Kementerian Pengangkutan akan menyiasat dakwaan terdapat kumpulan penunda kereta dan bengkel kenderaan yang berkomplot merosakkan kenderaan pengguna bagi mengaut keuntungan segera.
Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pada masa sama, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sentiasa melakukan rondaan di jalan-jalan utama negara pada sepanjang musim perayaan.
Bercakap kepada media hari ini, beliau menyifatkan tindakan merosakkan kenderaan pengguna jalan raya sebagai satu jenayah.
"Ini satu jenayah besar yang boleh kita lapor kepada polis untuk ditangkap dan dapat dipastikan siapa yang membuatnya.
"Kerana hendak untung, apa juga dibuatnya. Ini adalah jenayah," katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan 10 Tahun Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) di sini.
Liow turut menasihatkan orang awam supaya membuat aduan kepada polis dan JPJ bagi mengekang aktiviti jenayah berkenaan.
"Kita harap orang ramai beri maklumat kepada polis dan JPJ untuk tangani isu ini. Kami akan siasat. Malah, raya ini pun kita dan JPJ ulang alik memeriksa semua jalan-jalan utama dalam negara," tambahnya.
Menurutnya, pihaknya juga akan melakukan pemeriksaan di setiap lebuh raya bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
Rahimah Abdullah
Mon Jul 03 2017

Liow menunjukkan laporan Program Penilaian Jalan Raya Antarabangsa (IRAP) 2017 sambil disaksikan Ketua Pengarah MIROS Prof Dr Wong Shaw Voon pada sidang media selepas melancarkan buku itu sempena Sambutan 10 Tahun MIROS hari ini. --fotoBERNAMA

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Sembilan kereta, tiga motosikal musnah dalam kebakaran bengkel
Sebuah bengkel kenderaan di Kampung Guru, Kangar musnah dalam kebakaran selepas belukar berhampiran terbakar lalu merebak ke premis itu.

Pemilik bengkel kenderaan bina replika 'Bumblebee' guna barang terpakai
Replika robot berwarna kuning dan hitam itu kini berada di hadapan bengkelnya yang terkenal dengan panggilan 'Bengkel Robot'.

Komplot rosakkan kereta pengguna jalan raya disiasat - Liow
Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pada masa sama, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sentiasa melakukan rondaan di jalan-jalan utama negara pada sepanjang musim perayaan.

Kes bunuh Tapah: Dua beranak direman 21 hari lagi untuk siasatan bawah POCA
Suspek dibebaskan susulan laporan ahli kimia tidak dapat mengesan DNA mangsa daripada serpihan tulang serta barang-barang lain yang dihantar untuk dianalisis.

Kes bunuh Tapah: Isteri, seorang anak kepada suspek utama dibebaskan
Isteri dan anak kepada mekanik yang disiasat dalam kes pembunuhan empat individu di bengkel kenderaan di Jalan Pahang di sini, dibebaskan tanpa syarat.

Kes bunuh Tapah: Empat sekeluarga direman semula selama tujuh hari
Empat sekeluarga yang terlibat dalam kes bunuh di Tapah ditahan reman semula selama tujuh hari bagi membantu kes tersebut.