SHAH ALAM: Konsert Aspirasi Muzikal 2022 anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus menjadi platform utama buat pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengembangkan bakat dalam bidang keseniaan.
Timbalan Pengarah (Sains Sosial) di Bahagian Pendidikan Menengah MARA, Dr Zulkifli Hussain berkata konsert berkenaan menjadi medium bagi menggilap bakat pelajar selain memastikan mereka cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tetapi dalam aspek lain seperti kesenian.
Beliau berkata konsert memasuki edisi keempat itu melibatkan 120 pelajar MRSM yang aktif dalam bidang pembangunan bakat terutamanya seni muzik, seni tari dan seni suara dari seluruh negara.
"Kita mahu pelajar ini cemerlang dan seimbang dalam kedua-dua aspek mahupun akademik atau kesenian, kita hendak lahirkan mereka yang berbakat secara keseluruhan.
"Program sebegini juga dilihat dapat menghilangkan sedikit tekanan mereka (ketika belajar) selain memberi peluang kepada pelajar untuk cemerlang dalam bidang yang mereka minati," katanya ketika ditemui pemberita selepas konsert tersebut di Performing Arts Theatre, Management and Science University (MSU) di sini malam tadi.
Katanya, penganjuran konsert dua hari yang berakhir malam tadi itu bertemakan Ekspo Muzikal 80'an X Tribute to Mamat Khalid yang dilihat mampu mencabar kreativiti pelajar dalam menghasilkan satu persembahan kreatif.
Beliau berkata penganjuran konsert kali ini turut mengangkat karya pengarah filem terkenal, Allahyarham Mohamad Mohamad Khalid atau dikenali Mamat Khalid yang menaikkan semula zaman muzik rock mengikut arahan dan acuan tersendiri dalam bidang perfileman.
"Karya-karya beliau sebenarnya dekat dengan generasi sekarang seperti filem Rock dan Hantu Kak Limah. Mesej dalam filem beliau sangat sarat tetapi cara penyampaian sangat santai untuk mendidik masyarakat," katanya.
Menurutnya, pelajar-pelajar turut mencari kelainan dengan mendendangkan lagu-lagu rock 80-an menggunakan instrumen tradisional seperti Caklempong.
Konsert tersebut melibatkan sembilan buah MRSM iaitu MRSM Felda Trolak, MRSM Taiping dan MRSM Lenggong, Perak; MRSM Mukah, Sarawak; MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan; MRSM Langkawi, Kedah MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang; MRSM Tun Dr Ismail, Johor serta MRSM Tun Muhammad Fuad Stephen, Sabah.
Sementara itu, pelajar MRSM Lenggong, Perak, Syakir Aiman Azzemey, 16, berkata program sebegini wajar diteruskan kerana dapat mengembangkan bakat dan minat pelajar MRSM khususnya.
"Walaupun hanya berlatih dalam tempoh singkat iaitu sebulan, ia tidak mengganggu masa belajar saya, malah saya sangat seronok dapat terlibat dalam konsert sebegini.
"Saya membuat jadual untuk bahagikan masa berlatih dan belajar, saya memperuntukkan selama dua hingga tiga jam sehari untuk berlatih," katanya.
Konsert Aspirasi Muzikal tersebut turut mendapat kerjasama daripada Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia, Enjit-Enjit Semut Motion Pictures, Sarang Art Hub, MSU dan Ansara Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2022

Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA Razlan Samuri (tiga, kanan) menyampaikan cenderahati kepada anak Allahyarham Mamat Khalid, Mohd Khalid Amen (dua kiri) selepas Konsert Aspirasi Muzikal di di MSU, Shah Alam, 12 Dis 2022. --fotoBERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Asyraf Wajdi pertahan ‘terjah’ MRSM
Sesi tinjauan secara mengejut yang dilakukan di beberapa Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bukanlah untuk membuka aib, sebaliknya memastikan peruntukan duit rakyat dimanfaatkan secara berkesan.

Anak tidak boleh masuk MRSM jika ibu bapa disenarai hitam Mara - Rubiah
Anak tidak boleh masuk MRSM jika ibu bapa disenarai hitam Mara - Rubiah

Pengerusi MARA terjah dewan makan MRSM Mersing
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan terjahan bagi memeriksa keadaan di dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing, Johor.

'Ini ikan tenggiri?'- Asyraf Wajdi terjah dewan makan MRSM
Menu makan malam yang ditetapkan dalam piawaian Majlis Amanah Rakyat (Mara) didakwa tidak diikuti oleh pengusaha dewan selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak.

Kualiti peserta Debat MRSM Se-Malaysia Piala TPM 2024 meningkat ketara
Kualiti lebih 500 pendebat yang mengambil bahagian dalam Debat MRSM Se-Malaysia Piala Timbalan Perdana Menteri (TPM) 2024 telah meningkat dengan begitu ketara sekali.

Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).

Stoking kalimah Allah: Pasar raya diingati jangan ulang kesilapan, ambil iktibar - TPM Zahid
Pasar raya seluruh negara diingatkan untuk mengambil iktibar dan tidak mengulangi kesilapan, susulan penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh pasar raya KK Mart.

Lebih 80 peratus tawaran ke MRSM buat pelajar B40
Pengambilan pelajar tingkatan satu dan empat dalam kalangan golongan berpendapatan rendah atau B40 ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi 2024 adalah melebihi 80 peratus.

Ramli cadang buka kuota Orang Asli masuk ke MRSM, SBP
Kerajaan dicadang membuka sekurang-kurangnya lima peratus kuota kemasukan pelajar Orang Asli ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

25 peratus tawaran MRSM ditolak setiap tahun, kekosongan diisi calon simpanan
Asyraf Wajdi berkata, jumlah itu berdasarkan rekod yang dikenal pasti sebelum ini.