KUALA LUMPUR: Kongres Ekonomi Bumiputera 2024, dianjur selari dengan hasrat kerajaan iaitu pemerkasaan agenda ekonomi Bumiputera yang memerlukan kecerdasan dan paradigma baru, menurut Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau menerusi hantaran di Facebooknya hari ini berkata kongres itu, dianjurkan untuk membincangkan idea kontemporari dan agenda kalis masa, bagi memastikan keterlibatan kaum Bumiputera dalam pelbagai sektor ekonomi dan perindustrian, terus disokong serta diupayakan.
"Tohmahan bahawa kerajaan menggunakan pelbagai kongres sebelum ini untuk mewajarkan perampasan kekayaan negara bagi kepentingan kelompok elit Melayu, adalah keterlaluan.
"Semangat dan aspirasi pelbagai siri kongres sebelum ini ialah untuk mengupayakan penglibatan Melayu dalam pelbagai sektor ekonomi dan perindustrian. Sama sekali bukan untuk mengagihkan kekayaan negara kepada kaum pemodal tertentu dalam kalangan bangsa Melayu," katanya.
Mohamad berkata ini susulan kritikan bernada prejudis yang mula dibuat terhadap kerajaan dan orang Melayu, walaupun kongres itu belum berlangsung.
Kongres itu dijadual berlangsung pada Januari 2024.
Mohamad berkata bangsa Melayu amat terkesan dengan perubahan landskap ekonomi global yang dipacu ledakan teknologi maklumat, sains dan kejuruteraan, selain kesan globalisasi serta konflik antarabangsa mutakhir ini, menggugat kebolehsaingan kaum Bumiputera.
Beliau berkata isu seperti impak perubahan cuaca, krisis makanan, pandemik, kecerdasan buatan (AI) dan kemajuan teknologi kewangan, penting untuk dibahas dan dibincangkan dalam konteks kemajuan bangsa Melayu dan kaum Bumiputera.
"Justeru janganlah terlalu bersangka buruk setiap kali cerdik pandai Melayu berhimpun dan bermuhasabah demi bangsanya. Seperti mana kami semua tidak pernah bersangka buruk dan prejudis pada perhimpunan bangsa lain, untuk membicarakan jalan ke hadapan bangsa mereka," katanya.
Mohamad berkata kerajaan berperanan untuk memastikan potensi setiap bangsa di negara ini dibongkar dan dimajukan secara bertanggungjawab, terutama golongan yang terkebelakang dalam pelbagai sektor ekonomi dan perdagangan.
Beliau berkata semangat itu bakal diterjemah dalam Kongres Melayu akan datang dan tiada siapa akan tertinggal dalam kepesatan dan pemodenan ekonomi Malaysia.
Terdahulu, bekas Naib Presiden MCA Datuk Ti Lian Ker dalam kenyataan, menafikan beliau mempertikai penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputra ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Negara baru-baru ini dan mendakwa kenyataannya diputar belit.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023
![Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 selari hasrat pemerkasaan agenda ekonomi Bumiputera - Mohamad Hasan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 selari hasrat pemerkasaan agenda ekonomi Bumiputera - Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698398351_MohamadHasan.jpg)
Menurut Mohamad, kongres itu dianjurkan untuk membincangkan idea kontemporari dan agenda kalis masa, bagi memastikan keterlibatan kaum Bumiputera dalam pelbagai sektor ekonomi dan perindustrian, terus disokong serta diupayakan.- Gambar fail/Bernama
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Kerajaan tidak pertahan badan agensi curang, terlibat projek tidak manfaat Bumiputera Kerajaan tidak pertahan badan agensi curang, terlibat projek tidak manfaat Bumiputera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709369280_AnwarIbrahimMajli.jpg)
Kerajaan tidak pertahan badan agensi curang, terlibat projek tidak manfaat Bumiputera
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Madani tidak akan mempertahan mana-mana badan agensi Kerajaan yang curang.
![Dasar pemerkasaan bumiputera dijangka dibangunkan separuh pertama 2024 - Rafizi Dasar pemerkasaan bumiputera dijangka dibangunkan separuh pertama 2024 - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41709185055_TBZAHIDHAMIDIjp.jpg)
Dasar pemerkasaan bumiputera dijangka dibangunkan separuh pertama 2024 - Rafizi
Proses libat urus telah pun berlaku yang diketuai wakil-wakil bukan kerajaan, dan turut digabungkan juga dengan pandangan pihak kerajaan.
![KEB 2024 lebih inklusif dengan penyertaan masyarakat Cina, India - PM Anwar KEB 2024 lebih inklusif dengan penyertaan masyarakat Cina, India - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707986875_TBCNYjpg.jpg)
KEB 2024 lebih inklusif dengan penyertaan masyarakat Cina, India - PM Anwar
KEB 2024 yang dijadualkan pada akhir bulan ini akan bersifat lebih inklusif dengan penyertaan masyarakat Cina dan India.
![Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 selari hasrat pemerkasaan agenda ekonomi Bumiputera - Mohamad Hasan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 selari hasrat pemerkasaan agenda ekonomi Bumiputera - Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698398351_MohamadHasan.jpg)
Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 selari hasrat pemerkasaan agenda ekonomi Bumiputera - Mohamad Hasan
Kongres Ekonomi Bumiputera 2024, dianjur selari dengan hasrat kerajaan iaitu pemerkasaan agenda ekonomi Bumiputera yang memerlukan kecerdasan dan paradigma baharu.