KUALA LUMPUR: Konflik Rusia-Ukraine tidak memberi implikasi besar terhadap perolehan dan perancangan aset pertahanan negara mahupun kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam memelihara keselamatan, kestabilan dan kedaulatan negara.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya sentiasa mengambil pendekatan untuk mempelbagaikan perolehan aset-aset strategik sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada negara tertentu.
"Bagi memastikan tahap kesiapsiagaan aset ATM sentiasa berada dalam keadaan baik, kementerian akan memperluaskan alternatif bagi mendapatkan bekalan alat ganti diperlukan daripada sumber negara-negara lain yang menggunakan teknologi dan pesawat sama seperti India," katanya ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjelaskan pendirian Malaysia mengenai sekatan terhadap Rusia adalah jelas iaitu tidak mengiktiraf sebarang sekatan secara unilateral, yang sebarang sekatan harus dibuat melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti ditegaskan Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah pada 8 Mac lepas.
Dalam konteks kementerian, beliau berkata Kementerian Pertahanan melalui syarikat-syarikat tempatan mempunyai kontrak dengan Rusia untuk membekalkan alat ganti pesawat Sukhoi 30MKM dan kontrak perolehan peluru Metis-M Anti Tank Guided Missile (ATGM).
Namun beliau menjelaskan, sebelum berlakunya isu konflik berkenaan, Malaysia sememangnya mempunyai rancangan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap Rusia.
"Syarikat tempatan yang terlibat iaitu Aerospace Technology Systems Corp Sdn Bhd (ATSC) telah mengesahkan pihaknya mempunyai keupayaan untuk meneruskan penyelenggaraan pesawat Sukhoi dan mempunyai stok alat ganti pesawat berkenaan untuk dua tahun lagi," katanya.
Menyentuh mengenai bayaran denda penghantaran lewat berhubung perolehan enam buah helikopter tempur ringan MD-530G, Hishammuddin berkata Halaman Optima Sdn Bhd yang bertanggungjawab sepenuhnya membuat pembayaran denda lewat itu, sekiranya berlaku kelewatan di pihak syarikat dalam membekalkan helikopter berkenaan.
Beliau berkata kerajaan akan mengguna pakai Klausa 24 - Set Off dengan memotong tuntutan invois kontrak daripada syarikat Halaman Optima Sdn Bhd sebagai ganti pembayaran denda lewat, sekiranya syarikat itu gagal menjelaskan tuntutan denda lewat tersebut.
Bagi perolehan jet tempur ringan (LCA) pula, Hishammuddin berkata ia tidak boleh disamakan seperti kapal tempur pesisir pantai (LCS) dan MD-530G yang merupakan projek legasi kerana LCA merupakan projek perolehan yang akan datang.
"Keperluan perolehan ini dibuat bagi menggantikan pesawat MiG-29N/UB kerana telah ditamatkan operasi pada tahun 2017 dan menggantikan pesawat HAWK yang akan berusia 32 tahun pada tahun 2026 serta pesawat Aermacchi (MB-339CM) yang akan berusia 22 tahun pada tahun 2030," katanya.
Sementara itu Hishammuddin juga berkata dalam memastikan tiada lagi isu ketelusan dan salah laku dalam proses perolehan, FLIT-LCA secara Tender Terbuka Antarabangsa telah diiklankan pada 22 Jun 2021 dan telah ditutup pada 6 Okt 2021.
"Pada masa ini, pihak Kementerian telah melengkapkan semua peringkat penilaian dan laporan sedang disediakan untuk diperakukan oleh Lembaga Perolehan Kementerian dan seterusnya dimuktamadkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi memuktamadkan pembida yang berjaya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 16 2022
![Konflik Rusia-Ukraine tidak beri implikasi terhadap perolehan aset pertahanan negara - Hishammuddin Konflik Rusia-Ukraine tidak beri implikasi terhadap perolehan aset pertahanan negara - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634922149_PesawatpejuangSukh.jpg)
Menurut Menteri Pertahanan, sebelum berlakunya konflik Rusia-Ukraine, Malaysia sememangnya mempunyai rancangan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap Rusia. - Gambar fail
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721118437_FahmiFadzil.jpg)
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
![Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/81575261818_GobindSinghDeo.jpg)
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![Malaysia, Kuwait bincang perolehan pesawat F/A-18 Hornet Malaysia, Kuwait bincang perolehan pesawat F/A-18 Hornet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720733425_KhaledNordin.jpg)
Malaysia, Kuwait bincang perolehan pesawat F/A-18 Hornet
Malaysia sedang berbincang dengan Kuwait bagi memperoleh pesawat F/A-18 Legacy Hornet milik Tentera Udara Kuwait untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia.
![Perolehan pesawat Hornet diputuskan selepas laporan teknikal diterima - Adly Perolehan pesawat Hornet diputuskan selepas laporan teknikal diterima - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720263519_AdlyZahari.jpg)
Perolehan pesawat Hornet diputuskan selepas laporan teknikal diterima - Adly
Perolehan pesawat tempur Hornet akan diputuskan selepas Kementerian Pertahanan memperoleh laporan lengkap daripada pasukan teknikal TUDM.
![Anggota MALBATT meninggal dunia di Lubnan Anggota MALBATT meninggal dunia di Lubnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716105271_MLBATTmeninggaldun.jpg)
Anggota MALBATT meninggal dunia di Lubnan
Seorang Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) dari Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) yang dalam misi United Nations Interim Force in Lebonan (UNIFIL) meninggal dunia, pada Sabtu.
![Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713850975_khalednordinjpg.jpg)
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled
Pihaknya bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.
![Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712575829_JefryDarus.jpg)
Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH
Sebanyak 35 peratus daripada 41,000 veteran ATM yang tidak berpencen, tidak menerima Bantuan Sara Hidup kerana gagal mengemas kini data peribadi.
![ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710487690_TBTUANKUSYEDFAIZ.jpg)
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
![MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710040301_KhaledNordin.jpg)
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
![Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710038774_maktabtenteradiraj.jpg)
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
![Peletakan jawatan pengurusan kanan LTAT tak jejas operasi - Menteri Pertahanan Peletakan jawatan pengurusan kanan LTAT tak jejas operasi - Menteri Pertahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707825268_KhaledNordin.jpg)
Peletakan jawatan pengurusan kanan LTAT tak jejas operasi - Menteri Pertahanan
Pada masa ini Lembaga LTAT sedang memuktamadkan calon-calon yang berkaliber bagi mengisi jawatan Ketua Eksekutif.
![Penyelarasan pencen: Mahkamah benar saman pemula 50 pesara ATM Penyelarasan pencen: Mahkamah benar saman pemula 50 pesara ATM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679546899_JudgeGavel.jpg)
Penyelarasan pencen: Mahkamah benar saman pemula 50 pesara ATM
Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula yang difailkan oleh 50 pesara ATM berhubung penyelarasan pencen mereka yang bersara sebelum 1 Jan 2013.