JOHOR BAHRU: Komuniti maritim terutama nelayan dinasihatkan sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca dan keadaan laut ketika ingin melakukan aktiviti perikanan pada musim tengkujuh ini.
Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Nurul Hizam Zakaria berkata, persediaan awal yang rapi perlu dibuat bagi memastikan tiada insiden yang tidak diingini berlaku.
"Komuniti maritim terutama nelayan dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan melakukan persediaan sewajarnya bagi menghadapi musim monsun timur laut ketika ini
"Mereka perlu melakukan beberapa persediaan iaitu mendapatkan maklumat ramalan cuaca terlebih dahulu bagi memastikan keadaan laut selamat untuk melakukan sebarang aktiviti perikanan.
"Selain memastikan peralatan keselamatan seperti jaket serta pelampung keselamatan sentiasa dibawa dan berada dalam keadaan terbaik.
"Komuniti maritim juga digalakkan untuk menghubungi Pejabat Maritim Malaysia yang berhampiran bagi memaklumkan aktiviti dan lokasi yang akan mereka lakukan di perairan," kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Perkara itu ditegaskan susulan pihaknya merekodkan sebanyak 68 kes terbabit dalam OP CARILAMAT yang melibatkan 325 mangsa sepanjang tahun 2021.
Daripada jumlah berkenaan, seramai 257 mangsa berjaya diselamatkan dan 42 mangsa maut manakala baki 26 mangsa masih hilang di laut.
Anggaran RM3.4 juta nilai aset dan harta juga berjaya diselamatkan sepanjang operasi.
Jelas Nurul Hizam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor turut memberi peringatan terhadap warga asing yang ingin berlayar ke perairan negara supaya menggunakan jalan yang sah dan diiktiraf Pengarah Laut Malaysia.
Dalam masa sama, beliau menasihati warga asing agar tidak terpedaya dengan sebarang khidmat yang ditawarkan oleh ejen atau tekong yang tidak bertanggungjawab.
"Bagi kes terburuk direkodkan pada tahun 2021 adalah melibatkan kejadian kira-kira 50 orang mangsa bot yang disyaki membawa Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terbalik di Tanjung Balau, pada 15 Disember lalu dan telah meragut 21 nyawa.
"Mengambil iktibar daripada peristiwa hitam itu, Maritim Johor ingin memberi amaran keras kepada warga asing yang berkeinginan untuk memasuki negara terutama di negeri Johor ini agar menggunakan pintu yang sah dan selamat,” kata Nurul Hizam lagi.
Muhammad Aiman Hakeem
Fri Dec 31 2021

Komuniti maritim terutama nelayan dinasihatkan sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca dan keadaan laut ketika ingin melakukan aktiviti perikanan pada musim tengkujuh ini. - Gambar ihsan Maritim Malaysia

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.

LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.

Kerajaan peruntuk lebih RM127 juta untuk bantuan musim tengkujuh - Ahmad Zahid
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM127.4 juta sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada 318,642 pekebun kecil di seluruh negara.

Petugas universiti parah dihempap pokok
Seorang petugas wanita sebuah universiti tempatan cedera parah di kepala selepas dihempap pokok di Bukit Kemuning, Kijal, kira-kira 9 pagi tadi.

Bomba beku cuti 6,000 pegawai, anggota di lima negeri
Cuti kira-kira 6,000 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di lima negeri akan dibekukan sekiranya bencana banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) memburuk.

Marang dan Setiu kembali terjejas banjir
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan hari ini, susulan dua daerah iaitu Marang dan Setiu kembali dinaiki air.

Aktiviti cari remis jana pendapatan sampingan musim tengkujuh
Pantai Tok Bali menjadi tumpuan orang ramai yang melakukan aktiviti mencari remis selepas spesies hidupan laut bercengkerang itu muncul di pesisir pantai berkenaan sejak beberapa minggu lepas.

JKM mula agih barangan keperluan musim tengkujuh di Tumpat
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mula mengagihkan 28 barangan keperluan untuk kegunaan lebih 700 ketua isi rumah dari 13 kampung gugusan pulau di Tumpat.

Penduduk Pahang diminta bersiap siaga hadapi Monsun Timur Laut
Penduduk di negeri ini diminta bersiap siaga menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) atau lebih dikenali musim tengkujuh di Malaysia yang dijangka bermula esok sehingga Mac tahun depan.

Rakyat Kelantan perlu berwaspada, siap sedia hadapi musim tengkujuh - Sultan
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bertitah agar rakyat sentiasa berwaspada dan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh yang bakal melanda.