media sosial kini dibanjiri dengan gambar-gambar dari Konvoi Bersih 5 anjuran Bersih 2.0 yang bermula hari ini.

Antara gambar yang menarik perhatian ramai adalah gambar ketika Sasterawan Negara Datuk A Samad Said bersalaman dengan penyokong Baju Merah.

Menerusi beberapa tweet yang dikongsi, A Samad Said dilaporkan berada di Perlis.

BACA: Perhimpunan Bersih 5 pada 19 November - Maria Chin

Beliau turut dilihat beramah mesra dengan orang ramai.



Difahamkan konvoi ini diadakan secara serentak di enam kawasan iaitu Kangar, Johor Bahru, Kota Bahru, Lumut, Sandakan dan Miri, di mana dianggarkan akan meliputi 246 bandar, pekan dan kampung.

Hashtag #KonvoiBERSIH5 digunakan untuk berkongsi suasana di beberapa negeri.

Berikut adalah antara perkongsian di media sosial berdasarkan negeri:

Kelantan





Sabah

Perlis




Johor



Perak



Perjalanan konvoi tersebut akan mengambil masa selama tujuh minggu menuju ke destinasi kemuncak di Kuala Lumpur pada 19 November depan.

Perhimpunan Bersih 5 menuntut lima perkara dilaksanakan, antaranya mengadakan pilihan raya yang bersih, kerajaan yang bersih, mengukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah, dan memperkasa Sabah dan Sarawak.